Pages - Menu

24 April 2019

Perkatan yang baik-baik

CATATAN SATU
Jumaat haritu ada kuliyah yang diuruskan oleh pelajar. Dari A sampai Z, semua mereka yang usahakan. Mualllimah cuma tolong sikit-sikit. Dah lama diorang rancang, sampai terlupa bila, sejak awal tahun barangkali.
Habis program, diorang tanya, Muallimah out of 5, berapa muallimah nak bagi markah kat kitorang?
Muallimah diam 5 saat. Bimbang kalau kalau memberikan jawapan yang menjatuhkan.
"untuk effort, muallimah bagi 5 bintang"
Maka terukir senyuman dengan mata blink blink sebab dapat 5 bintang.
"untuk keseluruhan program mllmh bagi 4 bintang, mungkin bintang hilang sebab drag masa yang agak lama"
"Ha tulah muallimah, kami dah postmortem pasal tu". Muka agak sedih.
Takpelah, overall, you have done your best. Good job! Imma proud teacher.

Malam seterusnya, team Ihya' Ramadhan nak buat Qiam Jamaie sempena nisfu syaaban.
Dah plan cantik dah, banin hirosah di musolla, banat hirosah di bilik sakit. Dah lantik imam.
Tiba waktunya, bila muallimah dan banat naik musolla, banin ramai yang tak bangun lagi.
Sorang je dok berkejaran kejut semua banin di asrama.
Tapi alhamdulillah, sepat jugak qiam, sempat jugak solat sunat witir.
Habis program, PIC program tanya, muallimah, macam mana program qiam tadi, ok tak?
Muallimah tarik nafas panjang. Kalau boleh nak susun ayat cantik-cantik, nak bagi komen membina, bukan menjatuhkan.
" Kita plan pon last minit kan, alhamdulillah Allah izinkan jugak qiam ni jadi. Enta tahu kan kurang kat mana? Lagi 15 minit nak subuh baru nak start qiam.
Diam, muka sedih.
"Minggu depan ada lagi kan? So takpe, minggu depan kita improve lagi ok? Kita plan awal, susun cantik-cantik. Untuk harini tahniah!"


Menjadi guru, aku belajar untuk berhati-hati dalam memberikan teguran. Moga moga Allah sentiasa lembutkan lidah untuk beri semangat pada mereka, bukan menjatuhkan.
Guru yang sedang belajar.