Pages - Menu

12 October 2013

Aidiladha is coming

Salam Alaykum , sahabat :)



Raya haji tahun ney jatuh pada 10Zulhijjah1434 bersamaan 15oktober 2013. *skemanya ayat*. Dan seperti tahun sebelum ney aku terpaksa beraya di perantauan. Kalau tahun lepas aku tak balek beraya sebab final exam , tahun ney aku tak dapat balek sebab cuti sehari je ==' . hmm kalau cuti seminggu pon aku tak balek semenanjung rasanya. yelaaa , jaoh kot , mahal pulak tu. kalu boleh tumpang buaya sarawak balek semenanjung ok gak. tapi takot nanti tulang ja sampai. *lackofsenseofhumour* =..= Jadi kiranya ini adalah sebahagian daripada korban yang aku lakukan sempena raya haji ney. :') dalam hati membuak buak rasa nak balek sebab abah tak berapa sehat. Teringin jugak nak balek jenguk. Teringin nak bawak bawak balek kek lapis sarawak untuk mak, adik adik , tok , kak an , tehah , makngah kiah , tokcik . Tapi apakan daya , inilah hakikat hidup seorang musafir . *aceyywah*

Takpa, aku kuat. Aku dah besar. :')

Ok, sempena raya haji tahon ney aku nak share sedikit ilmu tentang Hari Raya Korban. apakah erti hari raya korban bagi anda ?? Hari raya korban merupakan hari yang istimewa bagi umat islam untuk memperingati peristiwa Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah swt. Kisah ini berkaitan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana ketaatannya kepada Allah. Allah ingin menguji kekukuhan iman kedua dua nabi ini. Namun, berkat ketaatan dan kesabaran kedua dua beranak ini , Allah telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia untuk menyembelih anaknya. Subhanallah ... sungguh kaseh Allah kepada manusia.

rentetan peristiwa ini, umat islam menyambut hari raya korban. Mereka menyembelih binatang dan mengagihkannya kepada golongan yang kurang bernasib baik contohnya anak yatim, fakir miskin orang islam yang ditimpa musibah dan laen laen :)

luas erti pengorbanan. Dalam munuju liku liku kehidupan , banyak yang harus kita korbankan. Ingatlah kebahagiaan memerlukan pengorbanan. apa yang telah anda korbankan? 

pengorbanan memerlukan kesabaran , pengorbanan memerlukan keikhlasan , pengobanan memerlukan kekuatan :')

Apa kata, kita korbankan sifat tamak, dengki, rakus dan sifat sifat busuk yang ada dalam diri untuk menjadi muslimin sejati ?? tahu, bukan mudah, tapi tak salah kalau sekurang kurangnya kita mencuba :)
i am trying too :) InsyaAllah boleh.



salam aidiladha ;') 

No comments: