Pages - Menu

15 April 2016

Dua bulan saja lagi


Salam Alayk,


Warning, this is a letter to myself, thats why it will sound 'syoq sendiri'. I promise myself to blog once a month, but I failed. I always put high expectation in myself, but I end up ruin everything. Tulah, orang kata jangan panjat tinggi tinggi nanti jatuh sakit. 

Sem ni, sem perit jerih. Tarikh submission thesis dah nak dekat dah, data masih tak cantik, assignment masih bertimbun dan belum bergerak, penempatan latihan industri belum dapat, muayyasyah adik adik belum habis baik. Apa kena lah, wahai diri?? Sudah-sudah, daripada hang dok pikiaq masalah bertimbun, baik hang pikiaq cara nak selesaikan masalah. 




Sedih dengan diri sendiri, dua bulan sahaja lagi masa yang ada untuk berkhidmat dengan bumi tarbiah ni, tapi aku masih tak buat kerja dakwah sungguh-sungguh. Bila aku pulang pada Tuhan, apa jawapan harus aku berikan. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 

Ya Tuhan, berikan aku sedikit lagi kesempatan.

Nangis.

Ya Tuhan, jangan biar aku pulang sebagai benih yang rosak.

Ya Tuhan, izinkan aku pulang sebagai benih yang dicampak dilaut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung.

Ya Tuhan, izinkan aku pulang dengan menggalas harapan mak abah,

Ya Tuhan, tolong beri aku kekuatan luar biasa untuk 2 bulan terakhir ini,

Jangan biar aku pulang tanpa buat kerja.

Wahai diri bersukurlah kerna Allah beri kesempatan berada atas jalan DnT. Jadi tidaklah masa diguna untuk study dan duniawi semata. 

Post dari seseorang yang aku sayang kerana Allah, kerana dia mengingatkan aku tentang Allah:

NGEREPAK PANJANG!]
Ditujukan khas untuk diri sendiri dan adik-adik yang disayangi keranaNya.
Hari ini saya berkesempatan berborak dengan labmate.
Kali ni berkesempatan sebab semua agak free pada belah petangnya.
Apa lagi, kami curhat la tentang research masing-masing.
Masing-masing mengadu stress. Kena tambah kerja la.
Eksperimen kena repeat berpuluh puluh kali sebab asyik fail.
Sv suruh buat benda yang kita rasa takde kaitan tapi nak fight tak dapat.
Ada yang sampai tengah tengah malam boleh terbangun terfikir pasal research.
Tengah mandi pun fikir.
Setiap masa fikir dan ini lead kepada kehidupan yang agak stress.
Eceh. Stress sangat ke research ni?
Ala tak stress pun.
Rilek laaaa. Hahaha.
Stress sikit sikit tu ada la.
Err bagi yang join DnT ni lagi laa kan?
Lagi stress.
Eh silap, silap tu.
Sebenarnya kita harus bersyukur 100% komitmen kita bukan hanya pada research ni dan urusan manusiawi/duniawi yang lain.
Terbahagi juga pada DnT.
Tapi, tidak bermakna, 100% komitmen kita bukan pada research, kita tak boleh memberikan komitmen sebanyak 100% pada setiap apa yang kita lakukan.
*walaupun tak dinafikan aku mudah jugak nak terlepas terlepas buat benda nih huhu my bad!
Sebenarnya dengan adanya komitmen yang macam macam ni, kita belajar untuk :
1. lebih disiplin
2. meningkatkan kapasiti diri. Sebab kadang kita tak guna sepenuhnya lagi kapasiti diri.
3. menyusun masa dengan baik. Kita claim takde masa tapi sebenarnya banyak masa kita terbazir. Berangan. Mengopi. Melepak. Mengonline ehem. Lepas subuh tido balik krikkrikkrik. Saya kenal ada sorang akhawat ni betul utilize masa dia dengan baik. Sibuk siangnya dengan kelas, malam prog, lewat malam settlekan kerja yang berbaki. Saya fail bab tido lewat ni. Lebih 12.30 am dah tingtong dua tiga hari. Haha
4. mengetepikan urusan kecil yang sebenarnya bukan urusan pun.
5. pergantungan yang tinggi pada Allah sebab dalam DnT kita diajar begitu
6. meningkatkan kemahiran mengawal emosi dan berhubungan dengan orang sekeliling.
Stress memang stress tapi aku fikir, kalau aku stress, berapa banyak masa dah terbazir?
Sedangkan pada masa yang aku ada, bukanlah untuk aku dan aku dan aku semata, tapi ada hak ummah di dalamnya.
Tapi takla sampai ke tahap muka cool hati sado sepanjang masa.
Kita manusia bukan baymax.
*haha obses betul dengan baymax.*
Nak nangis nangislah.
Nak down, down lah.
Tapi jangan lama lama.
Sebab ummat perlukan kau.
Jadikan ia satu pitstop, untuk kau berlari lebih laju, menebarkan lebih banyak manfaat.
InshaAllah
Jangan jadikan research kita untuk tak all out dalam DnT. Dan jangan juga jadikan Dnt sebagai alasan utk tak all out research pulak.
Lintasan sejarah kemanusiaan membuktikan kita boleh mumtaz keduanya. Al-khawarizmi, al-biruni dan ramai lagi ilmuan islam yang lain.
Ataupun nak contoh mudah dan dekat, tengok syuyukh kita. Mantop ah! Dorang bukan sekadar rujukan dalam bidang mereka, tapi mereka juga aktivis dnt yang hebat. Dr hafidzi, Dr Har, Dr Maszlee, Datin Paduka Che Asmah dan ramai lagi. Alahhh tengok ydp ikram kosam dan isterinya pun boleh hahaha. Ok banyak gelak.
So tiada yg mustahil kan?
Moga Allah redha dan moga research itu juga ada manfaat yang besar untuk ummah.
Senyum smile emoticon
-------
Terima kasih dari hati, hanya doa mampu ku beri untuk post yang sangat indah ini. Jadi fatin, bergerak lah untuk ummah ini. ;')

Tapisan Allah akan sentiasa berjalan, menurut keikhlasan kau berjual beli dengan Allah. "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (9:111)

Tak apa, jika yang lain sudah jauh bergerak tinggalkan kau, teruslah bergerak tanpa henti walaupun kau tempang sebelah kaki. Mana tahu nanti, Tuhan bagi lagi satu kaki untuk kau berlari.


Catatan 12 pagi, di lab envi, seorang diri, menunggu treatment 12 jam.

May Allah bless you, readers.

Sungguh aku harap tiada yang baca catatan buruk ni.




No comments: