Pages - Menu

22 May 2014

Sakit by Mato

Salam Alaykum^^



Sabarlah sebab sabar itu indah.


Cliche.


Indah apa sabar? Aku cuma rasa sakit.


Kenapa sakit?


Muka jambu dituduh gay. Itu belum kata aku tak couple. Memang lagi teruklah tuduhannya.

Kenapa sakit bila kau tahu kau tak seperti apa yang mereka fitnah?


Entahlah. Mungkin iman aku senipis tisu.


Jangan pandang rendah pada tisu. Walau nipis, masih mampu absorb air.


Ada hikmahnya yang kita tak nampak. Ujian bukan untuk melemahkan.


Tapi aku tak faham kenapa manusia sekarang suka sibuk jaga tepi kain orang. Macam takde kain sendiri.

Zaman sekarang mana ada lagi orang pakai kain pelikat macam hang. Semua kain jenis terbelah macam tak cukup benang nak jahit. Tak pun pakai skinny, short pants, jeans.

Amboi mengata. Kau pun sama.


Ketawa.


******


Mungkin benar. Fasobrun jameel.


Innallaha ma'assobirin.


Bila jatuh. Bila terjatuh. Bila dijatuhkan. Jangan berlama-lama di bawah. Sebab perjalanan masih panjang.


Tak gempaklah jalan dakwah tarbiyah kalau tak pernah rasa berada di bawah.

Kalau tak pernah rasa susah.

Kalau tak pernah rasa sakitnya fitnah.


*****

Kau lain, kau qowi (kuat). Mana mungkin kau futur (putus asa).

Aku manusia. Siapa kata aku tak ada masa jatuh?

Macam mana kau bangun?

Kalau rasa berat nak bangun, cuba bangun di satu waktu dimana semua orang tengah seronok dibuai mimpi.

Bangun?

Qiamullail. Re-charge semula iman.

Payah beb nak bangun malam.

Kenapa nak beri alasan untuk tidak beribadah? Kata nak bangun.



Padu bhai.


Sampai bila nak statik di tempat sama bila orang lain berlumba-lumba nak masuk syurga?




Kuatnya seseorang bukan kerana siapa dia. Tapi siapa Tuhannya.


Hidup lah sebagai hamba yang taat. Tinggi mana pun pangkat kita, hebat mana pun kuasa kita, itu semua Allah punya.


Pesanan terakhir?


Jaga solat.

Kenapa solat? Dalam banyak-banyak perkara yang boleh dijaga.

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (29:45)


Rightio.

Didik diri bersabar dalam bersabar. Bersabar dengan kesabaran.


*****

Kadang nasihat tu datang dari arah yang tak disangka-sangka.


Bersyukurlah masih ada yang sudi beri nasihat.


Menjaga adab dalam memberi nasihat.

Kadang terbabas juga adab.


Manusia. Mana lepas dari buat silap.



Hell-o. Itu bukan alasan untuk tidak memperbaiki diri.


Apa pun, jangan lupa mohon maaf.

Cuba kurangkan sikit ego.


Yes pesanan ikhlas untuk diri sendiri.

Orang ikhlas tak kata dia ikhlas.


Ah sudah.


Okey merepek apa ni.


Jangan biar twitter, blog, facebook, instagram, ask.fm, tumblr dan apa pun jenis social networking service kawal hidup kita.

Kita manusia. Kita hamba. Pilihlah siapa tuhan kita. Dunia atau Pencipta dunia? The choice is yours.


Akhir kata,


Segala yang baik datang dari Allah. Segala yang buruk juga datangnya dari Allah.

Hakikatnya, semuanya datang dari Allah.


Aku cuma manusia yang menyampaikan sedikit ilmu yang ada. Bukan ustaz keluaran twitter.

Copy paste from budak-tomato.blogspot.com
kerana aku rasa best
kerana aku rasa kena share
kerana aku nak kau rasa apa yang aku rasa :')

17 May 2014

Hamasah As-Syabab

         Assalamualaykum!


Apa tu? Hamasah bermaksud semangat, Assyabab bermaksud pemuda.Aku kenal definisi perkataan ni melalu saudara Afiq Sazlan. Seorang penulis buku bertajuk Aku Hamasah As-Syabab.
          
Pemuda zaman sekarang tak nampak apa sebenarnya mereka boleh buat. Mereka cuma nampak matlamat untuk belajar, graduate, kahwin, kerja! Then what? Mati? Macam tu ke kehidupan yang kau nak? cummon guys, it is too common. Itu adalah kehidupan biasa oleh manusia yang biasa biasa. Tapi berlainan dengan manusia yang luar biasa, mereka menjalani kehidupan yang luar bisa. Bagaimana yang dikatakan dengan kehidupan luar biasa dan bagaimana untuk menjadi manusia yang luar biasa? Kehidupan yang sebegini dan orang yang sebegini adalah manusia yang bukan sahaja hidup untuk belajar, graduate, nikah, kerja tapi mereka juga hidup untuk memperjuangkan ummah dan agama Allah. 
        
 Kekadang kita selalu complein something wrong with this world right? Why dont we do something to change the world. Something towards redha Allah. Contoh, hapuskan rasuah dalam sistem pentadbiran! Ahah, contoh yang diberikan oleh saudara Afiq Sazlan sebentar tadi. Katanya kalau kita nak ubah dunia, kita kena fikir bagaimana untuk ubah dunia dan apa yang perlu diubah. Memang bukan mudah, tapi boleh dilakukan dengan sekecil kecil perkara. Contohnya cuba kita elakkan diri sendiri daripada terlibat dengan rasuah. Bayangkan sekiranya setiap individu di dunia ini menjaga diri daripada terlibat dengan rasuah, well the world gonna be free from bribe and blackmail. Ahah. :D 

Kita adalah pemuda. Kita semua boleh buat sesuatu demi ummah ini. Kitalah yang mencorak kehidupan kita sendiri. Samada ada untuk menjadi manusia biasa atau manusia luar biasa. You decide! Aku adalah pelajar ijazah sarjana muda kimia sumber tahun pertama. Baru ku sedari aku berada di sini bukan sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah semata. Kerana ijazah hanyalah sehelai kertas yang menentukan "value" anda bila nak kerja nanti. Cuba cari matlamat lain kenapa anda berada di mana anda berada sekarang. (ehee faham tak?) Adakah tempat yang anda pijak sekarang adalah dengan niat memperjuangkan ummah atau sekadar untuk diri sendiri? Jika dah jumpa matlamat yang betul, dah tahu apa sebenarnya yang kita nak, kita akan sanggup untuk berkorban apa sahaja demi jalan yang kita dah pilih, kita kan ikhlas, kita akan sanggup redah apa saja yang mendatang demi mencapai matlamat tu. Tahu kan, jalan menuju Allah memang pahit, kerana Syurga itu manis :') Go all out , kata Afiq Sazlan. Buat bersungguh sungguh, jangan separuh jalan !
Maaf atas segala kekhilafan. Based on the talk by Afiq Sazlan at Pusat Islam just now :) Aku tulis apa yang aku dapat supaya aku tak lupa, dan supaya kau boleh tahu. Rasa selfish kalau simpan sorang sorang.
Bui bui nak pi sambung study organic chemistry. Preparation untuk  memperjuangkan ummah. Ihiks :p

11 May 2014

Officially 20 years old

Salam Alaykum! ^^

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk update blog. Walaupon line internet agak siput aku gagahkan jugak menaip supaya blog ni tak terkubur. Ihiks.Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang masih beri aku kesempatan untuk bernafas selama 20 tahun. Ya Allah selama 20 tahun ni telah banyak nikmat yang Allah beri pada aku. Tak terkira. :') Tapi sayang, entah apa aku dah sumbang kepada agama Allah selama 20 tahun bernafas di bumi Allah ni. :'( Berkatkah usiaku selama 20 tahun ini? 

"Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.

Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.

Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.

Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.
Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)
“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3)." -Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin-

Tersentap masa baca artikel ni. Buatkan aku tertanya sampai hari ni 'berkatkah usiaku'? Apa yang aku dah perjuangkan untuk ummah sedangkan aku bernafas di atas nama khalifah? Aku perlu tajdid niat di setiap langkah kerana aku selalu lupa. Aku ingin mati dalam memperjungkan agamanya. Aku nak lakukan sesuatu demi agama Allah ini. Aku tak mahu mati dalam kehinaan. 


thanks to mak usrah saya kak mas, adik beradik usrah yang celebrate kan birthday kite... malulah^^ dahla masakkan tomyam, tetiba ada kek pulak.. tanjat gigirl.. :P
Tapi kan kek tu sedap sangat sangat sangat.. syukran ! syukran ! happiness overload! rasa bersyukur sangat kerana Allah pertemukan aku dengan mereka mereka ni. Bersyukur kerana Allah letakkan aku dalam bulatan gembira ni. Terima kaseh untuk segele gelenyer. Aten sayang semua kerana Allah taala.

Lepastukan, lepastukan ada orang bawak pergi makan steamboat.. wuwuwuwu~ best! makaseh! Alia Saadi. Zaza. Qistina.Aisyah. Sekali lagi happiness overload! Alhamdulillah :') Saya doakan anda anda semua berjaya di dunia akhirat... Dan harap ukhuwah kita berkekalan...



"Your friends are a reflection of yourself. Who your friends are is indicitive of who you are or who you’ll become if you continue to be with them."




And the next day after those happiness, the happiness continue... ahahaha... i went for aktiviti sukarelawan at Kg Puloh Hilir. So happy to be there because i learnt a lot of things. Meet new society. New culture. New environment. It was such a nice place. Even tough the activities is quite tiring, it is the most wonderful moments :D Alhamdulillah 


Tulang belakang aku selama dua puluh tahun ni adalah mak dan abah. Tanpa mak dan abah siapalah aku. Merekalah yang menyaksikan jatuh bangun aku. Aku rasa aku adalah manusia bertuah kerana ada mak abah yang sangat memahami. Kegagalan aku akan membuatkan mereka tidak tidur malam. Memikirkan solusi yang terbaik untuk aku. Bukan mereka kecewa bila aku gagal, cuma mereka risau dengan cara aku menghadapi kegagalan. Kerana setiap kali aku gagal, aku jatuh, aku menangis di bahu mak abah. Tangisan aku membuatkan mereka risau sekiranya aku gagal. Tangisan aku membuatkan mereka turut sama menangis. Aku tahu tangisan aku membebankan mak dan abah. Tapi bagi aku mereka sajalah tempat aku mencurah rasa. Meraka sajalah yang sentiasa bersama aku di saat jatuh dan bangun aku. . Tapi di usia ini, aku tak mahu lagi menangis dengan kegagalan. Tak mahu lagi menyusahkan mak dan abah. Aku berjanji aku akan bangun sendiri bila aku jatuh. Cukuplah selam 20  tahun aku bergayut di tangan mak dan abah. Aku ingin menjadi anak yang hebat di mata mak dan abah. 
Alhamdulillah tahun ini Allah hadirkan ramai insan insan yang baik di sekeliling aku. Yang sudi menegur aku masa aku tersasar, yang sudi tersenyum bersma aku. Yang sudi menangis bersama aku. Yang sudi menyokong aku. Yang paling penting yang sudi menyayangi aku kerana Allah taala. terima kasih semua :")                                     


kerana Allah,
AtenShaf



9 April 2014

My name is Merlyn and this is how I accepted Islam

Assalamualaykum
I am Merlyn, 38 years old, an unmarried nurse with 3 beautiful kids, a Filipino Muslim revert. I know it may seem quite confusing and surprising how I have kids without being married My complicated situation led me eventually to embrace Islam and this is my story.
I was born in a Catholic family, 9 siblings in all, the second-born and the eldest daughter. We had a normal life but I’m really amazed how well my parents were able to raise us all, they were struggling I know but we lived a comfortable life. I believed somehow God has been guiding us all the time. As I recall, our family were trying all our best to fulfill our religious duties like going to church every Sunday to hear the mass, but we were not that consistent. My confusion and soul-searching phase started during my late years in high school and it went on till I established my nursing career. I was not satisfied with my spiritual being, something was missing in my life, and I was not happy and contented at all. This feeling led me to having a relationship with a married man who was entangled in marital problems which eventually caused him to separate with his wife. I stayed in this relationship for 12 long years, out of wedlock Astaghfirullah, and was blessed with three children. I always thought maybe sooner or later we would be able to get married. But it was not a life of bed of roses at all; it was full of hardships; we were struggling; I realized so because it was not right from the start.
I received a job offer in Jeddah as a private nurse for a Muslim elderly woman and I accepted it without any hesitation although my ex-husband was opposing to. He was working in Dubai that time and up to this moment. Primarily I took the job because his earnings were not sufficient to cover all our expenses so I had no other choice. I flew to Jeddah on August 2010, Ramadan 1432, leaving my children in the care of my parents, with only hope that this journey will suffice our needs without knowing that it was the first step that changed my whole life completely.
The sweet old lady (I’ll name her Mama) that I’m caring for influenced me somehow towards my closeness to Islam. I arrived in her house at the time of Ramadan so I have witnessed right away her close family ties – full of love and respect. Everyone seemed to be happy, delighted to see each other every day to break their fast, praying together and the generosity I’ve experienced although I was just new to their family. I felt I was home right away, because they welcomed me with their wide open arms. I had a basic knowledge of the religious routines of Muslims because of my previous work; this came in handy as I needed to assist Mama with her daily activities. I had learned how to assist her in performing ablution and adorning her prayer cloak.
Mama and I were getting along well because we liked to tell stories, stories that you can find both in the Quran and the Bible. It was like comparing notes, the similarities of the stories in the two Books. Once she asked me “How many gods do you believe in?” It was a very simple question and I gave her a simple answer “Only one.” And she replied, “Then it’s enough, that’s the most important thing that you believe in the existence of only one God. And that you should worship Him alone.” Right there and then, everything flashed back to me, the sight of churches with all the statues inside, lighting candles for it, images of saints, the feasts of saints. Am I really worshipping only God? Aren’t all these things are form of idolatry? I asked myself.
This led me to start reading all about Islam through the Internet. I started surfing every Islamic Learning about the 5 pillars of Islam, reading about “Tawheed”, the oneness of Allah, understanding its fundamentals. It was a great revelation for me, I was lost and confused in my beliefs all the while and Islam showed me the truth. I finally found my inner peace, SubhanAllah!
I continued with my research, I watched the movie “The Message” which really moved me, how Prophet Muhammad (pbuh) lived all his life for Islam. It was in July 2011 when I had the chance to visit a Dawah Center; Mama was in Makkah and since I was not yet a Muslim then, I wasn’t able to accompany her. I grabbed this chance to learn more about Islam formally. Initially my intention was to attend regular classes to understand the Islamic concepts; I can’t read nor speak Arabic so I thought this could be a hindrance. But the sisters in the Dawah Center were all very supportive and encouraged me to do Shahadah already since I had a strong will to learn about Islam. They said Allah would make everything easy for those who are willing to learn. Alhamdulillah I did my Shahadah on the 8th of July 2011, all the sisters in the center warmly welcomed me, giving me all the reading materials I needed. It was a very nice feeling, indescribable but all I knew in my heart was that I was doing the right thing. Right there and then, I adorned the hijab and from then on it never leaves my head when I am out in public. I started praying with the help of a guide given by the center, memorised the sequence of prayers in 2 days and after 2 weeks, I was able to pray without the guide, SubhanAllah! Indeed, Allah makes it easy for those who are willing to learn.
It was not an easy road for me at first from the moment I became a Muslim. I had to deal with my family and my ex-husband with hope that he would eventually embrace Islam too so we could finally get married. But it didn’t happen that way, he wouldn’t accept me being a Muslim and blamed me instead for bringing shame to his family. I knew right then that we were never really meant for each other. I had to end my relationship with him since I was a Muslim already, and it wouldn’t be acceptable in Islam. My thoughts were with my children, worried how I may be able to raise them well now that I had separated with their father. I put my trust instead in Allah and believed He will guide me and my children and I was right. He was there all the time, letting me learn from all my mistakes and always finding my way back, Alhamdulillah! He created me as a fighter but now it made more sense because I was standing for the truth. Alhamdulillah, my family respected my decision and supported me with my new faith, being cautious of our beliefs, do’s and don’ts. All they want is my happiness and I’m so blessed to have them, Alhamdulillah!
I have celebrated Ramadan for 2 years now, performed Umrah for few times and performed Hajj recently, Alhamdulillah! Life may have never been easy for me before but since I became a Muslim, things are getting better now, Alhamdulillah! I am so grateful to Mama and all her family for they have been very supportive of me all the way, for their generosity that has enabled me to raise my children on my own. May Allah reward them with good.
A big challenge for me now was to raise my children to be practicing Muslims while under the care of my non-Muslim family. I decided to buy a new house near to an Islamic community so that soon they could start their Islamic schooling. One step at a time, with Allah’s grace, everything is happening as planned, Alhamdulillah! May Allah continue to strengthen my Iman, that I may be able to raise my children in His way, that I may influence my family, that soon they will all accept Islam, Insha’Allah.
“My Lord! Truly, I am in need of whatever good that You bestow on me!” (Qur’an 28:24) I will continue to live by these words, I will continue to follow the Right Path, and I will remain Muslim until my last breath, Insha’Allah. I don’t regret anything in my past because it all led me to Islam, SubhanaAllah!
Merlyn Tayo

5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi

1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

sumber: http://on.fb.me/1nMNN04

Who is Rachel Corrie?

Mungkin anda pernah mendengar nama Rachel Corrie tetapi tahukah anda siapakah insan hebat ini?

Ayuh kenali pemudi bernama Rachel ini. 




Beliau merupakan seorang aktivis kemanusiaan warga Amerika Syarikat yang berjuang demi pembebasan Palestin. Beliau menyertai International Solidarity Movement (ISM) dan mengambil keputusan drastik dengan menangguhkan pembelajaran beliau di Kolej Evergreen untuk menyertai bantuan kemanusiaan di Rafah, Palestin.

Beliau bukan sahaja sgt prihatin terhadap isu Palestin tetapi sgt prihatin terhadap isu kemanusiaan sejagat sejak beliau masih kecil lagi. Maka, tidak hairanlah beliau sanggup terbang dari Amerika ke Palestin atas dasar kemanusiaan.

Suatu tragedi telah menimpa beliau sewaktu beliau menjalankan aktiviti kemanusiaan di Rafah. Tragedi ini berlaku pada siang hari sewaktu puak pengganas Zionis sedang rakus memusnahkan rumah penduduk Palestin.

Pembunuhan seorang aktivis wanita ini sememangnya tidak dapat dimaafkan dan dilupakan. Keganasan askar Israel jelas kelihatan apabila pemandu tersebut membunuh Rachel bukan dengan menggunakan jengkaut biasa. Sebaliknya, jengkaut yang digunakan adalah jengkaut berteknologi tinggi yang dilengkapi dengan senjata api dan cermin kalis peluru, iaitu jengkaut Catterpillar D9 yang telah diubahsuai oleh IDF.

Inilah kisah tragedi kejam yang menimpa seorang aktivis pada 16 Mac 2003. Tragedi ini seharusnya membuka mata masyarakat dunia tentang kekejaman dan kerakusan puak Zionis. Mereka bukan sahaja suka membunuh umat Islam, mereka juga akan membunuh sesiapa sahaja yang menjadi batu penghalang kemaraan mereka untuk menguasai dunia.

Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Gadis Amerika berjuang untuk Palestin hingga mengorbankan nyawanya. Kita?

Kita patut malu pada diri sendiri. Apakah cukup usaha yg telah kita lakukan demi membantu saudara2 kita di Palestin?

Tepuk dada tanya iman kita!


sumber: Aqsa Syarif

3 April 2014

Apa itu KIMIA SUMBER? ( Resource Chemistry)

Assalamualaikum

Entry ni khas buat pelajar lepasan stpm, matrikulasi dan asasi. Aku tulis ni, bukan kerana aku pakar dalam bidang ni. Tapi sekadar nak share apa yang aku tahu. Manalah tahu kalau-kalau ada yang dapat program Kimia sumber lepastu tak tahu apa tu Kimia Sumber. Tengah exam pon sempat lagi nak update blog kan ? mohon hargai. hihi. takdelah. benda ni sebenarnya dah lama diperam kat draft. Baru hari sepat publish. So, today i wanna explain briefly about resource chemistry since i am resource chemistry's student. Sebab dulu masa mula-mula aku dapat program ni, aku tertanya tanya , benda apakah ini? Pelbagai persoalan yang timbul di dalam kepala otak. Antaranya:
  • apa yang aku akan belajar dalam kos ni?
  • best ke kos ni?
  • lepas graduate boleh kerja apa dengan kos ni?
  • susah tak kos ni?
  • sapa ja yang boleh amek kos ni? 



Kalau kau dapat sambung kos ni dekat UNIMAS, Kimia Sumber ni adalah program di bawah naungan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Aku tak tahu uni mana lagi yang menawarkan program ni. Rasanya ada, tapi tak banyak. Jadi jika anda terpilih untuk menyambung ijazah dalam bidang kimia sumber, tempoh masa belajar adalah 3 tahun je. Memang singkat, tapi penat, dan bahagia :') Biasanya, kalau dari matrik pointer requirement 2.5 keatas kot. Kalau tak salah lah. Sebab requirement ni boleh berubah setiap tahun, almaklumlah, korang kan makin pandai. :P Pasal asasi aku tat tau sangat. Kawan aku kata 2.5 ketas jugak. Kalau STPM dan diploma serius aku tak tau berapa pointer depa mau. Ngeeee~ Macamtulah kot cerita dia. 

















Antara subjek yang korang akan belajar adalah:
·       
  • ·      Physical chemistry 1
    ·       Mathematics  
    ·       Organic Chemistry 1             
    ·       Inorganic Chemistry 1                                   
    ·       Statistics
    ·       Organic Chemistry 2 
    ·       Inorganic Chemistry 2                                   
    ·       Molecular Spectroscopy                   
    ·       Polymer Chemistry
    ·       Environmental Chemistry 1
    ·       Biochemistry             
    ·       Physical Chemistry 2
    ·       Analytical Chemistry 2         
    ·       Environmental Chemistry
    ·       Food Chemistry
    ·       Environmental Chemistry 2
    ·       Organic Synthesis
    ·       Petroleum Chemistry
    ·       Natural product
    ·       Forensic Chemistry
    ·       Special Topics in Chemistry
Aku tulis subjek, yang penting-penting je dulu. Nanti korang cekidout sendiri okeh dalam buku panduan pelajar yang fakulti bagi. Susah tak? hm, kalau tak belajar susahlah. Ilmu itu tak akan diperolehi dengan tubuh badan yang lemah, malas dan manja. :) 

Untuk sem 1 dinasihatkan, agar anda-anda supaya jangan main-main. Pulon habeh-habeh okeh! Sebab biasanya, masa sem 1, pelajar biasanya "lambat sedar". Asyik nak main. Mungkin sebab dia pikir universiti ni zaman petik jari. Tidak sayang tidak. Zaman ini bukan zaman petik jari, ini zaman penat lelah. Kau akan diuji dari segala aspek, bukan sekadar ujian di atas kertas. Bukan zaman peperiksaan semata. This is the place where you can test your ability in softskills, teamworks, independence, leadership, aishh banyak lagi lah. Pensyarah kimia sumber UNIMAS semua baik-baik jeh, insyaAllah, korang tayah risau. Berbaik-baik dengan pensyarah, sebab diorang banyak sangat ilmu, cedok jangan tak cedok. Pensyarah kimia sumber Unimas semua hebat-hebat. Serius! Lain pensyarah, lain cara penyampaiannya. Jadi korang kenalah main peranan untuk sesuaikan diri. Zaman ni dah takde cikgu yang nak suap kau dik. Kau kena suap diri sendiri. Berdikari. 


Lab report ke, esaimen ke, tutorial ke, buat betul-betul tau. Sebab semua tu sangat penting untuk polish kau punya kimia (macam pelik ayat ni). Carrymark tu jaga okeh. Selalunya midterm 30%, esaimen+tutorial 30%, dan final exam 40%. 




Soalan paling femes yang budak-budak selalu tanya bila dapat kos ni ialah, bila graduate boleh kerja apa? Haha. Takpa, hakak faham. Masyarakat pon sering tanya kita boleh kerja apa bila ambil kos ni. Jadi apa?? Jadi chemist lah. A certifite chemist. A chemist that will work at many places. Analysis Lab, Hospital, forensik lab, petroleum industry, oil industry, food industry, school, Jabatan Kimia Malaysia dan banyak lagi. Alah korang tayah risau, nanti masa permohonan latihan industri korang akan jumpa macam macam tempat yang perlukan chemist. Satu je hakak nak pesan, niat study tu, jangan kerana kerja semata tau, tapi niatkan kerana Allah. Rugilah, kalau niat kerana kerja semata. Sungguh rugi. 

.


inilah banggunan FSTS. ada bilik kuliah, bilik tutor dan makmal
\
Next, pasal lab. Sebelum masuk lab make sure korang faham experiment yang korang nak buat tu supaya tak tonggeng terbalik. Aku adalah salah satu contoh manusia yang malas baca lab manual sebelum lab. Masa dalam lab baru kalot nak baca. Hihi. tapi sem ni dah lain sikit. People change! And then masa buat lab report make sure buat betol betol. Jangan asal buat je. Jangan asal copy paste dari internet je. Try jugak rujuk buku dekat library. CAIS ada banyak sangat buku chemistry yang boleh dirujuk. Benda ni korang kena faham betol betol sebab benda benda ni lah yang korang akan aplikasi masa Final Year Project! Kalau korang curious tentang final year project, gy je redah makmal budak final year. Tanya pasal projek diorang. Boleh jugak tambah ilmu. Tapi redah dengan adab lah tau. Kalau dah nampak kawan tu macam takmau layan hang, hang pi lah cari budak final year lain. InsyaAllah ramai je yang jenis suka cerita dan share pasai projek depa. At least, bila kau expose awal tentang fyp ni, boleh lah kau prepare sikit-sikit masa third year. Mintak tips fyp dari diorang. Kalau rajin, nanti aku tulis pasal FYP. Doakan eh! :)




Ada benda aku nak pesan untuk bakal bakal student kimsum. Sebelum kelas make sure you prepare. I mean, you should print the notes from morpheus and read it. Read the notes before class is really helpful. Kalau ada kenal senior keceklah mintak nota ke, buku ke. Aku pon boleh bagi nota, tapi softcopylah. Yang hardcopy dah nazak sangat nak bagi pon. Kalau nak nota email aku okeh. InsyaAllah kalau wi-fi laju aku hantar secepatnya. :) Aku tak tahu nak tulis pasal apa lagi, kalau ada soalan komenlah bawah ni, kalau aku perasan aku reply, haha. Ataupon email je soalan yang nak tanya tu. Kalau aku mampu, aku jawab, kalau tak mampu aku tanya kawan aku. ngehehe. 


Belajaq rajin rajin hokeh, jangan ponteng kelas, jangan suruh kawan sign attendance, jangan tidur dalam kelas. Hehe. 


Kepada pemuda-pemudi islam di luar sana, gunakan ilmu yang ada untuk tegak kan islam semula. Jadilah manusia bermanfaat untuk ummah. Ummah ini sedang tenat. Ummah ini sangat perlukan anda-anda. Sekian . Moga bermanfaat =) 



#futurechemistforummah



AtenShaf
Edited Version 2016













21 March 2014

HADIAH HARIJADI ANAKKU

Anak pertama saya bernama Orked. Lahir pada 20 Ogos 2008. Permata hidup saya dan isteri. Masih teringat panggilan telefon dari isteri mengatakan Orked jatuh dari walker dan dikejarkan ke hospital dan menerima 5 jahitan di dahi cukup buat jantung terasa nak gugur. Anak ini mahu kami jadikan istimewa sekali.
Sudah 5 tahun berlalu, saat kelahiran Orked. Dalam hati saya telah saya fikirkan biarlah anak ini membesar menjadi pembela dan serikandi agama, nusa & bangsa. Semenjak umur 2 bulan, Orked diletakkan di bawah penjagaan ibu-ibu, bapa-bapa dan adik beradik asnaf dan yatim di RUmah Pengasih Warga Prihatin setiap hari dan hanya pulang ke rumah pada malam hari sahaja. Saya menerima tentangan dari beberapa orang rapat saya mempersoalkan mengapa saya korbankan kehidupan anak itu di tempat anak yatim dan asnaf yang serba kekurangan itu?
Saya tetap berpegang, untuk anak ini belajar menjadi yang istimewa. Jika pembentukannya sama seperti orang lain, masakan ia mampu jadi pembela luar biasa kelak. Tiada Barbie Doll, Hello Kitty, Dora, Barney dan apa-apa lagi ikon kanak-kanak yang menjadi aksesori permainan Orked. Hanya mainan terpakai sahaja yang ada.
Zaman kanak-kanak Orked dan rakannya seperti telah berakhir dengan cepat. Orked kata dia nak jadi "Kakak Besar". Dalam roll call dan juga ikrar harian, Orked sering memberitahu yang ia mahu cepat-cepat besar dan menjadi seorang yang hebat pada masa akan datang. Orked kadangkala nak jadi seorang Doktor, kadangkala nak jadi seorang Pensyarah seperti ibunya dan adakala nak jadi seorang usahawan seperti bapanya. Tetapi apapun cita-citanya, apabila ditanya apa yang mahu dibuat dengan kerja-kerja itu, Orked menjawab Orked mahu TOLONG ORANG SUSAH.
JIWA SUKARELAWAN
Terus terang, ia bukan perkara mudah untuk saya sendiri mendapatkan sedikit jiwa sukarelawan yang sanggup bersusah payah untuk orang lain ini. Ia terbentuk dari ibu dan juga ayah saya. Saya akui juga tidak mudah untuk saya didik isteri saya untuk mendapatkan jiwa sukarelawan seperti sekarang. Ia berlaku peringkat demi peringkat. Rupanya, anak saya mendapatkannya dengan mudah semenjak dari kecil lagi melalui lingkungannya di Prihatin.
Hadiah Harijadi ke-5 ini, Orked hanya minta diizinkannya untuk menyerahkan kesemua duit raya dan tabungannya itu kepada Mak Sofiah Wali (salah seorang ibu asnaf di Prihatin) bagi menampung kos pembedahan lutut beliau.
Sebagai bapa, saya tersentuh dengan izin yang diminta itu. Apa lagi yang saya mahukan dari seorang anak? saya ada harta yang cukup, saya mampu berikan anak saya kemewahan tetapi jiwa murni atas niat membantu orang lain sehingga berhabis-habisan itu satu perkara yang paling indah dalam hidup saya.
Saya mampu bawa Orked ke Disneyland setiap tahun, saya mampu bawa Orked melancong ke luar negara, saya mampu bawa Orked membeli belah pakaian berjenama, saya mampu belikan koleksi Mattel Barbie Doll, saya mampu bawa Orked ke Kidzania setiap minggu, saya mampu bawa Orked makan makanan terbaik di Kuala Lumpur tetapi jiwa luhur begitu tak mungkin saya dapati pada diri anak kecil itu jika saya berikan kesemua yang saya sebutkan itu.
Orked hanya mengikuti rombongan berziarah Warga Emas di Melaka, Perak dan Selangor sementara rakan yang semampu bapanya sedang bercuti di Disneyland. Orked pakai pakaian dari kotak-kotak yang disumbangkan oleh orang ke Prihatin sebagai pakaian yang disukai (jika dibelikan yang elok dan baru, dia jadi malu kerana tak sama dengan rakan lain), Orked makan nasi kawah beras hancur bersama anak-anak yatim dan asnaf yang daif ketika rakan semampunya sedang menikmati makanan di McDonald's dan A&W. Memang sebagai bapa saya kena tahan hati dengan semua itu.
Orked berkawan dengan orang-orang kurang bernasib baik dan saya bersyukur, itulah sumber keprihatinan Orked. Lingkungan Orked bukan kemewahan harta, permainan, baju berjenama tetapi kasih sayang dan ilmu.
Sebesar 5 tahun juga, Orked sudah kenal nilai wang ringgit. Tetapi saya bersyukur kerana Orked lebih menilai kemanusiaan berbanding nilai ringgit itu untuk dirinya. Orked saya didik menabung dari umur 3 tahun dan saya berikan Orked inspirasi untuk dia kumpulkan wang bagi membeli sesuatu yang dia mahukan. Orked mahukan sekeping puzzle besar 1000 potongan yang berharga lebih RM100. Saya mampu belikannya tetapi saya mahukan Orked merasakan sendiri itu adalah hasil simpanannya sendiri.
Benar, saya mampu mendidik anak saya menabung dan berjimat, tetapi saya lebih bersyukur kerana pelajaran yang terbesar bukan hanya sikap menabung itu. Saya terlupa ajarkan Orked sesuatu yang lebih berharga sehingga ia terjadi sendiri di hadapan mata saya. Selepas izin diberi, Orked dan sekumpulan kawan sebayanya di Prihatin membawa wang tabungan masing-masing dan membuat penyerahan kepada Mak Sofiah yang akan menjalani pembedahan keduanya minggu hadapan.
Ketika itu saya sedar, dan saya senyum dan tidak salahlah saya meletakkan anak saya membesar di Rumah itu. Sebuah rumah yang kelihatan kekurangan sarananya tetapi kaya dengan kasih sayang. Antara impian peribadi dan kasih sayang, mereka pilih kasih sayang. Saya mahu Orked begini. Jikalah Orked memilih untuk kemahuan peribadi berbanding kasih sayang, saya rasa hampir pasti saya dan isteri akan mengakhiri hayat di rumah jagaan orang-orang tua. Tetapi jika Orked meletakkan kasih sayang melebihi kepentingan peribadi, saya dan isteri mampu tarik nafas lega.
Air mata mengalir melihat proses kedewasaan anakku yang baru berusia 5 tahun pada hari ini. Hanya satu hadiah harijadi yang diminta sebelum harijadinya. Bukannya permainan mahal, bukannya kek bertingkat, bukan juga trip ke Disneyland tetapi HANYA keizinan untuk memberikan keseluruhan tabungannya kepada orang yang lebih memerlukan. Walaupun tindakan itu terpaksa mengorbankan impiannya sendiri.
Saya hanya mampu ajar Orked menabung, tetapi di Prihatin, Orked belajar tentang nilai kasih sayang dan kemanusiaan.
Kita kadangkala lupa, dunia jadi huru hara apabila "Kasih sayang" menjadi lebih murah berbanding "agenda peribadi".

SAIFUL NANG
Daddy Orked.

24 February 2014

Pesan Syahid Imam Hassan Al Banna

1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya