Pages - Menu

19 August 2016

Expectation


Salam Alayk.


Minggu lepas ada seisi diziarahi oleh beberapa tetamu. Biasalah, kalau berjumpa mesti betanyakan perihal kehidupan memasing. 

Salah satu:

Nanti graduate kerja apa?

Disertai dengan kenyataan terbakar," alah, belajar tinggi-tinggi pon nanti keluar kerja kilang jugak. Ada yang berniaga tepi jalan. Sia-sia saja belajar tinggi-tinggi"

Aku macam biasa, ternganga lalu tarik nafas dedalam. 

"Makcik, knowledge is never wasted! Tak akan pernah sia-sia yang namanya menuntut ilmu. Manakan tidak, ilmu itu buat kita lebih kenal pada Yang Maha Esa sekalipon ilmu itu tidak di apply pada tempat yang sepatutnya. Jadi, selama mana ilmu itu mendekatkan kita dengan Allah, ia tak akan pernah disia-siakan."

Dengan senyuman masih di bibir, aku sambung lagi,


"Makcik kena faham, rezki tu pada tangan Allah.
Siapalah kita untuk menentukan apa pekerjaan kita, cuma hamba marhaen.
yang mampu dilakukan , adalah berusaha sehabis mungkin , dan berserah diri.

Ramai saja yang berjaya dalam bidang yang bukan mereka ceburi semasa di universiti dulu.

Inilah dia, Mahasiswa yang berfikir "out of the box".

Mungkin mereka tahu jalan yang mereka pilih lebih bermanfaat kepada ummah.

siapa tahu."

Dan rupanya aku cuma monolog sendiri.

hm.

4 August 2016

Internship life @USM

Salam Alayk,

As mentioned above, i am currently doing practical at Centre for Chemical Biology(CCB), USM. Aku budak kimia, tapi kat sini aku kena buat kerja kerja biology. It was ok so far. A lot of things I have learnt. Memandangkan aku tak ada sejarah hitam dengan biology, jadi aku ok je dengan kerja-kerja kat sini. Cuma, kekok nak pipette, kekok nak handle DNA. Kelam kabut jugak masa awal-awal dan sebenarnya sampai sekarang pon masih kelam kabut.


CCB ni kalau korang nak tahu, dia jauh dari main kampus. Lokasi dia dekat persiaran Bukit Jambul. So susah sikitlah nak gerak kalau tak dak transport sendiri. Rapid Penang tak lalu kawasan ni. Point yang paling dekat dia berhenti pon, hang still kena jalan kaki selama 20 minit. Kalau ada bangla belakang hang maybe dalam 10 minit hang boleh sampai. Takut punya pasai, boleh buat adrenaline merembes untuk jalan laju laju. haha.

Selalunya bebudak yang dapat buat internship kat USM akan mintak kolej kediaman dalam Main Campus. Disebabkan aku punya CCB tu jauh dari main campus so aku pilih untuk duduk luar. Area situ ada banyak bilik untuk disewa. Kalau nak, boleh search dekat laman web i-bilik. Paling murah harga RM150/month dan paling mahal RM300+/month. Tapi susahla nak cari, sebab tuan rumah tak nak terima penyewa yang nak duduk dua atau tiga bulan saja. Nak yang duduk lama. Tapi, kalau ada rezki, kalau Allah sayang, kalau usaha, manatahu ada penyewa terbuka hati nak bagi sewa.

Selama 3 bulan internship kat sini, aku diberi satu projek iaitu DNA profiling of insects. Ada la jugak belajar theory sikit pasal DNA extraction masa kelas Natural Product dulu. Tapi seriously, medan teori dan medan praktikal sangat tak sama.

Masuk pukul 8 pagi habis pukul 5 petang. Tak ada elaun. Kalau korang nak elaun, pi mintak swasta. Aku tak kisah sangat walaupon tak ada gaji, kena balik lambat atau kena buat kerja orang sebab memang aku datang sini nak asah skill. Kiranya semua kerja yang depa bagi buat aku gumbira. Target aku, aku nak manfaatkan 3 bulan ni untuk asah skill dalam dunia genetic ni.

Tiap-tiap hari Jumaat akan ada meeting. Setakat ni peranan aku dalam meeting tu hanyalah mendengar dan memerhati. Kadang-kadang aku lelap. Hehe. Mungkin nanti akan tiba giliran aku pulak untuk presentation pasal projek aku ni. Supervisor aku cuma waktu meeting ja aku dapat jumpa dia, sebab memang dia serahkan kat bebudak master dia untuk ajar aku. To those master's students, thank you sebab banyak ajar dan banyak sabar. 



Tu jelah kot setakat ni. Nanti kalau aku rasa nak tambah apa-apa, aku edit.

Sekian.

AtenShaf



2 June 2016

Ramadhan Action Plan

Salam alayk.

Ramadhan is coming guys! Moga moga aku kau mereka disampaikan kepada ramadhan, dan moga moga ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya untuk kita semua, Amin.

Jom sambut ramadhan. Jom kita kemas kemas rumah, bersihkan rumah, barulah semangat nak ibadah. 



Ramadhan ni sangat best, sebab waktu ini, para pengumpat akan lebih banyak berzikir, para pencuri akan berhenti mencuri, orang yang solat di hujung waktu akan solat di awal waktu, orang yang jarang baca quran akan baca quran selalu. 

Kadang orang kata orang macam ni adalah "people of ramadhan". Yang mana hanya beribadah pada bulan ramadhan. Bagi aku, its okay, its good, at least they tried to change and do changes. They used the opportunities of ramadhan to change, to hijrah, to be better. Kerana orang orang ini tahu, Allah akan permudahkan kita di bulan Ramadhan, mereka tahu perubahan mereka akan dipermudahkan Allah di bulan ini. 

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat inggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (QS.  Al Baqarah: 185)
Nampak tak, Allah akan mudahkan kita buat amal ibadah di bulan ramadhan ni. So jangan pernah rasa tak mampu nak terawih walaupun esok tu exam, jangan pernah rasa tak mampu tilawah alquran dan khatam dalam masa sebulan. Wekenduit, InsyaAllah! Dan manatahu, kalau kita sungguh sungguh ibadah ramdhan ini, Allah beri kekuatan utk istiqomah after ramadhan. Best kan?
Sesaja nak share pasal aku punya ramadhan action plan. Moga moga diberi kekuatan untuk laksanakannya, moga moga juga kau yang sedang baca juga mendapat manfaatnya.


1) know the rules of ramadhan, understand ramadhan, taaruf with ramadhan

Kita kena faham ramadhan, barulah boleh hayati ramadhan. Sebelum ramadhan cuba belajar ilmu tentang puasa macam perkara membatalkan puasa, syarat sah puasa, maksud puasa, tujuan puasa dan banyak lagi. Selalunya nak dekat ramadhan ada banyak ceramah, pergilah rebut peluang. Dekat facebook, youtube pon banyak orang duk share video ceramah tentang ramadhan. Tinggal kita ja nak ambil kesempatan atau nak biarkan saja video tu berlalu atas timeline kita. 

Nouman Ali Khan YOUtube < suggested to watch

2) Dekatkan diri dengan Al Quran

Ramadhan memang bulan turunnya Al Quran, mari kita sama sama baca Al Quran, Faham Al Quran dan hafal Al Quran. Bila lagi kan? Untuk baca, boleh letak target, sebagai contoh one day one juzuk ke, one day half juzuk ke, its sokay kalau tak mampu khatam dalam waktu ramadhan, tapi bacalah setiap hari, jangan tinggal. Tapi cubalah usahakan untuk khatam dalam waktu ramadhan. Hehe. Tips dia sehari baca 5 kali, setiap kali baca 4 muka surat. InsyaAllah kita boleh! *semangat*. Kalau ajak kawan untuk tilawah reramai lagi best, baru lah ada semangat. Buatlah geng ODOJ korang, ngeh ngeh. Untuk hafalan, aku target untuk hafal juz amma ramadhan ni, ni adalah azam aku since ramadhan lepas lepas tapi still tak lepas, tolonglah mudahkan fatin ini kali ya Allah. Boleh check hafalan dengan kengkawan sekeliling. Boleh jugak hafal surah kegemaran korang yang korang selalu baca, al kahfi ke, al mulk ke, al sajdah ke. 

3) Banyakkan amalan sunat

Contohnya seperti terawih, solat suna rawatib, solat dhuha dan zikir. Seems impossible kan nak laksanakan semua? Sebabtu lah kena praktis awal awal, sebelum ramadhan lagi dah kena start. Cuba je dulu, mintak Allah bagi kekuatan.

4) Sedekah

Amalan sedekah orang selalu rasa susah nak buat sebab tak tahu nak sedekah pada siapa. Sbenarnya sedekah ni boleh je dekat kawan, roomate, housemate, pensyarah, cikgu, jiran, kucing mahupon anjing. Tak semestinya duit, boleh jadi dalam bentuk makanan. Masa berbuka puasa tu bolehlah sedekahkan kuih, atau nasi ayam penyet, atau nasi kerabu, atau cekodok pada sesiapa yg kita nak. Senang kan sedekah, even senyum pon dikira sedekah. Boleh jugak letak target untuk sedekah, contohnya seminngu nak sumbang rm10 untuk sedekah.Barulah ada matlamat. Jom sedekah. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan" .(Tirmizi)
Kalau nak sedekah untuk palestin pon boleh ! 


5) Tukarkan tabiat kurang baik dengan amalan yg Allah senangi

Jika sebelum ramadhan kita lagha dan lalai dengan menonton cerita korea, drama melayu ataupon sibuk scroll facebook sampai 4 jam, Ramadhan kali ini tingalkan lah semua tu. Kan kita nak fokus ibadah, nak capai taqwa dan redha Allah? Cadangan saya, delete semua unnecessary folder dari laptop seprti koleksi drama melayu, koleksi drama korea dan koleksi hindustan. Delete je dengan niat nak fokus ibadah. Gantikan dengan playlist ceramah ceramah. Seriously banyak talk dekat youtube yang best best. Contohnya boleh download kat sini.

Kalau sebelum ni asyik dengar lagu jiwang, lagu rock lagu korea lagu hindustan, tukarkan kepada alunan alunan zikir. Boleh! Anda boleh for the sake of Allah! Kita doa. 

6) Berbakti kepada kedua ibu bapa

Dalam bulan ramadhan ni, jom kita tolong mak sediakan juadah berbuka dan sahur. Tolong ayah belikan  barang dapur. Tolong adik adik mengaji Al Quran. Tolong basuhkan kereta ayah. Tolong mak kemas rumah. Dan sentiasa berusaha bahagiakan mak ayah walau dengan sekecil perkara. 

Sedih, ramadhan kali ni, sempat 3 hari je kat rumah. T.T

7) Banyakkan berdoa

Tahu kan? Dalam bulan ramdhan doa kita senang dimakbukan, maka marilah kita doa. Doakan mak ayah, keluarga, kawan, akhwat, cikgu, kucing dan jangan lupa doakan saudara kita di syriia dan paleatin. Doakan juga Allah selamatkan umat yang sedang tenat ni. 

Untuk list doa boleh rujuk mylittlepencil. Oh ya jangan lupa letak nama saya dalam doa awak. :P

8) Azam Ramadhanku

Kita boleh letak azam untuk ramadhan ni. Sebagai contoh:

  • mula menutup aurat dengan sempurna, which means, tudung menutupi dada, pakai handocks, pakai stocking, baju loggar etc. Dan sebaik baik pakaian muslimah adalah pakaian yang boleh dibawa solat.
  • kurangkan bercakap perkara tak berfaedah seperti bergossip.
  • masak untuk keluarga sepanjang ramadhan, kalau tak pandai masak, takpe, masa nilah nak belajar. Abey google kan ada. Kat fb pun berlambak orang duk share resepi.
  • terawih setiap hari, sampai penghujung ramadhan, wah, ni mantop. Boleh punyer! Percayalah!
  • Hafazan AlQuran.
Aieee, banyak lagilah! Atas ni cuma cadangan je. Supaya Ramadhan ni lebih bermakna dari ramadhan yang lepas lepas.


Setakat itu sahaja ramadhan action plan aku. Secara detail biarlah rahsia. kekekeke~ Moga istiqomah sampai penghujung ramadhan dan selepas ramadhan. Ramadhan ini mungkin ramadhan terakhir aku di bumi kenyalang, sedihnyaaa! Moga-moga dapat harungi ramadhan kali menjadi memori indah buat aku dan kawan-kawan sebelum back for good. Ok dah, nanti qeyau. Bye.

Amin~





1 May 2016

Saya jual buku OHSEM !


Salam Alayk.


Korang, saya jual buku ni. Haha. Serius buku buku ni ohsem. Kalau baca dan faham buku buku ni, iman pon insyaAllah bertambah ohsem! Bukan sekadar nak cari duit lebih, tapi saya nak korang dapat peluang baca buku buku yang bermanfaat :) Dan semoga bila koraang baca buku buku lalu praktis kan dalam kehidupan, saya pon dapat beberapa persen pahala dari amalan korang. Ngeh ngeh! 
Oh ya, boleh beli guna baucer buku yer kawan-kawan, beli banyak jimat postage. Tak rugi pon beli buku, serius tak tipu. 


BAGAIMANA MENYENTUH HATI
ABBAS ASISI
RM20
POSTAGE:
RM7
RM11


BIOGRAFI ABU BAKAR SHIDDIQ
DR. ALI MUHAMAD ASH-SHALABI
RM77
POSTAGE:
RM10 SEM
RM17 SS

BANGKIT & RUNTUHNYA ANDALUSIA
DR. RAGHIB AS-SIRJANI
RM98
POSTAGE:
RM10 SEM
RM17 SS

DINASTI UMAWIYAH
DR. YUSUF AL-ISY
RM40
POSTAGE
RM7 SEM
RM11 SS


MERINDUKAN JALAN DAKWAH
UMAR HIDAYAT
RM 25
POSTAGE:
RM7 SEM
RM11 SS


TARIKH AL-IKHWAN AL-MUSLIMUN (VOL 3)
JUM'AH AMIN
RM88
POSTAGE
RM10 SEM
RM17 SS


MEMOAR SULTAN ABD.HAMID 2
DR. MUHAMMAD HARB
RM43
POSTAGE
RM7 SEM
RM11 SS




 Kombo Tarbiah
 RM30





LAPIS-LAPIS KEBERKAHAN
SALIM A.FILLAH
RM48
POSTAGE
RM10 SEM
RM17 SS

RECLAIM YOUR HEART
YASMIN MOGAHED
RM36
POSTAGE
RM7 SEM
RM11 SS

SUMBANGAN PERADABAN ISLAM PADA DUNIA
DR. RAGHIB AS-SIRJANI
RM120
POSTAGE
RM14 SEM
RM27 SS





SIAP NIKAH TANPA TAPI
IVA WULANDARI
RM 23
POSTAGE
RM7 SEM
RM11 SS

DALAM DAKAPAN UKHWAH
SALIM A.FILLAH
RM 40
POSTAGE
RM7 SEM
RM11 SS

SAKSIKAN AKU SEORANG MUSLIM
SALIM A.FILLAH
RM 42
POSTAGE
RM7 SEM 
RM11 SS


AGAR BIDADARI CEMBURU (H.C.)
SALIM A.FILLAH
RM 25
POSTAGE
RM7 SEM
RM11 SS

LEBIH JELITA DARI BIDADARI
ASA MULCHIAS
RM22
POSTAGE
RM7 SEM
RM11 SS


JUJUR DAN ALLAH MENCINTAIMU
SA'ID ABDUL AZHIM
RM40
POSTAGE
RM7 SEM
RM11 SS


Ohsem kan? oklah itu sahaja gambar buku buku ohsem untuk hari ini. Sebarang pertanyaan atau jika berminat boleh hubungi 0124015331 :) 

sekian. moga anda disayang Allah. 




15 April 2016

Dua bulan saja lagi


Salam Alayk,


Warning, this is a letter to myself, thats why it will sound 'syoq sendiri'. I promise myself to blog once a month, but I failed. I always put high expectation in myself, but I end up ruin everything. Tulah, orang kata jangan panjat tinggi tinggi nanti jatuh sakit. 

Sem ni, sem perit jerih. Tarikh submission thesis dah nak dekat dah, data masih tak cantik, assignment masih bertimbun dan belum bergerak, penempatan latihan industri belum dapat, muayyasyah adik adik belum habis baik. Apa kena lah, wahai diri?? Sudah-sudah, daripada hang dok pikiaq masalah bertimbun, baik hang pikiaq cara nak selesaikan masalah. 




Sedih dengan diri sendiri, dua bulan sahaja lagi masa yang ada untuk berkhidmat dengan bumi tarbiah ni, tapi aku masih tak buat kerja dakwah sungguh-sungguh. Bila aku pulang pada Tuhan, apa jawapan harus aku berikan. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 

Ya Tuhan, berikan aku sedikit lagi kesempatan.

Nangis.

Ya Tuhan, jangan biar aku pulang sebagai benih yang rosak.

Ya Tuhan, izinkan aku pulang sebagai benih yang dicampak dilaut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung.

Ya Tuhan, izinkan aku pulang dengan menggalas harapan mak abah,

Ya Tuhan, tolong beri aku kekuatan luar biasa untuk 2 bulan terakhir ini,

Jangan biar aku pulang tanpa buat kerja.

Wahai diri bersukurlah kerna Allah beri kesempatan berada atas jalan DnT. Jadi tidaklah masa diguna untuk study dan duniawi semata. 

Post dari seseorang yang aku sayang kerana Allah, kerana dia mengingatkan aku tentang Allah:

NGEREPAK PANJANG!]
Ditujukan khas untuk diri sendiri dan adik-adik yang disayangi keranaNya.
Hari ini saya berkesempatan berborak dengan labmate.
Kali ni berkesempatan sebab semua agak free pada belah petangnya.
Apa lagi, kami curhat la tentang research masing-masing.
Masing-masing mengadu stress. Kena tambah kerja la.
Eksperimen kena repeat berpuluh puluh kali sebab asyik fail.
Sv suruh buat benda yang kita rasa takde kaitan tapi nak fight tak dapat.
Ada yang sampai tengah tengah malam boleh terbangun terfikir pasal research.
Tengah mandi pun fikir.
Setiap masa fikir dan ini lead kepada kehidupan yang agak stress.
Eceh. Stress sangat ke research ni?
Ala tak stress pun.
Rilek laaaa. Hahaha.
Stress sikit sikit tu ada la.
Err bagi yang join DnT ni lagi laa kan?
Lagi stress.
Eh silap, silap tu.
Sebenarnya kita harus bersyukur 100% komitmen kita bukan hanya pada research ni dan urusan manusiawi/duniawi yang lain.
Terbahagi juga pada DnT.
Tapi, tidak bermakna, 100% komitmen kita bukan pada research, kita tak boleh memberikan komitmen sebanyak 100% pada setiap apa yang kita lakukan.
*walaupun tak dinafikan aku mudah jugak nak terlepas terlepas buat benda nih huhu my bad!
Sebenarnya dengan adanya komitmen yang macam macam ni, kita belajar untuk :
1. lebih disiplin
2. meningkatkan kapasiti diri. Sebab kadang kita tak guna sepenuhnya lagi kapasiti diri.
3. menyusun masa dengan baik. Kita claim takde masa tapi sebenarnya banyak masa kita terbazir. Berangan. Mengopi. Melepak. Mengonline ehem. Lepas subuh tido balik krikkrikkrik. Saya kenal ada sorang akhawat ni betul utilize masa dia dengan baik. Sibuk siangnya dengan kelas, malam prog, lewat malam settlekan kerja yang berbaki. Saya fail bab tido lewat ni. Lebih 12.30 am dah tingtong dua tiga hari. Haha
4. mengetepikan urusan kecil yang sebenarnya bukan urusan pun.
5. pergantungan yang tinggi pada Allah sebab dalam DnT kita diajar begitu
6. meningkatkan kemahiran mengawal emosi dan berhubungan dengan orang sekeliling.
Stress memang stress tapi aku fikir, kalau aku stress, berapa banyak masa dah terbazir?
Sedangkan pada masa yang aku ada, bukanlah untuk aku dan aku dan aku semata, tapi ada hak ummah di dalamnya.
Tapi takla sampai ke tahap muka cool hati sado sepanjang masa.
Kita manusia bukan baymax.
*haha obses betul dengan baymax.*
Nak nangis nangislah.
Nak down, down lah.
Tapi jangan lama lama.
Sebab ummat perlukan kau.
Jadikan ia satu pitstop, untuk kau berlari lebih laju, menebarkan lebih banyak manfaat.
InshaAllah
Jangan jadikan research kita untuk tak all out dalam DnT. Dan jangan juga jadikan Dnt sebagai alasan utk tak all out research pulak.
Lintasan sejarah kemanusiaan membuktikan kita boleh mumtaz keduanya. Al-khawarizmi, al-biruni dan ramai lagi ilmuan islam yang lain.
Ataupun nak contoh mudah dan dekat, tengok syuyukh kita. Mantop ah! Dorang bukan sekadar rujukan dalam bidang mereka, tapi mereka juga aktivis dnt yang hebat. Dr hafidzi, Dr Har, Dr Maszlee, Datin Paduka Che Asmah dan ramai lagi. Alahhh tengok ydp ikram kosam dan isterinya pun boleh hahaha. Ok banyak gelak.
So tiada yg mustahil kan?
Moga Allah redha dan moga research itu juga ada manfaat yang besar untuk ummah.
Senyum smile emoticon
-------
Terima kasih dari hati, hanya doa mampu ku beri untuk post yang sangat indah ini. Jadi fatin, bergerak lah untuk ummah ini. ;')

Tapisan Allah akan sentiasa berjalan, menurut keikhlasan kau berjual beli dengan Allah. "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (9:111)

Tak apa, jika yang lain sudah jauh bergerak tinggalkan kau, teruslah bergerak tanpa henti walaupun kau tempang sebelah kaki. Mana tahu nanti, Tuhan bagi lagi satu kaki untuk kau berlari.


Catatan 12 pagi, di lab envi, seorang diri, menunggu treatment 12 jam.

May Allah bless you, readers.

Sungguh aku harap tiada yang baca catatan buruk ni.




15 January 2016

Mahasiswa Manja

Salam Alayk.

Ya, aku mungkin tergolong dalam kalangan yang disebut di atas. Aku mahasiswa manja, kerana aku menangis bila lapar, aku menangis bila takdak duit nak beli tiket kapal terbang untuk balik kampung, aku nangis masa naik basikal sengsorang memalam buta balik kerja part time kat summer, aku nangis waktu aku kena kerja walaupun demam. Aku nangis bila teringatkan keluarga di kampung yang kais pagi makan pagi. Aku nangis bila aku tak mampu tolong adik adik yang perlu keperluan sekolah. Aku nangis bila terkenangkan bonda seorang membanting tulang untuk keluarga. Aku nangis bila terkenangkan ayahanda yang tiada lagi upaya.

Dan setiap kali aku nangis, aku bangun lagi, usaha lagi, doa lagi dan tawakal lagi.


Bila aku baca orang orang kata buat kerja part time sambil belajar, ya sudah, aku dah buat itu,

Bila aku baca orang orang kata makan megi, yang sudah beratus bungkus megi aku telan sepanjang pengajian ku,

Bila orang orang kata jangan beli gadget terbaru, ya tak pernah terlintas dihatiku yang terlintas cuma apa makananku hari hari mendatang,

...dan banyak lagi orang orang kata

....dan aku tak sanggup lagi baca

Dan orang orang tanya PTPTN aku mana bila aku tak cukop makan???? Setelah apa kau baca, apa perlu lagi aku ceritakan?

Kau tak pernah ada dalam  kasut buruk aku, jadi kau tak rasa. Baik kau diam saja.  Aku mahasiswa yang kau kata manja.

7 January 2016

KITA BANGSA YANG TAK PUNYA MALU


Sya’ir yang berhasil membuat heboh bangsa iran.

Reporter Hanan Abdul Hadi baru baru ini (27-12-2015) melaporkan.
Berikut kami sajikan sya’ir bersama terjemahannya :



نحن شعب لا يستحي Kita bangsa yang tak punya malu

حقائق تاريخية يجب أن لا تنسى Fakta-fakta sejarah yang tak boleh di lupakan

من الذي فتح الشام والعراق وفارس؟ عمر بن الخطاب (سني)

Siapakah yang menaklukkan Syam, Irak dan Persia? Umar bin Khattab (Sunny)

من الذي فتح بلاد السند والهند وما وراء النهرين؟ محمد بن القاسم (سني)
Siapakah yang telah membuka negeri sindi, india dan negeri-negeri di sekitar sungai oxus (Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan dan Turkmenistan.)? Muhammad bin Al-Qasim (Sunny)

من الذي فتح شمال إفريقيا؟
قتيبة بن مسلم الباهلي (سني)
Siapakah yang mengekspansi Afrika Utara? Qutaibah bin Muslim Al-Bahily (Sunny)

من الذي فتح الأندلس؟ طارق بن زياد (سني) وموسى بن نصير (سني)
Siapakah yang membuka Andalusia? Thariq bin Ziyad (Sunny) dan Musa bin Nushair (Sunny)

من الذي فتح القسطنطينية؟ محمد الفاتح (سني)
Siapa penakluk Konstantinovel? Muhammad Al-Fatih (Sunny)

من الذي فتح صقلية؟ أسد بن الفرات (سني)
Siapakah yang menaklukkan Sisilia? Asad bin Al-Furaat (Sunny)

من الذي أنشأ حضارة الأندلس وجعلها منارة علم؟ حكام الخلافة الأموية الثانية (أهل السنة)
Siapakah yang menciptakan peradaban di Andalusia dan menjadikannya pusat ilmu? Para khalifah umawiyyah yang ke dua (Sunny)

من الذي قاد المسلمين في حطين؟ صلاح الدين الأيوبي (سني)
Siapakah Panglima perang Kaum Muslimin pada peperangan Hittin? Shalahuddin Al-Ayyuby (Sunny)

من الذي قاد المسلمين في عين جالوت وهزم التتار؟ سيف الدين قطز (سني) وركن الدين بيبرس (سني)
Siapakah yang memimpin kaum muslimin pada peperangan A’in Jalut dan mengalahkan bangsa Tatar? Saifuddin Qutz (Sunny) dan Ruknuddin Baibars (Sunny)

من الذي كسر غرور إسبانيا بالريف المغربي؟ عبد الكريم الخطابي (سني)
Siapakah yang berhasil mematahkan kesombongan Spanyol di Negara Maroko? Abdul Karim Al-Khattaby (Sunny)

من الذي أجبر إيطاليا على إعادة حساباتها في ليبيا؟ عمر المختار (سني)
Siapakah yang memaksa Italia untuk memperhitungkan bangsa Libya? Umar Al-Mukhtar (Sunny)

وحديثا..
Dan terkini

من الذي قهر الروس في الشيشان وفتح مدينة غروزني؟ خطاب (سني)
Siapa yang mengusir Rusia dari bumi chechnya dan menaklukkan kota Grozny? Khattab (Sunny)

من الذي مرغ وجه الناتو في التراب بأفغانستان؟ (أهل السنة)
Siapa yang telah membungkamkan wajah NATO di Afghanistan? Ahlu Sunnah

من الذي أجبر الأمريكان على الخروج من العراق؟ (أهل السنة)
Siapa yang memaksa amerika untuk keluar meninggalkan Irak? Ahlu Sunnah

من الذي أقض مضاجع اليهود في فلسطين؟ أحمد ياسين (سني)
Siapa yang telah mengganggu tidurnya kaum yahudi di Palestina? Ahmad Yasin (Sunny)

لكن، ماذا نحن تركنا لأبنائنا من الشيعة في المقابل..؟؟!!!
Lalu, Jasa apa yang telah kita tinggalkan bagi anak cucu kita dari syi’ah sebagai imbalan??!!!

من الذي غدر بالحسين حين أخرجه ثم تخلى عنه في كربلاءة؟ المختار الثقفي (شيعي)
Siapa yang telah mengkhiyanati Al-Husein, membujuknya untuk keluar menuju kufah kemudian membelot darinya di karbala? Al-Mukhtar Ats-Tsaqafy (Syi’ah)

من الذي غدر بالخليفة العباسي الراضي بالله؟ البويهيون (شيعة)
Siapa yang mengkhiyanati khalifah Abbasiyah Al-Radhi billah? Kaum Buwaihy (syi’ah)

من الذي مكن للتتار دخول بغداد؟ ابن العلقمي (شيعي)
Siapa yang membuka jalan bagi bangsa Tatar masuk ke Baghdad? Ibnu Al-Alqamy (Syi’ah)

من الذي كان يزين لهولاكو سوء أعماله؟ نصير الطوسي (شيعي)
Siapa yang menganggap baik tindakan Hulagu Khan? Naseer Ath-Thusy (Syi’ah)

من الذي أعان التتار في هجومهم على الشام؟ (الشيعة)
Siapa yang membantu Tatar dalam penyerbuannya ke Syam? (Syi’ah)

من الذي حالف الفرنجة ضد المسلمين؟ الفاطميون (شيعة)
Siapakah yang bersekutu dengan prancis melawan kaum muslimin? Negara Fathimiyyah (Syi’ah)

من الذي غدر بالسلطان السلجوقي؟ طغرل بك البساسيري (شيعي)
Siapa yang mengkhianati kesulthanan Seljuk Raya (Syi’ah)

من الذي أعان الصليبيين على الاستيلاء على بيت المقدس؟ أحمد بن عطاء (شيعي)
Siapa yang membantu kaum salib menguasai Baitul Maqdis? Ahmad bin Atha’ (Syi’ah)

من الذي دبر لقتل صلاح الدين؟ كنز الدولة (شيعي)
Siapa yang mendalangi pembunuhan Sulthan Shalahuddin Al-Ayyuby? Kanzud daulah (Syi’ah)

من الذي استقبل هولاكو بالشام؟ كمال الدين بن بدر التفليسي(شيعي)
Siapa yang menyambut kedatangan Hulagu Khan di Syam? Kamaluddin bin badr Ath-Taflisy (Syi’ah)

من الذي سرق الحجر الأسود وقتل الحجيج في الحرم؟ أبو طاهر القرمطي
(شيعي)
Siapakah yang mencuri Hajar Aswad dan membantai jama’ah haji di Masjidil Haram? Abu Thahir Al-Qarmathy (Syi’ah)

من الذي ساعد محمد علي في هجومه على الشام؟ (الشيعة)
Siapa yang membantu Muhammad Aly dalam penyerangannya terhadap Syam? (Syi’ah)

من الذي ساعد نابليون في هجومه على الشام؟ (الشيعة)
Siapa yang membantu Napoleon Bonaparte dalam penyerangannya terhadap Syam? (Syi’ah)
وحديثاً.... Dan terkini

من الذي يهاجم المراكز الإسلامية باليمن؟ الحوثيون (شيعة)
Siapa yang menyerang Markaz-Markaz Islamiyah di yaman? Kaum Hutsi (Syi’ah)

من الذي بارك الغزو الأمريكي لبلاد العراق؟ السيستاني والحكيم (شيعة)
Siapa yang memberkati invasi Amerika atas Syam? As-Sistany & Al-Hakim (Syi’ah)

من الذي بارك الغزو الصليبي لبلاد أفغانستان؟ إيران (شيعة)
Siapa yang mengapresisi invasi salibis atas Afghanistan? Iran (Syi’ah)

من الذي يحارب الثورة السورية ببلاد الشام؟ إيرانيون وعراقيون وأفغان ومرتزقة آخرون (شيعة)
Siapa yang memerangi revolusi suria di Syam? Iran, Iraq, Afghan, dan mafia-mafia bayaran lainnya (Syi’ah)

من الذي قال نحن مع بورما في حربها على الإرهاب؟ نجاد (شيعي)
Siapakah yang berkata: “kami bersama Burma dalam memberantas terorisme”? Ahmadi Nejad (Syi’ah)

من الذي وقف مع النظام الفاسد بسوريا الذي يقصف الشعب ببراميل متفجرة بحجة قتال التكفيريين ثمّ يؤيد روسيا الملحدة في تدخلها في سوريا؟ خامنئي (شيعي)
Siapa yang berdiri bersama rezim Basyar di suria, yang telah membom rakyatnya dengan bom barel dengan dalih memerangi kelompok-kelompok ekstrimis, kemudian mendukung rusia ateis dalam intervensi suria? Aly Khaman’iy (Syi’ah)

على مر التاريخ لسان وأقلام الشيعة ضد الكفار بزعمهم وقلوبهم معهم...
بينما لسانهم وأقلامهم وسيوفهم في صدور المسلمين السنة...
هذا هو الغزو الفكري الحقيقي للسائل عنه.
ولو أردنا سرد جميع الحقائق لاحتاج الأمر لمجلدات..!!!
Sepanjang sejarah pena-pena syi’ah dipakai untuk melawan kaum kuffar dengan klaim yang mereka bangun, sedangkan hati-hati mereka bersama kaum kuffar…
Adapun lisan-lisan syi’ah dan pena-pena mereka begitu pula pedang-pedang mereka tertuju ke dada-dada kaum muslimin
Inilah perang pemikiran yang sebenarnya bagi yang bertanya
Jika kita mengurutkan fakta-fakta yang ada, maka hal itu membutuhkan berjilid jilid kertas

ألسنا من بايع الحسين ثم خنّاه؟
Bukankah kita yang membaiat Al Husain, lalu kita pula yang mengkhianatinya?

ألم تكن قلوبنا معه وبسيوفنا ذبحناه؟
Bukankah hati kita bersamanya, lalu mengapa pedang-pedang kita pula yang membunuhnya?

ألم نبكي الحسن بعد أن سممناه؟
Bukankah kita yang menangisi Al Hasan setelah kita meracunnya?

ألسنا من والى علي وفي صلاته طعناه؟
Bukankah kita yang mengangkat Ali menjadi khalifah? Lalu kita pula yang menusuknya dalam shalatnya!

ألسنا من عاهد عمر ثم غدرناه؟
Bukankah kita yang mengikat janji dengan Umar? Kita pula yang mengkhianatinya!

ألم ندعي حبه، وفي الصلاة لعّناه؟
Bukankah kita mengaku cinta padanya? Tetapi kita laknat pula ia dalam shalat kita

قسمًا!.. نحن شعب لا يستحي
Sungguh..! kita memang bangsa yang tak punya malu. !!

نحن قطاع الطرق وخونة الدار
Kita adalah para perampok dan pengkhianat di rumah sediri

نهدر دم المسلم ونهجم على الجار
Kita tumpah darah muslim lalu kita tuduhkan pada tetangga

نعتمر عمائم بيضاء وسوداء وما تحتهما عار
Kita kenakan sorban hitam dan putih Tetapi isinya tidak lebih dari sesuatu yang memalukan

والله نحن شعب لا يستحي
Demi Allah, kita memang bangsa yang tak punya malu.

نحن جيش القادسية وجيش القدس وجيش ام المعارك وجيش المهدي
Kita mengaku sebagai tentara Qadisiah dan Al-Quds, tentara Ummul Ma’rik dan Al Mahdi yang ditunggu

ونحن أيضًا أتباع الأعور الدجال
Tetapi kita juga adalah para pengikut Dajjal si mata satu !

نحن خدم الحسينيات والجوامع والمساجد والكنائس والملاهي والبارات
Kita ada para pelayanan husainiyat, jawami’, masjid dan gereja. Tetapi kita juga pelayan nigh club dan bar !

ونحن أيضًا أتباع الشيطان تحت السروال
Kita adalah para pengikut setan dalam urusan di balik celana
نحن شعب لا يستحي
Kita, memang bangsa yang tak punya malu !

قاتلنا إيران مع صدام
Kita perangi Iran bersama Saddam

وحاربنا مع إيران ضد صدام
Lalu bersama Iran kita habisi Saddam

بربكم هل رأيتم كهذا الحجم من الإنفصام
Demi Allah, pernahkah kalian menyaksikan paradok semacam ini?
نحن شعب لا يستحي
Kita, memang bangsa yang tak punya malu !

مبروك.... عراقنا أكبر حديقة حيوان بشرية حكومتها إيرانية تحكم قطعانًا عراقية"
Selamat…
Irak, kini adalah kebun binatang terbesar sedunia,
pemiliknya Iran dan binatang-binatangnya adalah Irak

‪#‎YAA‬ ALLAH BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA MUJAHID DIMEDAN JIHAD

SEMOGA ALLAH MENURUNKAN ADZAB KEPADA KAUM SYIAH DAN KAUM KUFFAR LAINNYA

Dan penyair ini tela dihukum gantung kerana mencipta sebuah syair kebenaran. Al Fatihah

AAMIIN AAMIIN YAA ROBBAL 'ALAMIIN

31 December 2015

Azam 2016

Salam Alayk

8.55 PM
Khamis 
31 Disember 2015


Lagi beberapa jam, 2015 akan bertukar kepada 2016. Ingin aku coretkan disini, beberapa azam yag mahu aku usahakan pada 2016. Supaya nanti aku tak lupa. Supaya nanti, kau yang sedang baca ni, boleh ingatkan aku tentang apa aku catit ni.

1) Membaca sebanyak mungkin. Baca journal, baca buku fikrah, baca dan tadabbur AlQuran sesungguh mungkin. Baca, baca, baca dan amal. 

2) Satu bulan, satu projek. InsyaAllah gonna blog this next year.

3) Mula jana ekonomi untuk bayar PTPTN, untuk infaq, untuk family, untuk DnT, untuk Palestin

4) Satu bulan, at least satu blog post, paling payah ni, doakan eh. Doakan jugak, agar aku diberi ilham untuk menulis penulisan yang bermanfaaat dan berilmiah. 

5) Bersabar, berkorban, berjuang untuk DnT

6) Selesaikan FYP dengan sungguh-sungguh

Moga-moga diri ini semakin bermanfaat untuk ummah 2016. Moga-moga diri ini boleh sumbangkan sesuatu pada ummah sebelum ajal. Moga-moga diri ini digunakan semaksima mungkin untuk ummah. Moga-moga diri sentiasa berusaha menyelesaikan permasahalatan ummah.

AtenShaf


A Father's Love for His Daughter- Very Sad Story





Kakak, Angah , Adik sayang abah.



Masa kecik-kecik dulu,



Orang selalu pandang kaki abah,



Lepastu kakak buat muka marah dekat orang tu,



Kakak jelir lidah dekat orang tu, haha, nakal betul,



Kakak taknak abah rasa tak selesa bila orang pandang kaki abah,



Mak pernah cerita,



Bila kakak lahir, abah bukan tanya anak perempuan ke anak lelaki,



Yang abah tengok dulu, kaki anak dia, sempurna atau tak,



Abah risau anak dia ni mewarisi kecacatan dia,



Abah risau anak dia ni rasa apa yang dia pernah rasa,



Bila angah lahir, itu jugak yang abah buat dulu,



Bila adik lahir, itu jugak yang abah buat dulu,



Terima kasih abah,



Menyayangi kami semua,



Terima kasih abah, ajar kami untuk bercita-cita tinggi,



Menjadikan kami semua seperti apa yang kami jadi pada hari ini,



Semoga anak-anak abah ni, jadi penolong abah kat akhirat nanti,




19 October 2015

Ibrah from FRONT OF CLASS


Salam Alayk


About last week, I involved in a program that we called Bedah Movie:  Front of Class. It was so a inspiring-awesome-coolio-bestgilabaqhang movie. Here is the synopsis on the movie,

 "Twelve-year-old Brad lives in Missouri with his divorcée mother, Ellen, and younger brother, Jeff. He constantly gets into trouble with his father Norman and his teachers at school due to his tics. In one class, his teacher calls him to the front to make him apologize to his class for disrupting the class and promise he won't do it again. Determined to find out what is wrong with her son, Ellen seeks medical help. A psychiatrist believes that Brad's tics are the result of his parents' divorce. One lady suggests an exorcism. Ellen takes her search to the library and comes across Tourette syndrome (TS) in a medical book. She shows this to the psychiatrist, who agrees with the diagnosis, and says that there is no cure. Brad and his mother attend a support group for the first and last time. From then on, Brad aspires to never be like the other members of the support group and to become successful.
At the beginning of middle school, Brad is sent to the principal's office for being disruptive. The Principal invites him to the school concert later in the afternoon. At the end of the concert, he calls Brad up to the stage and asks Brad to talk about his TS. As Brad makes his way back to his seat, the school applauds him.
As an adult, Brad lives with his house mate Ron in Georgia, and is looking for work as an elementary school teacher. He is turned down after many interviews because of his TS. He finally gets an interview where the staff are accepting and they give him the job.
On his first day, Brad explains his TS to the children. He helps Thomas with reading and makes an impression on Heather, a girl with terminal cancer. One student's father pulls her out of Brad's class as he fears Brad will distract her.
Brad meets Nancy on an online dating site and invites her over for Thanksgiving back at Ellen's house, where he tells Nancy he loves her, and the feeling is reciprocated. He confides in Ellen his concern that Nancy will get fed up of his tics, but she reassures him that he musn't let his TS get in the way.
An observer at the school assesses Brad's teaching, and the headteacher announces that Brad has been chosen to receive the Teacher of the Year award, which he accepts his award in front his family, friends and students. The ending titles tell that Brad got his Master's degree; he dressed up as Homer, (Atlanta,Braves) mascot; he married Nancy in 2006; and photographs of the real Brad Cohen teaching his class are shown."
Kalau malas baca tengok sendiri eh. Ada je kat google. Tujuan aku gigih tulis post ni bukanlah nak promote pasal movie ni pon. Nawaitu ku adalah untuk ceritakan ibrah that I gained from this movie. At the end of this movie, i suddenly remember of my dad. How Brad struggle to face the society because of his weakness is the same with my dad. Ok malas cerita panjang. Nanti nanges.
What i learnt the most is how to overcome weakness and do not allow anything stop you from chasing dream. Find a way to overcome your weakness. Face it. Do not run from it, as it can grow bigger. Work extra hard if you want to overcome your weakness.  How Brad overcome his weakness is  by trying, planning. But there is always failing process in order to achieve success. He was once gave up since everything that he try went wrong. But, he didnt give up and feel down for along time, He try to get up again with another plan. He always motivate himself to try again and again. In life, its okay to feel down, sad but please do not be in that situation for a long time. Find a way to get out from it. Ignore the society that would always try to pull you down. Dont be shaken by their negative words. Promise yourself that one day you gonna tell them "Hey world, I did it!" Bila kau rasa semua orang tak faham kau, then fahamkanlah.Just like what Brad did.
Bermujahaddahlah dengan bersungguh sugguh. Anggap kelemahan kau tu anugerah dari Tuhan. Bukankan setiap yg dijadikan Allah tidak sia-sia. Aku juga ada kelemahan. Banyak. Tapi satu je yang aku boleh ceritakan kat sini. Aku adalah manusia yang kuat tidur. Kalau dah datang penyakit mengantuk aku, kat mana mana pon aku boleh tidur. Aku tak boleh biar kelemahan aku yang satu ni kuasai diri aku, halang kejayaan aku. Melampau sangat dah kalau dalam kelas pon nak tidur. To be honest, aku pernah tidur dalam exam! Aku jawab exam cecepat semata mata untuk tidur. Mungkin sampai tahap nazak macam ni sebab semalaman aku tak tidur, nak study molecular chemistry punya pasal. Dan lepastu aku janji dengan diri sendiri aku tak nak buat lagi. Tapi aku buat lagi, kali ni lebih teruk! Aku tidur dalam daurah! Kau tahu, setiap kali aku ulang kesalahan yang sama, aku rasa benci dengan diri sendiri. Pernah jugak, masa sekolah menengah, aku tidur dalam kelas addmath, cikgu tu baling marker pen kat aku. ahahaha. Terima kasih kepada cikgu tersebut. Aku melampau! Pernah, aku pernah cari jalan penyelesaian. Aku minum caffeine, aku jogging, aku tidur awal. And Allahamdulillah sometime it works well, and penyakit mengantuk ni makin pulih. Banyak banyak lah berdoa. Kau nak ubah diri kau ke arah kebaikan, pasti Allah bantu. 
Percayalah. 
Sekian dahulu.