Pages - Menu

21 December 2013

kedah, wait for me

Assalamulaikum :)

ya betol. final exam is coming. wuwuwuwu~ takotnyaaaa. study week pon dah start. 3hb12 start exam.. sampaila 10hb12. sekejap je kan. maw taknyaa core subjek aku sem ney ada tiga ja. calculus, physical chemistry, analytical chemistry.. semua 16 kredit ja. mampoih taon depan nak kena kejar kredit. tak pon kena buat antarseisi. arghhh tidakkkk!!

back to da main point. semua budak degree akan exam dalam masa yang terdekat ney. goodluck semuaa orang...  lepastuuuuu , boleh balek kampung halaman. ya Allah bestnyaaaa. mak tunggu cek nahhh. nak suroh mak masak macam macam. asam pedas, sup ayam, masak lemak cili api, laksa... ieee tak sabarnyaaaaa.....

tapi sayang , majoriti budak unimas balek awal. aku je yang balek lewat. silap beli tiket. kononnyaa nak murahla kan, tengok tengok ada lagi tarikh lain yang murah. gila ahh . lepas exam aku kena duduk sarawak 10 hari. tidaaaaakkkkk!!!! hm tapi takpalah, boleh jenjalan sarawak. dok rancang nak pi gunung gading, kampung budaya, sarikei.. ieee bestnyaaaa. nnti aku update pasal percutian aku kat sarawak. sambil sambil tu nak belikan ikan terubuk masin dengan kek lapis untuk orang tersayang dekat semenanjung. ngeeee~

nampak tak? lagi banyak makan dari study.huhu

toilet pon boleh. haha. mak tunggu cek balek nahhhh.

harap harap exam ney berjalan dengan lancar supaya aku boleh balek semenanjung dengan hati yang puas. so, jomm study !!!! 4.0 flat. aminnnnnn :)

   

2 November 2013

Goodluck Angah

ASSALAMUALAIKUM

Entry kali ney ditype khas buat adik kesayangan dunia dan akhirat. Sekarang pukul tiga pagi okeh. aku bersengkang mata punya nak tungu tenet laju supaya dapat tulis perutusan ney untuk hang ! 6 november ney SPM kan sayang ??? goodluck okeh. please make mak and abah proud of you. :')



Dengan Izin Allah , harap harap semuanya berjalan lancar. sebenarnya aku nak mintak maaf sangat sangat dengan hang sebab mugkir janji. sepatutnya lepas habes ja matrik , aku kena tolong hang prepare untuk spm , tapi lain pulak jadinya. aku tak sempat nak clorox otak hang betol betol.  semuanya gara gara aku kerja part time kat petronas. hmm :( sorry angah . as a sister i do really feel bad !

apa apapon ., aku taw hang boleh. sebelom hang jawab exam, sebelom hang dapat result lagi aku dah bangga dengan hang. bangga sebab hang berjaya jadi anak yang baik. :') bangga sebab hang yang tolong jagakan mak , abah , adik , masa aku duduk asrama ... :')

angah , ingat ney .. walaupon rasa macam ada lagi yang tak study.. jangan pernah rasa putus asa , jangan pernah rasa tak sempat.. selagi belom masuk dewan exam selagi tulah ada masa..

angah , ingat ney SPM memang penting. tapi SPM bukan penentu segala galanya. banyak lagi cabaran dalam hidup yang hang akan tempuh selain daripada SPM. 

pasal tips tips jawab exam tak payah kot aku nak ceramah kat hang , sebab aku rasa kat sekolah dah banyak dah cikgu bagi. ingat apa yang cikgu pesan keh...aku tak harap hang dapat keputusan cemerlang , tapi aku harap hang berjaya dunia dan akhirat.. i will always pray the best for you dear 

fighting ! fighting ! fighting ! InsyaAllah segala kesusahan yang kita lalui akan tamat tak lama lagi :)
aku saaaaayang hang !! sayaaang adik!!! saaaaayang abah mak !!

jangan tanya kenapa aku pilih gambar ney! just because... hahahaha
baca doa ney sebelom masok dewan exam : “Allahumma najahna fil amrina rasyadah”

Maksud: Ya Allah,berilah kejayaan pada peperiksaan ini.

30 October 2013

Allah.. :"( takutnya

KHAS UTK WANITA ASTARGFIRULLAHALAZIM, YA ALLAH PERINGATAN KEPADA WANITA!!! PinjAm 5 mnit jew.. (Tolong ingatkan kepada semua kaum perempuan yang Anda kenal) Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat, renungan khususnya untuk para wanita. Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis mankala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di isra'- kan, aku melihat perempuan- perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya." Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuandigantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?" *Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan. Sekarang Anda mempunyai dua pilihan:
 1. Biarkan info ini tetap dalam page/grup ini
. 2. Share info ini ke sejumlah orang yang Anda kenal dan Insha Allah redha n ade gnjran pahalanya subhanallah !!!

Ya Allah jauhkanlah aku , ibuku adik perempuanku, sahabatku daripada azab api neraka :'

28 October 2013

Kelopak Garam

Salam Alaykum

lately , aku diserang penyakit kelopak garam. bukan sehari , dua hari , tapi hari hari . hairan aku. macam mana lah boleh jadik. padahal sebelom ney tak pernah jadi pon. hmmm :( gatal kot. macam monyet dah tergaru garu. calar balar kulit aku. kalaulah mak ada, mesti mak tahu nak buat apa. aku malas nak bagitau mak, nanti mak risau. so aku pon tanya encik google pasal benda alah ney. encik google kata , penyakit ney berpunca dari alahan. tapi sebelom ney aku mana ada alah apa apa pon. tapi aku syak aku alah pada shower cream yang aku pakai sekarang. tapiii .. dah dua hari aku tak pakai sabun tu still tumbuh lagi merah merah. hairan :(

ney apa yang encik google kata :
Pernahkah anda mengalami gatal-gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas makan makanan laut atau alahan makanan? Kulit anda juga akan bengkak dan menaik dan kemerah merahan. Kadang-kadang kulit anda juga akan menjadi gatal dan sakit. Mungkin rakan-rakan anda akan memngatakan itu adalah gegata.

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria.

Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.


Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab
1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan
1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.

Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai. Sekian.

ya Allah jauhkanlah aku dari sebarang penyakit supaya aku dapat beribadah dengan sempurna :"(
lepas exam midsem bau aku nak gy cek dekat klinik unimas. sekarang still takda masa. exam :( hmm 

21 October 2013

Untuk Hannan part 2

Salam Alaykum ! :'(
hanan,  happy birthday dear .. sorry lambat .. :'( sorry sesangat .. kami tak lupa taw , kami ingat ! cuma tadak kedit :'( kami nak post kat fesbuk pon,, tenet kat unimas ney bongok sikit .. please, maafkan kami :'(

hampa ... kami rindu ampa sesangat ! hampa rindu kami dak ? hmm , kat sini tadak sapa nak bancuhkan kami teh karamel , tadak sapa nak sapukan jem atas roti , tadak sapa tolong buatkan megi , semua kena buat sendiri :( rindu teh hampa yang tawaq hebiaq tu .. hehe ^^

ampa .. sory noh kali ney tadak hadiah .. takpa nanti kami balek kami belikan hampa kek sarawak ... sedap owww !!! nanti bila bila mai la sarawak , kami bawak ampa ronda ronda . syoq oww , kat sini cowok ensem ensem , cam korea .. hahahaha

ampa .. kami doakan ampa ... 
- dimurahkan rezki
-sihat selalu
-jadi anak yang solehah
-jadi isteri yang solehah (hehe)
-berjaya di dunia dan akhirat

hanan , ingat ney , dok sana jga diri taw .. jangan nakal nakal .. cari kawan hat berjeneh sikit .. makan ikot waktu .. jangan minum ais banyak sangat , minum air suam selalu .. jangan study last minute , jangan tido lewat .. exam nanti buat elok elok.. semoga kita semua dapat graduate dan jadi manusia yang berguna .. ameen ;'D 

kami .. saaayangg ampa ! muah muah muah ! 



12 October 2013

Aidiladha is coming

Salam Alaykum , sahabat :)



Raya haji tahun ney jatuh pada 10Zulhijjah1434 bersamaan 15oktober 2013. *skemanya ayat*. Dan seperti tahun sebelum ney aku terpaksa beraya di perantauan. Kalau tahun lepas aku tak balek beraya sebab final exam , tahun ney aku tak dapat balek sebab cuti sehari je ==' . hmm kalau cuti seminggu pon aku tak balek semenanjung rasanya. yelaaa , jaoh kot , mahal pulak tu. kalu boleh tumpang buaya sarawak balek semenanjung ok gak. tapi takot nanti tulang ja sampai. *lackofsenseofhumour* =..= Jadi kiranya ini adalah sebahagian daripada korban yang aku lakukan sempena raya haji ney. :') dalam hati membuak buak rasa nak balek sebab abah tak berapa sehat. Teringin jugak nak balek jenguk. Teringin nak bawak bawak balek kek lapis sarawak untuk mak, adik adik , tok , kak an , tehah , makngah kiah , tokcik . Tapi apakan daya , inilah hakikat hidup seorang musafir . *aceyywah*

Takpa, aku kuat. Aku dah besar. :')

Ok, sempena raya haji tahon ney aku nak share sedikit ilmu tentang Hari Raya Korban. apakah erti hari raya korban bagi anda ?? Hari raya korban merupakan hari yang istimewa bagi umat islam untuk memperingati peristiwa Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah swt. Kisah ini berkaitan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail kerana ketaatannya kepada Allah. Allah ingin menguji kekukuhan iman kedua dua nabi ini. Namun, berkat ketaatan dan kesabaran kedua dua beranak ini , Allah telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia untuk menyembelih anaknya. Subhanallah ... sungguh kaseh Allah kepada manusia.

rentetan peristiwa ini, umat islam menyambut hari raya korban. Mereka menyembelih binatang dan mengagihkannya kepada golongan yang kurang bernasib baik contohnya anak yatim, fakir miskin orang islam yang ditimpa musibah dan laen laen :)

luas erti pengorbanan. Dalam munuju liku liku kehidupan , banyak yang harus kita korbankan. Ingatlah kebahagiaan memerlukan pengorbanan. apa yang telah anda korbankan? 

pengorbanan memerlukan kesabaran , pengorbanan memerlukan keikhlasan , pengobanan memerlukan kekuatan :')

Apa kata, kita korbankan sifat tamak, dengki, rakus dan sifat sifat busuk yang ada dalam diri untuk menjadi muslimin sejati ?? tahu, bukan mudah, tapi tak salah kalau sekurang kurangnya kita mencuba :)
i am trying too :) InsyaAllah boleh.



salam aidiladha ;') 

Kisah Seorang Pemuda

Pemuda : Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:- 1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya 2.Apakah yang dinamakan takdir 3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
 Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
 Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
 Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
 Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
 Pemuda : Ya!
 Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
 Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak. 
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
 Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda? Pemuda : Kulit.
 Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
 Pemuda : Kulit. Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
 Pemuda : Sakit.
 Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Allah menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan...


moga bermanfaat :) salam ukhuwah 


24 September 2013

Here I am !

Assalamualaikum .
Fuh fuh . Berhabuk blog . Lama tak update . Busy lah . Habes ja matrik aku teros kerja kat petronas . Dan sekarang aku dah berada di unimas . Menyambung pengajian dalam bidang kimia sumber . Ya ya ya . Aku tahu jauh . Sebenarnya aku tersangat excited bila dapat unimas . Akan tetapi ditentang oleh masyarakat sekeliling . Aceywah . Ada yang kata belanja kat sarawak mahal la , ilmu hitam la , makanan tak sedap la . Macam macam lagilah . Alhamdulillah mak dan abah sangat supportive dan sentiasa sokong keputusan aku . :') walaupon pada hakikatnya amat berat hati nak melepaskan anak dara dia ney p jeuh jeuh . Memacam nasihat yang mak abah bagi . Hari hari . Sejak keluar keputusan upu lagi . Akan ku ingat semuaa nasihat tu sampai bila bila .
Aku dengan abah bertolak ke sarawak pada 29hb sept . Abah ja teman aku sebab tak mampu nak hangkut ramai ramai . 2hb aku register di unimas . Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan . Terima kaseh maksu , makngah kiah , toke petronas , abang amek , tok , pakcik jalil , tokcik yang buat kenduru doa selamat sebelum aku datang sini.. :') sebab banyak tolong mempermudahkan perjalanan aku . Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian dunia dan akhirat . Amin .
Thats all . Insyaallah I will update my blog when I have free time . Bye . Annyong !!! ^^



16 June 2013

SAY ALHAMDULILLAH , THANK YOU ALLAH

Hye uolsss .. hek hek .  :P tanggal 6hb jun 2013 hari tu result pon keluar .. eh sat betoi ka dak tarikh ney aku pon tataw.. hehe.. biaq ahhhh !! tak penting !!! yang penting adalah keputusan tuu okehh ! Alhamdulillah .. result aku boleh laaaa tahannnnnn .. choiii !! hmm tapi yang tak syok nyaa adalah result biology aku yang tak berapa memberansangkan.. padahal itulah subjek yang paling aku struggle dan yang paling aku suka .. subject yang aku tak berapa suka pulak dapat elok .. iaitu KIMIA … fuishhh tergejut aku tengok result kimia aku .. tak expect lagu tuu .. haha , bangga siot … ney semua berkat miz khairani yang paaaling aku sayang …. Miz dah banyak tolong aku … kalau sem satu aku keja tidoq jaaa time kimia pasai tak paham pa .. tapi sem 2 nak kejip mata pon takdan ,, haha .. poyosss !


 tapi seriously aku start suka kimia pon sejak miz khairani yang ajar aku…  hmmm dan seperi biasaaaaa , result aku yang paling burokkkk ialah mathematics !!!! sejak sekolah rendah lagi aku lemah math .. apa kena dengan otak aku pon tataw … karat betol ..    hmmm :’( asal belajar math jaaa aku tido .. asal aku tido jaaa belajar math … pelik kan bila mengantuk time math ? kalau time sejarah takpalah jugak . namapon bedtime story … aku siap baca doa panjang berjelaa sebelom masok kelas math .. tapi tidoq jugakk !! hadoihhh … agak2 nanti masa kat u ada math lagi tak ??? tlonglaaaa jangan ada .. mencacatkan result aku je …

Selepas redanyaa debaran result , nak kena hadapi  debaran  result UPU pulak .. hadoihhh tak pernah selesai urusan dunia sehinggalahh putus nyawaaa …   dup dap du dap !! takot bhaiii … harap2 laaaa dapat USM ..  amin .. dekat sikit … malaslah nak merantau jauhh2 .. nanti kena buli macam kat KMK tadak sapa tolong .. HAHA !  

Sementara tunggu result UPU aku kerja part time kat petronas … cari duit sikit .. dapat lah jugak dua tiga kupang pada dok rumah bela badan .. kbye !! 

30 March 2013

Totoy dah tadak :"(

Assalamualaikum :')

beberapa hari yang lepas, angah hantar msg : "kak , toy dah tadak".. automatically air mata merembes :'(
sebelom tu mmg angah ada bagitau , totoy tak lalu makan .. asyik tido jaa .. tak sangka pulak sampai macam ni :'( no wonder , sebelom aku balik matrik dia manja sangat .. hari aku nak balik matrik aku pelok dia kuat-kuat .. last aku pelok totoy yang busuk .. :')

masa dia lahir aku dok kt mrsm , dia meninggal aku dok kt matrik .. he is part of my story life .. :'( ingat lagi , pagi-pagi waktu subuh mesti dia panjat katil pastu gigit-2 kaki .. maybe sebab lapar kot .. takpon nak kejut subuh .. sweet rite ? :') i love him .. gonna miss him ..

malam-2 dia akan datang tido kat hujung kepala .. sambil mengerekot .. comel je :) bulu dia gebu sangat tapi busuk sebab toy tak suka mandi .. kalau paksa dia mandi mesti dia sakit .. manja betol .. haha bila adia malas madi , angah letak bedak johnson baby banyak-2 .. biar wangi .. baru boleh pelok :p  muka dia sangat garang macam harimau . tapi bila pandang lama-2 , you will be melting .. :)  ..

he is kinda a cat that understood you .. aku penah jugak buat keja gila sembang dengan dia .. even dia tak respond apa-2 , pandangan dia will comfort me :') it was like he is telling me that " its ok , im by ur side"..

dear friends yang ada bela kucing kat rumah , aku harap janganah layan diorang kasar2 .. diorang pon ada perasaan .. cuma takda akal .. appreaciate what u still have now .. :')


sekian

29 March 2013

CHEM-AMAZED 2013

Asslamualaikum~

finally , i wrote againt ! long time no write .. haha .. well , i am busy preparing for the exam .. it just around the corner .. :) so tired .. thanks to Allah for giving me strength :')

a few weeks ago .. me and my classmates joined chem-amazed .. kinda chemistry's experiment project .. at first we do it just for fun and of coz to gain extra koko marks too .. haha , so funny when we were selected to the final .. all the group members sighed .. haha .. me too .. because  our experiment is just simple .. it will be a shamed !! by hook or by crook we have to do it .. haha .. sapa suroh pandai-2 hantar proposal ..

hmm .. kitorang dapat tempat ke tiga .. :) nama experiment kitorang  EXPLOSIVE FOAM .  in other words , we are producing bubbles that will explode when u bring it to flame without burning you bare hand . paham tak ?? tak paham sudah !! aku present hari final tu .. aduss malunyaaaa . walaupon tak ramai kat dalam DKB , aku still ketaq lutuit .. heee~ btw  i am so happy to create memory here, in kmk with my classmates .. here you go .. scene behind the story :) haha
from left : nadia , me , dila , yati , fatin n malin

busy busy ~

producing hydrogen bubbles

pose duluuu~~
khusyuknyaa~
p/s : i know my english broken .. ignore it :P i'm trying my best to improve it

11 March 2013

DI SEBALIK PURDAH

Penyakit yang merebak di kalangan lelaki Islam sekarang adalah,

"Obses pada pakaian, bukan pada pemakainya."

Ketara sekali penyakit ini bila tengok gambar perempuan berpurdah. Dahsyat sekali penyakitnya bila dilihat pada komen-komen, antaranya:-

1. "Subhanallah! Cantiknya!" ( Cantik pakaian la kan sebab tak nampak pun muka tuan dia. One more, 'subhanallah' or 'masha-Allah'? betul ke penggunaan tu? )

2. "Solehahnya.." ( Adakah solehah itu pada purdah? see, nilai pakaian gak )

3. "Inilah wanita Syurga. Memakai pakaian yang begitu mulia." ( Serius penyakit ko dah tahap kronik. Obses pada pakaian terlampau sehingga menilai sampai ke tahap tu. Habis tu perempuan lain yang pakai tudung biasa2 tu bukan wanita Syurga ke? )

Lelaki sentiasa tertipu. Mereka expect yang berpurdah itu mempunyai paras yang lawa di sebalik kain kecil itu. Padahal sebenarnya biasa-biasa je macam orang keramaian. Mungkin hanya 5 percents sahaja yang lawa. Tetapi kerana penyakit obses pada pakaian inilah yang mengaburi mata para lelaki. Akhirnya membuat penilaian awal dan terburu-buru.

Nilaian lelaki tertipu, "Yang pakai purdah itu lebih solehah kerana dia lebih menutup aurat dari wanita lain."

Padahal tidak ada ukuran lebih atau kurang. Kalau dia dah tutup aurat tanpa tutup bahagian mukanya pun dah dikira tutup aurat dengan sempurna. Kalau dah sempurna, berani tak kamu kata yang pakai tudung standard kurang solehah? So unfairlah nilaian tu.

Jangan kerana anda obses pada pakaian, terlupa untuk obses meneliti akhlak si pemakai.

Jangan jadi seperti serpihan besi yang tertarik pada satu magnet hitam.
Jangan jadi semut yang menghurung satu ketulan gula batu.

Bukti kamu semut yang menghurung, pada satu gambar yang pakai purdah beratus like. Golongan mana tu?

Lelaki.

Via Muhammad Rusydi @ Syabab Musafir Kasih

8 February 2013

MRSM lil life

salam alaykum !


refreshing my moments at mrsm kubang pasu !

kat mrsm lah tempat aku mula buat jenayah .. *aceywahh* bukan jenayah apa sangat pon , hehe .. tak pegi prep , tak pegy surau , pegi kelas lambat , haha macam-2 lagilah ! sampai penah kena penampar , rotan bagai .. aduhh bengongnya aku masa tuu ~ lalala~ bukan tak boleh nak ikut peraturan bagai tapi saja ja nak cari pasal .. buroknya perangai ! 

konon masa tu bermasalah gilalah sampai senior pn cari pasal .. alaa ramai je yang buat jenayah tu jugak tapi dah kami je yang nak terkantoi .. hehe , sebab Allah sayang :) 

hmm , rindu gila kot . nak outing sesama , makan sesama , ponteng sesama , bercerita sesama .. 
rindu jugak nak gadoh-2 .. haha! semua benda yang dah berlaku buat aku dan semua jadi matang .. rindu nak tengok dayah dengan meen gadoh .. haha lawak je . masa depa bertengkar mesti aku yam erin diam jaa .. jadi pemerhati .. tapi kadang-2 yam masok campor jugak lepas tu kena marah dengan dayah .. 

rindu jugak dekat budak bilik aku yang sanagat sangat kuat makan .. haha setiap hujung minggu mesti ada ja makanan untuk dibuat kenduri .. sebab mak aina rajin bawakkan makanan .. paling tak boleh lupa sup tetel .. pergh sedap gila kot :P rindu nak main masak masak guna rice cooker ciknun .. haha ciknun siap bawak beras lagii .. lepas tu masak nasik goreng , tomyam .. haha mas la tukang masak .. :') serious rindu gila

aku banyak main betol masa kat mrsm .. sebab tu result spm aku macam taik ! hehe . nak main tu boleh tapi jangan jadik macam aku .

ha! teringat masa SPM . 2 3 hari sebelom spm aku demam . tapi demam besa-2 jaa . aku ingat lepas makan ubat baikla . tambah pulak lepas jumpa doktor hensem kat poliklinik jitra . hehe . tapi demam aku ney nak main-2 pulak . kejap panas kejap sejuk . aduhh . risau gila aku masa tu . dahla spm 2 hari je lagi . aku kol mak , mak datang melawat . masa tu mak masak nasik ayam untuk aku dan bebudak bilik . lepas je tengok muka mak aku teros  kebah . siap boleh lari-2 lagi . malam spm tu aku dah rasa seram sejuk . sakit kepala tataw nak habaq . aku tidor awal . dahla paper bm first .. aku tak sentoh apa pon .. pagi esok tu aku punya la semangat bagun awal sebab aku ingat nak baca note sikit-sikit ,. tapi takleh jugak .. sejuk gila masa tuu .. ayaq mata , ayaq hidung suma keluar .. dengan senak perot laa , loya laa .. aduhh kacau ! sebelom pegi jawab paper bm mint dengan dayah ada hanta mesej kat aku , diorang cakap goodluck . nasihat pa tah lagi yang aku tak bapaa ingat .. :P *terharu*

aku kuatkan semangat jugak bersiap pegi dewan periksa . dengan tudung aku tak iron . mana larat dohh . baju pon aku capai je mana yang dah iron . orang lain kemas je amek exam tapi aku rasa macam aku lah manusia paling serabai masa tu . haha .sebelom masuk exam ramai gak tanya aku ok ke tak . aku angguk-2 je sebab tak larat . last-2 aku rasa nak termuntah . masalah besar bila kau demam ialah muntah . selagi aku tak baik demam selagi tulah aku muntah .. lepas tu aku duduk . semua kerumun aku . hehe , terharu kot :P cikgu zahir datang . dia boleh dok buat lawak lagi tang tu . aduuhh ! dia tengok aku menggeletar semacam ja , dia bagi pinjam dia punya kot .. hehe , trimas cikgu :)  bila dah macam ney aku mula lah meleleh air mata sebab teringat kat mak .. salu kalau mak ada mak yang jaga aku .. tapi kat sini mana ada mak .. redah jelah sorang diri .. naseb baik ada kawan-2 yang sangat2 baik . 

enuff cita luar dewan , ney pasal dalam dewan pulak . dah la first paper kena buat karangan . lencun peper aku sebab kena air mata , air hidung segala bagai . dengan kepala berdenyut denyut . bila aku mula nak buat karangan bahagian b aku rasa loya . pergh tak sempat angkat tangan lagi dah aku teros lagi keluar dewan memuntahkan segala isi yang ada .. aku muntah kat tepi longkang dewan je sebab dah tak sempat lagi dah . kesian kawan kawan aku, mesti geli tengok aku . nak jawab exam pon tak aman. sorry guys , i really cant help it . malu gila kot tapi aku redah jaa .. :P

dua tiga kali jugak la aku keluar masuk dewan sebab muntah :P cikgu latipah siap nagis tenguk aku lembik tak bermaya . aku gagahkan diri jugak masuk dewan abeskan exam . tangan aku menggeletar sebab sejuk . so lambat lah aku menulis . nasib baik otak aku tak jem . Alhamdullilah ,Allah bagi aku lham untuk curahkan idea . taw tak , aku buat karangan pendapat tentang peranan kawan-2 . hehe aku cerita pasal aku demam segala bagai . sebab tu dapat A kot . pemeriksa kesian kat aku . HaHaHa . lepas abes jawab cikgu bawak aku p klinik . terharu gila . masa tu aku rasa macam ramainya orang amek berat . :')

second day , i'm getting better . Alhamdulillah :) so aku nak ucap terima kasih pada semua orang yang jaga aku masa aku demam . terutama bebudak bilik ., cikgu :) dan juga the best friend ever SITI MARIAM .  dia asyiik beleter je time aku demam . paksa aku makan ubat sampai habes .. aku sayang hang gila weyh . hang sahabat aku dunia akhirat .. thanks . Yam :')

kita membesar dengan dugaan . dugaan yang mematangkan kita . Thank You Allah for giving me chance to have friends like them . :')

mint , yusha , me and yam . sayangnya dayah dengan erin takdak time ney


geng geng loudspeaker dalam kelas . haha .



suka gambar ney .. semua org nampak happy :)


About Harajuku

Asslamualaikum :)

tadi aku baru terlintas nak cari apa maksud HARAJUKU . omaigod aku baru tahu harajuku tu fesyen yang tah hapa hapa . hmm nak kena tukar nama blog ke neh ?? aduhh :( tak tahu plak aku harajuku tu macamtu . aku amek nama ney sebab aku rasa cute je perkataan ney .hmm . tah macam manala boleh terlints perkataan  ney dalam kepala otak ney . :( i am so sorry or myself 
*sedih kot*

nah . more details about harajuku :

HARAJUKU  is the common name for the area around Harajuku Station on the Yamanote Line in the Shibuya wardof TokyoJapan.
Every Sunday, young people dressed in a variety of styles including gothic lolitavisual kei, and decora, as well as cosplayers spend the day in Harajuku socializing. The fashion styles of these youths rarely conform to one particular style and are usually a mesh of many. Most young people gather on Jingu Bridge, which is a pedestrian bridge that connects Harajuku to the neighboring Meiji Shrine area.[1]
Harajuku is also a fashion capital of the world, renowned for its unique street fashion.[2] Harajuku street style is promoted in Japanese and international publications such as KeraTuneGothic & Lolita Bible and Fruits. Many prominent designers and fashion ideas have sprung from Harajuku and incorporated themselves into other fashions throughout the world.
Harajuku is also a large shopping district that includes international brands, its own brands, and shops selling clothes young people can afford.

7 February 2013

Miskin dan Kaya

#nwplaying : taubat seorang hamba, irsyadee & Hafiz Hamidun

Assalamualaikum :)

nampak kan tajuk atas ney ?? ~miskin dan kaya sama sahaja ~ *nyanyi dulu* hehe . ok ! lets do some ice breaking :) why suddenly i choose this annoying topic ?? sebab lately banyak sangat cerita melayu yang dok tayang kat tv pasal orang kaya jaa . haha . cummon la weh ?? nak buat cerita takkan semua nak kaya je .. ada syarikat bagai .. datuk datin bagai .. orang miskin takde cerita ke ?? adaa tu ada tapi cerita diorang tak menarik . perasan tak , kalau ada drama melayu pasal orong miskin mesti cita sedih-2 jaa . jarang nak jumpa yang happy-2 .. WHY ?? haha . pada penadapat aku , this is what we call TAKDIR !!



kalau kau jadi orang miskin memang tu lah hakikatnya . memang tak semua macam tu tapi majoriti nya macam tu keyh ! terima kenyataan . eh . WAIT ! aku bukan menghina orang miskin . niat aku disini aku cuma nak bagitau norma masyarakat pada pandangan mata aku . dan pengalaman aku .

ok ! korang perasan tak , yang merempit tu anak orang kaya ke miskin ? yang isap ganja anak orang kaya ke miskin ? yang jadi bohsia tu anak orang kaya ke  miskin ? yang jual dadah anak orang kaya ke miskin ? yang mencuri anak orang kaya ke miskin ? yang meragut anak orang kaya ke miskin ? majoriti anak orang miskin kan ? bukan aku nak kata anak orang miskin takdak yang berguna.. adaaaa .. ramaii sangattt !!  semua ney sebenarnya bergantung kepada didikan ibu bapa tu sendiri dan diri anak-anak sendiri .. pada pendapat aku , semua budak-budak yang rosak ney sebenarnya memberontak . bila diorang tak dapat apa yang diorang nak diorang cari jalan pintas . jalan yang rosak kan diri sendiri ! bukan aku nak kata , tapi kalau ibu bapa pandai didik anak-anak mesti tak jadi macam tu . aku tak salahkan ibubapa 100% , diri sendiri pon salah jugak . heyy , korang dah besar , ada otak ada akal pikirlah .. Allah amanahkan korang hidup atas muka bumi ney untuk jadi orang berguna , bukan jadi sampah .. dan bila-bila pon korang rasa nak bertaubat jangan sesekali rasa macam dah terlambat .. INGAT ! pintu taubat Allah sentiasa terbuka kepada hambanya yang ingin bertaubat !

ok second point , kalau kaya korang boleh buat apa apa dengan mudah . korang mampu beli pakaian menutup aurat . maksud aku , contohlah kalau korang tergerak hati nak pakai tudung labuh , korang boleh teros pergi beli . tapi kalu miskin mesti agak teragak-agak sebab tudung tu mahal . ingat murah ke ? kena kumpul duit dulu . lagi , kalau korang kaya nak beribadah pon selesa . so , apa pon kita kenalah berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik samada di dunia mahupon di akhirat :) bukan satu kesalahan jadi orang kaya ke miskin ke tapi ingatlah kita kat muka bumi Allah ni semua ada tanggungjawab . kalau kita laksanakan tanggungjawab kita dengan baik mesti Allah bantu kita mempermudahkan urusan . kalau semua orang jalankan tanggunjawab masing-masing , takde lagi isu-2 masalah sosial di kalangan remaja .

ok , i'm done babling ;D renung-renungkan

3 February 2013

Hohoholidays




Assalamualaikum ^^


Alhamdulillah setelah sekian lama menanggung rindu akhirnya dapat jugak balik kulim *buat teqok sat* . Alhamdulillah UPS haritu berjalan dengan lancar :) *walopon paper math aku agak haktuihh* :P

Bengang sat masa hari nak balik tu bas kulim sampai lambat . ish pkoy 5 baru nak sampai . aku punya la kalot packing sebab ingat bas ontime pukol 4ptg . adess , dah la paper Sains Kom abeh 3.30ptg .. punyaa la kalot last2 bas sampai lambat ! pergh ! bengang kot . hehe ~ tapi Alhamdulillah sampai jugak kulim .. boleh jugak aku makan laksa mak .. :) mak , ilafchiu <3

hmm , agak kebosanan cuti ney sebab adik-2 aku sekolah .. aduhh apa nak buat neh .. ==' pikir punya pikir baru aku teringat yang aku tak isi UPU lagi .. adesss lagi satu masalah besar !! AKU KONFIUS NAK ISI PA ! last-2 aku decide nak amek fisioterapi .. hmm yelaa dah nak amek medic tak layak . fisio jelah yang aku mampu .. harap-2 pointer aku sem ney dapat melayakkan aku amek fisio . tapi aku tak isi pon lagi . nak selidik dulu . esok lusa lah isi ..
p/s : jangan jadi macam aku yang suka tangguh kerja

cuti ni takdela cuti sangat ! banyak benda aku kena study balek sebab sebelom UPS aku tak sudy pon chapter yang tak masuk exam . tutorial pon aku tak buat . hehe . siap ponteng lagi . tapi kuliah sains kom je . sejam je . BETOL ! tu pon sebab tertido . eh betol ke ? :P So i decide to revise back all the lectures that i missed this holidays :(

Cakap pasal study, aku ney mengada sikit . aku tak ley arr study kalau tempat study aku semmmak .. kacau pala ..kat rumah aku mals sangatt nak kemas bilik so aku pon malas study ! haha ! last-2 aku ajak adik aku pi library kulim . konon-2 nak study la . hampehh ! soklan tutor vector aku sempat buat sikit jahh tu pon lobang-2 . hahaha . pastu aku baca respiration sikit . adess sampai kat ETC aku stuck dan aku pon tutop buku . hebat kan aku ?


jom study weh ! calon 4 flat tuu ~

khusyuk kan aku study ?? haha

lepas 3 jam memanaskan punggong kat sana kitorang pon balek .. last-2 abah kol kata suroh balek naik bas awam .. aduss aku dahla lama tak naik bass .. segan pon ada .. tapi belasah jelahh sebab masa tu lapaq sesangat dah .. huhu .. tapi sebelom balek kami jenjalan dulu kat taman tasek .. tengok budak-2 gedik naik kayak .. haha aku cop depa gedik sebab depa terpekik terlolong masa naik benda tuhh .. hehe sesuka hati aku je cop anak orang gedik :P

tasek kulim yang busuk . serius tak tipu ~
haha ~ tu jelahh .. leguh jari jemari aku ~ bye .. take care semua <3







27 January 2013

I WISH to be like her ~ SITI HAJAR~

ASSALAMUALAIKUM

nak berdakawah bukan senang .. nak berubah bukan senang .. lagi kita nak lakukan kebaikan lagi banyak dugaan dan halangan .. kadang-2 belom sempat berjuang kita dah mula mengeluh " Ya Allah beratnya dugaan ini " .. memang la dugaan tu kita rasa sangat berat sebab harga syurga kan sangat mahal ?? kata-2 ney pon aku petik dari ibu arwah Siti Hajar sewaktu menenangkan arwah .. :') subhanallah , sangat iklas hati gadis ney .. aku harap aku pon akan jadi seiklas dia .. berikut adalah tulisan ibu arwah yang menceritakan perjuangan Siti Hajar .. moga bermanfaat :)


6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu? ”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013(Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya



~Al-Fatihah ~