Pages - Menu

28 October 2013

Kelopak Garam

Salam Alaykum

lately , aku diserang penyakit kelopak garam. bukan sehari , dua hari , tapi hari hari . hairan aku. macam mana lah boleh jadik. padahal sebelom ney tak pernah jadi pon. hmmm :( gatal kot. macam monyet dah tergaru garu. calar balar kulit aku. kalaulah mak ada, mesti mak tahu nak buat apa. aku malas nak bagitau mak, nanti mak risau. so aku pon tanya encik google pasal benda alah ney. encik google kata , penyakit ney berpunca dari alahan. tapi sebelom ney aku mana ada alah apa apa pon. tapi aku syak aku alah pada shower cream yang aku pakai sekarang. tapiii .. dah dua hari aku tak pakai sabun tu still tumbuh lagi merah merah. hairan :(

ney apa yang encik google kata :
Pernahkah anda mengalami gatal-gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas makan makanan laut atau alahan makanan? Kulit anda juga akan bengkak dan menaik dan kemerah merahan. Kadang-kadang kulit anda juga akan menjadi gatal dan sakit. Mungkin rakan-rakan anda akan memngatakan itu adalah gegata.

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria.

Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.


Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab
1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan
1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.

Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai. Sekian.

ya Allah jauhkanlah aku dari sebarang penyakit supaya aku dapat beribadah dengan sempurna :"(
lepas exam midsem bau aku nak gy cek dekat klinik unimas. sekarang still takda masa. exam :( hmm 

No comments: