Pages - Menu

17 May 2014

Hamasah As-Syabab

         Assalamualaykum!


Apa tu? Hamasah bermaksud semangat, Assyabab bermaksud pemuda.Aku kenal definisi perkataan ni melalu saudara Afiq Sazlan. Seorang penulis buku bertajuk Aku Hamasah As-Syabab.
          
Pemuda zaman sekarang tak nampak apa sebenarnya mereka boleh buat. Mereka cuma nampak matlamat untuk belajar, graduate, kahwin, kerja! Then what? Mati? Macam tu ke kehidupan yang kau nak? cummon guys, it is too common. Itu adalah kehidupan biasa oleh manusia yang biasa biasa. Tapi berlainan dengan manusia yang luar biasa, mereka menjalani kehidupan yang luar bisa. Bagaimana yang dikatakan dengan kehidupan luar biasa dan bagaimana untuk menjadi manusia yang luar biasa? Kehidupan yang sebegini dan orang yang sebegini adalah manusia yang bukan sahaja hidup untuk belajar, graduate, nikah, kerja tapi mereka juga hidup untuk memperjuangkan ummah dan agama Allah. 
        
 Kekadang kita selalu complein something wrong with this world right? Why dont we do something to change the world. Something towards redha Allah. Contoh, hapuskan rasuah dalam sistem pentadbiran! Ahah, contoh yang diberikan oleh saudara Afiq Sazlan sebentar tadi. Katanya kalau kita nak ubah dunia, kita kena fikir bagaimana untuk ubah dunia dan apa yang perlu diubah. Memang bukan mudah, tapi boleh dilakukan dengan sekecil kecil perkara. Contohnya cuba kita elakkan diri sendiri daripada terlibat dengan rasuah. Bayangkan sekiranya setiap individu di dunia ini menjaga diri daripada terlibat dengan rasuah, well the world gonna be free from bribe and blackmail. Ahah. :D 

Kita adalah pemuda. Kita semua boleh buat sesuatu demi ummah ini. Kitalah yang mencorak kehidupan kita sendiri. Samada ada untuk menjadi manusia biasa atau manusia luar biasa. You decide! Aku adalah pelajar ijazah sarjana muda kimia sumber tahun pertama. Baru ku sedari aku berada di sini bukan sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah semata. Kerana ijazah hanyalah sehelai kertas yang menentukan "value" anda bila nak kerja nanti. Cuba cari matlamat lain kenapa anda berada di mana anda berada sekarang. (ehee faham tak?) Adakah tempat yang anda pijak sekarang adalah dengan niat memperjuangkan ummah atau sekadar untuk diri sendiri? Jika dah jumpa matlamat yang betul, dah tahu apa sebenarnya yang kita nak, kita akan sanggup untuk berkorban apa sahaja demi jalan yang kita dah pilih, kita kan ikhlas, kita akan sanggup redah apa saja yang mendatang demi mencapai matlamat tu. Tahu kan, jalan menuju Allah memang pahit, kerana Syurga itu manis :') Go all out , kata Afiq Sazlan. Buat bersungguh sungguh, jangan separuh jalan !
Maaf atas segala kekhilafan. Based on the talk by Afiq Sazlan at Pusat Islam just now :) Aku tulis apa yang aku dapat supaya aku tak lupa, dan supaya kau boleh tahu. Rasa selfish kalau simpan sorang sorang.
Bui bui nak pi sambung study organic chemistry. Preparation untuk  memperjuangkan ummah. Ihiks :p

No comments: