Pages - Menu

22 May 2014

Sakit by Mato

Salam Alaykum^^



Sabarlah sebab sabar itu indah.


Cliche.


Indah apa sabar? Aku cuma rasa sakit.


Kenapa sakit?


Muka jambu dituduh gay. Itu belum kata aku tak couple. Memang lagi teruklah tuduhannya.

Kenapa sakit bila kau tahu kau tak seperti apa yang mereka fitnah?


Entahlah. Mungkin iman aku senipis tisu.


Jangan pandang rendah pada tisu. Walau nipis, masih mampu absorb air.


Ada hikmahnya yang kita tak nampak. Ujian bukan untuk melemahkan.


Tapi aku tak faham kenapa manusia sekarang suka sibuk jaga tepi kain orang. Macam takde kain sendiri.

Zaman sekarang mana ada lagi orang pakai kain pelikat macam hang. Semua kain jenis terbelah macam tak cukup benang nak jahit. Tak pun pakai skinny, short pants, jeans.

Amboi mengata. Kau pun sama.


Ketawa.


******


Mungkin benar. Fasobrun jameel.


Innallaha ma'assobirin.


Bila jatuh. Bila terjatuh. Bila dijatuhkan. Jangan berlama-lama di bawah. Sebab perjalanan masih panjang.


Tak gempaklah jalan dakwah tarbiyah kalau tak pernah rasa berada di bawah.

Kalau tak pernah rasa susah.

Kalau tak pernah rasa sakitnya fitnah.


*****

Kau lain, kau qowi (kuat). Mana mungkin kau futur (putus asa).

Aku manusia. Siapa kata aku tak ada masa jatuh?

Macam mana kau bangun?

Kalau rasa berat nak bangun, cuba bangun di satu waktu dimana semua orang tengah seronok dibuai mimpi.

Bangun?

Qiamullail. Re-charge semula iman.

Payah beb nak bangun malam.

Kenapa nak beri alasan untuk tidak beribadah? Kata nak bangun.



Padu bhai.


Sampai bila nak statik di tempat sama bila orang lain berlumba-lumba nak masuk syurga?




Kuatnya seseorang bukan kerana siapa dia. Tapi siapa Tuhannya.


Hidup lah sebagai hamba yang taat. Tinggi mana pun pangkat kita, hebat mana pun kuasa kita, itu semua Allah punya.


Pesanan terakhir?


Jaga solat.

Kenapa solat? Dalam banyak-banyak perkara yang boleh dijaga.

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (29:45)


Rightio.

Didik diri bersabar dalam bersabar. Bersabar dengan kesabaran.


*****

Kadang nasihat tu datang dari arah yang tak disangka-sangka.


Bersyukurlah masih ada yang sudi beri nasihat.


Menjaga adab dalam memberi nasihat.

Kadang terbabas juga adab.


Manusia. Mana lepas dari buat silap.



Hell-o. Itu bukan alasan untuk tidak memperbaiki diri.


Apa pun, jangan lupa mohon maaf.

Cuba kurangkan sikit ego.


Yes pesanan ikhlas untuk diri sendiri.

Orang ikhlas tak kata dia ikhlas.


Ah sudah.


Okey merepek apa ni.


Jangan biar twitter, blog, facebook, instagram, ask.fm, tumblr dan apa pun jenis social networking service kawal hidup kita.

Kita manusia. Kita hamba. Pilihlah siapa tuhan kita. Dunia atau Pencipta dunia? The choice is yours.


Akhir kata,


Segala yang baik datang dari Allah. Segala yang buruk juga datangnya dari Allah.

Hakikatnya, semuanya datang dari Allah.


Aku cuma manusia yang menyampaikan sedikit ilmu yang ada. Bukan ustaz keluaran twitter.

Copy paste from budak-tomato.blogspot.com
kerana aku rasa best
kerana aku rasa kena share
kerana aku nak kau rasa apa yang aku rasa :')

No comments: