Pages - Menu

25 August 2016

Adab Menumpang Rumah Orang

Salam Alayk,

Mungkin bukan yang layak untuk menulis keratan ini, sekadar cuba berkongsi. Sebab sekarang aku sedang tumpang rumah orang yang diizinkan Allah dan buat hari hari aku fikir apa aku boleh buat untuk meringankan tuan rumah dan adab adab yang perlu dijaga supaya tidak mengundang ketidakselesaan tuan rumah. Lebih kepada "common sense", barang kali. Because its too common it often forgotten. These are a few point that I mange to sort out:

1.  Menjaga aurat


Terutama sebagai perempuan, wajib untuk menjaga aurat sekiranya rumah yang kita tumpangi ada ajnabi. Tetap perlu untuk memakai tudung menutupi dada, memakai stokin, baju lengan panjang, pakaian yang longgar dan lain  lain lagi. Memula rasa payah jugak, tapi lama kelamaan dan terbiasa. Ala, jangan nak berkira sangat untuk buat Allah sayang. :')

2. Bergaul sambil menjaga batas pergaulan

Sebenarnya aku ni malas sangat nak keluar dari bilik, sebab bila dah keluar nak kena pakai tudung, pakai stokin, tukar baju. Qenyah! Buruk bebenor perangai macam ni, janganlah asyik terperuk ja dalam bilik, keluarlah bebual dengan tuan rumah. Jangan sampai tuan rumah masuk hospital pon kau tak tahu sebab asyik memerap dalam bilik. Dalam dok berbual tu pulak, cubalah untuk tidak masuk campur urusan peribadi tuan rumah. Melainkan dia sendiri yang mahu berkongsi cerita. Biasalah, setiap keluarga pasti ada masalah, kalau nampak diorang mcam tengah bincang masalah keluarga, tak payah la duduk dalam perbincangan jugak. Pepuralah pergi basuh pinggan ke sapu sampah luar rumah ke...

3. Ringankan tulang
Rajinkan diri untuk basuh pinggan sendiri lepas makan, kalau lagi baik, basuhkan pinggan semua orang, sekali dengan periuk belanga. Tolonglah, komon sens kot. Dah la org bg makan, pinggan pon tak nak basuh, kau hidup untuk apa?  Basuh sendiri baju kau, sidai, lipat. Lepas bangun tidur, kemas katil. Mak nya tengah masak kat dapur pi lah tolong tolong apa yang patut. Walaupon hakikatnya kau dekat rumah kemain berat tulang, tak salah hipokrit kat rumah orang demi menjaga maruah mak ayah kau. Nanti orang kata mak ayah kau tak reti ajar anak. 

4. Membalas budi
Kalau duduk lama, bagilah sikit nafkah, duit beras. Ataupon tolong belikan barang dapur ke, belikan sabun basuh baju ke, belikan makanan pasar malam ke, mc delivery ke. Walaupon diorang tak harapkan balasan dari kau, kau kena ada jiwa besar untuk balas kebaikan orang. Tak kan nak terima je, kena lah memberi jugak kan. Heh.


No comments: