Salam alayk.
Sepanjang perjalan hidup aku,
Allah sentiasa anugerahkan aku dengan kehadiran insan insan yang bergelar kawan
Aku ingat.
Satu persatu wajah wajah yang pernah menjadi kawan aku.
Sepupu sepupu aku adalah kawan pertama yg hadir dalam hidup aku
Lepastu jiran jiran sekampung aku
Kemudian di tadika, igt lagi,aku ada seorang seorang kawan yang rambutnya pendek macam budak laki, boycut! Masa memula kenal, aku nekad nak sayang dia macam kawan baik aku. Sebab tgk dalam tv, cerita kanak kanak yang memasing ada kawan baik. Aku pon nak jugak rasa ada bff. Kitorang makan apollo sesama, pakai sepit rambut rama rama sesama, layan lagu jesnita sesama. haha. tak ley blah. 6 tahun dah layan lagu jiwang. Masa habis tadika kemain aku nangis nangis, bagi hadiah kat dia, dengan harapan dia ingat aku. Pencil case magnet balut dengan pembalut hadiah bunga ros berlatar belakangkan not not muzik. Aku pon tak sangka aku ingat benda ni sedetail itu. Mungkin pada masa itu dia terlalu penting bagi aku. Lepastu, dia pergi sekolah lain, aku sekolah lain.
Bermulalah episod kawan yang datang dan pergi dari hidup aku.
Dan setiap yang datang dan pergi, sampai sekarang aku masih ingat dan sayang.
Ada yang tinggalkan parut.
Ada yang tinggalkan memori indah.
Ada yang tinggalkan ilmu.
Ada yang tinggalkan inspirasi.
Ada yang tinggalkan pengajaran.
Ada yang tinggalkan jejak.
Ada yang tinggalkan aku bersama hati yang rabak. Dan ini yang paling mengajar aku tentang kawan dan kehidupan.
Untuk anda anda yang datang dan pergi dari hidup saya, moga anda dibawah lindungan Allah selalu. Terima kasih kerana beri aku kesempatan menjadi kawan.
No comments:
Post a Comment