Pages - Menu

19 August 2016

Expectation


Salam Alayk.


Minggu lepas ada seisi diziarahi oleh beberapa tetamu. Biasalah, kalau berjumpa mesti betanyakan perihal kehidupan memasing. 

Salah satu:

Nanti graduate kerja apa?

Disertai dengan kenyataan terbakar," alah, belajar tinggi-tinggi pon nanti keluar kerja kilang jugak. Ada yang berniaga tepi jalan. Sia-sia saja belajar tinggi-tinggi"

Aku macam biasa, ternganga lalu tarik nafas dedalam. 

"Makcik, knowledge is never wasted! Tak akan pernah sia-sia yang namanya menuntut ilmu. Manakan tidak, ilmu itu buat kita lebih kenal pada Yang Maha Esa sekalipon ilmu itu tidak di apply pada tempat yang sepatutnya. Jadi, selama mana ilmu itu mendekatkan kita dengan Allah, ia tak akan pernah disia-siakan."

Dengan senyuman masih di bibir, aku sambung lagi,


"Makcik kena faham, rezki tu pada tangan Allah.
Siapalah kita untuk menentukan apa pekerjaan kita, cuma hamba marhaen.
yang mampu dilakukan , adalah berusaha sehabis mungkin , dan berserah diri.

Ramai saja yang berjaya dalam bidang yang bukan mereka ceburi semasa di universiti dulu.

Inilah dia, Mahasiswa yang berfikir "out of the box".

Mungkin mereka tahu jalan yang mereka pilih lebih bermanfaat kepada ummah.

siapa tahu."

Dan rupanya aku cuma monolog sendiri.

hm.

No comments: