Pages - Menu

11 May 2014

Officially 20 years old

Salam Alaykum! ^^

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk update blog. Walaupon line internet agak siput aku gagahkan jugak menaip supaya blog ni tak terkubur. Ihiks.Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang masih beri aku kesempatan untuk bernafas selama 20 tahun. Ya Allah selama 20 tahun ni telah banyak nikmat yang Allah beri pada aku. Tak terkira. :') Tapi sayang, entah apa aku dah sumbang kepada agama Allah selama 20 tahun bernafas di bumi Allah ni. :'( Berkatkah usiaku selama 20 tahun ini? 

"Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.

Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.

Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.

Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.
Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)
“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3)." -Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin-

Tersentap masa baca artikel ni. Buatkan aku tertanya sampai hari ni 'berkatkah usiaku'? Apa yang aku dah perjuangkan untuk ummah sedangkan aku bernafas di atas nama khalifah? Aku perlu tajdid niat di setiap langkah kerana aku selalu lupa. Aku ingin mati dalam memperjungkan agamanya. Aku nak lakukan sesuatu demi agama Allah ini. Aku tak mahu mati dalam kehinaan. 


thanks to mak usrah saya kak mas, adik beradik usrah yang celebrate kan birthday kite... malulah^^ dahla masakkan tomyam, tetiba ada kek pulak.. tanjat gigirl.. :P
Tapi kan kek tu sedap sangat sangat sangat.. syukran ! syukran ! happiness overload! rasa bersyukur sangat kerana Allah pertemukan aku dengan mereka mereka ni. Bersyukur kerana Allah letakkan aku dalam bulatan gembira ni. Terima kaseh untuk segele gelenyer. Aten sayang semua kerana Allah taala.

Lepastukan, lepastukan ada orang bawak pergi makan steamboat.. wuwuwuwu~ best! makaseh! Alia Saadi. Zaza. Qistina.Aisyah. Sekali lagi happiness overload! Alhamdulillah :') Saya doakan anda anda semua berjaya di dunia akhirat... Dan harap ukhuwah kita berkekalan...



"Your friends are a reflection of yourself. Who your friends are is indicitive of who you are or who you’ll become if you continue to be with them."




And the next day after those happiness, the happiness continue... ahahaha... i went for aktiviti sukarelawan at Kg Puloh Hilir. So happy to be there because i learnt a lot of things. Meet new society. New culture. New environment. It was such a nice place. Even tough the activities is quite tiring, it is the most wonderful moments :D Alhamdulillah 


Tulang belakang aku selama dua puluh tahun ni adalah mak dan abah. Tanpa mak dan abah siapalah aku. Merekalah yang menyaksikan jatuh bangun aku. Aku rasa aku adalah manusia bertuah kerana ada mak abah yang sangat memahami. Kegagalan aku akan membuatkan mereka tidak tidur malam. Memikirkan solusi yang terbaik untuk aku. Bukan mereka kecewa bila aku gagal, cuma mereka risau dengan cara aku menghadapi kegagalan. Kerana setiap kali aku gagal, aku jatuh, aku menangis di bahu mak abah. Tangisan aku membuatkan mereka risau sekiranya aku gagal. Tangisan aku membuatkan mereka turut sama menangis. Aku tahu tangisan aku membebankan mak dan abah. Tapi bagi aku mereka sajalah tempat aku mencurah rasa. Meraka sajalah yang sentiasa bersama aku di saat jatuh dan bangun aku. . Tapi di usia ini, aku tak mahu lagi menangis dengan kegagalan. Tak mahu lagi menyusahkan mak dan abah. Aku berjanji aku akan bangun sendiri bila aku jatuh. Cukuplah selam 20  tahun aku bergayut di tangan mak dan abah. Aku ingin menjadi anak yang hebat di mata mak dan abah. 
Alhamdulillah tahun ini Allah hadirkan ramai insan insan yang baik di sekeliling aku. Yang sudi menegur aku masa aku tersasar, yang sudi tersenyum bersma aku. Yang sudi menangis bersama aku. Yang sudi menyokong aku. Yang paling penting yang sudi menyayangi aku kerana Allah taala. terima kasih semua :")                                     


kerana Allah,
AtenShaf



No comments: