Pages - Menu

1 June 2014

Perah Santan

Hoi Fatin!




Apa kau pergi usrah kau rasa kau dah baik?

Apa kau pakai pakai tudung tutup dada kau rasa kau dah baik?

Apa kau post hadis hadis, ayat ayat Alquran , kau dah rasa diri tu dah baik?

Apa kau tweet nasihat nasihat kat twiter kau rasa kau dah baik?

Apa kau dakwah dekat blog kau dah rasa baik?

Apa kau dah dapat tarbiyyah kau dah rasa macam baik?

Apa kau pergi ceramah ceramah agama kau dah rasa baik?

Apa kau join aktiviti keagamaan kau dah rasa baik?

Apa kau jemaah sekali tak skala kau dah rasa baik?

Ohh pulishhlahhh

Perahsantan lah kau ni!

Pergi hempuk kepala kau kat bantal kuat kuat!

Istighfar bebanyak!

Kalau kau rasa kau dah baik, sebenarnya kau tak baik!
*jatuhkerusi

Janganlah merasa cukup dengan apa yang kau dah buat

Belum cukup fatin, belum cukup!

Teruskan mencari


Teruskan berjalan


Teruskan berlari


Teruskan mendaki


Teruskanlah


Jangan berhenti


Biar sampai penat, biar sampai lelah
Kalau rebah, biar rebah di pintu syurga
****


Semalam aku muhasabah. Hari ini aku tulis. 

Biar jari telunjuk ni point dekat diri sendiri. 

Tanak pandang jauh jauh. 

 tanak tunding jari dekat orang lain. 

Sebab diri ni pon belum pernah cukup baik,

Cuma aku nak kau jugak rasa apa yang aku rasa.

Jangan pernah rasa cukup baik. 

Jom! ketuk kepala sama sama ramai ramai biar sedar!

 Kalau dah sedar tu takpelah.

 Duduk diam diam^^
Sayang korang kerana Allah