Pages - Menu

19 March 2015

Tiga Tips Terulung Untuk Bersedekah, Ibrah Daripada Budak Roti Gaza



Majoriti manusia, termasuk saya, berada di dalam kategori manusia iman turun naik, dan hati sentiasa dirasuk bisikan syaitan dan nafsu ketika mahu melakukan kebaikan. Untuk mengatasi kemelut ini, saya kongsikan tiga tips terulung untuk bersedekah, mudah-mudahan dapat dikongsi dan dimanfaatkan :

1. Biarkan mata tembusi kulit

Setiap kali didekati peminta sedekah, kita akan automatik membiarkan mata menghukum. Comot atau tidak, janggut dan misai terurus, berselipar atau berkaki ayam. Daripada 'hukum pandang pertama' tersebut syaitan memanipulasi hati dan melontarkan prasangka - jijik, sindiket, penipu. Lain kali, apabila didekati peminta sedekah, khususnya yang meminta makanan, biarkan mata menembusi kulit dan pemandangan, terus ke dalam.

Setiap batang tubuh, tidak kira rupa dan imej, ada perut yang pandai lapar, hati yang pandai gundah, otak yang pandai runsing. Kalau perut kita berisi, hati lapang dan anak-anak gembira, biarkan prasangka diganti 'rasa', dan ikut naluri fitrah yang sentiasa mendorong melakukan kebaikan.

2. Belikan keperluan selagi terdaya

Satu cara mengelakkan diri 'ditipu' atau bersangka-buruk, ialah dengan cara meluangkan sedikit masa memberikan keperluan mereka yang meminta secara terus. Muhammad, di dalam gambar, 'budak roti Gaza', menemui saya menjual belon mencari wang untuk membeli roti untuk keluarganya. Kerana ada ramai 'budak roti' sepertinya, saya suka untuk terus membawa beliau ke kedai, membelikan roti, makanan dan keperluan lain, dan tidak memberikan beliau wang.

Selagi mampu, sedekahkan sedikit masa, belikan makanan untuk yang lapar meminta makanan, jenguk farmasi dan belikan ubat berkenaan untuk yang menghulur rekod kesihatan. Sangka buruk hilang, peminta pun senang.

3. Sedekah ketika muflis paling banyak berkatnya

Bersedekah, yang paling berkat, ialah ketika terasa sempit dan memerlukan. Ada yang bergaji puluhan ribu, rasa tidak cukup berbanding mereka yang bergaji seribu dua. Berkat, bukan pada yang banyak, tetapi pada yang menggunakan kurnia pada jalan dan cara yang tepat. Dan sedekah, adalah cara paling mudah membuka pintu rezki dan menambah keberkatan, khususnya ketika terasa diri memerlukan. Bukankah rezki milik Tuhan?

Petua-petua ini, adalah hasil duduk fikir setelah bertemu Muhammad, antara 'budak roti' yang ramai di Gaza, mereka kerap meminta, pakaian kusut-masai, kisah hidup mengoyak hati.

Ringkasnya, pandanglah insan dengan pandangan ihsan, luangkan sedikit masa membelikan keperluan, yakinlah rezki daripada Tuhan, nescaya bersedekah, tidak terasa seperti beban!

Penulisan dalam gundah memikirkan bantuan untuk 10 buah keluarga miskin yang diusulkan nama mereka kepada NGO semalam. Jumlah bantuan sebanyak RM700 diperlukan untuk setiap keluarga, menjadikan jumlah yang diperlukan sebanyak RM7000.

Salurkan sumbangan ke akaun rasmi Cinta Gaza Malaysia, akaun Maybank 5648 1050 7826. Dan bantu kami sebarkan.

From Gaza With Love

9 March 2015

Pernah Tak?

Salam Alayk !


Banyak plan pasal nak update blog tak menjadi. Masa cuti haritu ada plan macam macam untuk ditulis. akhir sekali semua tak menjadi. Sebab adik nak pakai laptop.

Dan bermulalah semester baru yang sungguh sibuk di unimas. Dah 3 minggu sebenarnya jejak bumi sarawak sejak balek cuti sem. Sem ni, sungguh tough. Sungguh. Aku tak tipu. Bukan setakat matapelajaran yang susah, tanggungjawab pon makin banyak. sungguhla aku cuma bergantung kepada Sang Khalid untuk bagi kekuatan. Tiada daya tanpa pertolongan dari-Nya. Makin banyak jugak ujian dari-Nya. Masa masa yang macam ni lah buat aku makin homesick. 

ok enough!

.....aku sebenarnya tak tahu pon nak tulis pasal apa sekarang. blurr. Cuma nak tanya,

pernah tak rasa macam nak putus asa?

pernah tak rasa macam kau dah tak kuat lagi nak melangkah?

pernah tak kau rasa macam tak tahu macam mana nak bangun bila jatuh?

pernah tak rasa macam berat sangat beban kat bahu kau?

pernah tak rasa macam "ahh malas pikiaq"?

pernah tak kau rasa macam ni?


;'( i really dunno what to do rite now. What i know life must go on. its heavy rite here in my chest. 

wassalam.