8.55 PM
Khamis
Lagi beberapa jam, 2015 akan bertukar kepada 2016. Ingin aku coretkan disini, beberapa azam yag mahu aku usahakan pada 2016. Supaya nanti aku tak lupa. Supaya nanti, kau yang sedang baca ni, boleh ingatkan aku tentang apa aku catit ni.
1) Membaca sebanyak mungkin. Baca journal, baca buku fikrah, baca dan tadabbur AlQuran sesungguh mungkin. Baca, baca, baca dan amal.
2) Satu bulan, satu projek. InsyaAllah gonna blog this next year.
3) Mula jana ekonomi untuk bayar PTPTN, untuk infaq, untuk family, untuk DnT, untuk Palestin
4) Satu bulan, at least satu blog post, paling payah ni, doakan eh. Doakan jugak, agar aku diberi ilham untuk menulis penulisan yang bermanfaaat dan berilmiah.
5) Bersabar, berkorban, berjuang untuk DnT
6) Selesaikan FYP dengan sungguh-sungguh
Moga-moga diri ini semakin bermanfaat untuk ummah 2016. Moga-moga diri ini boleh sumbangkan sesuatu pada ummah sebelum ajal. Moga-moga diri ini digunakan semaksima mungkin untuk ummah. Moga-moga diri sentiasa berusaha menyelesaikan permasahalatan ummah.
AtenShaf
AtenShaf