Pages - Menu

23 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum :)

Fuhh , lamanya tak update .. tetiba ja rasa gatal tangan nak menaip .. ^^ 
ok ! stret-to-da-poing , kali ney aku nak share sedikit ilmu tentang Maulidur Rasul  bersempena ulang tahun 
kelahiran Nabi Muhammad , kekasih aku , kekasih semuaaaa orang !! . so silalah baca .. moga-moga bermanfaat .. InsyaAllah :)

Terasa syahdu dan sebak untuk didengar di cuping telinga tatkala dilafaz oleh junjungan besar kita, Rasullulah s.a.w usai baginda menyampaikan khutbah terakhir pada 9 hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Ini bermakna kematian akan bila-bila masa menjemput baginda.Walaupun ketika itu kesakitan menyelimuti Nabi Muhammad s.a.w, namun atas nama cintanya kepada umat, digagahkan baginda untuk meyampaikan wasiat terakhir kepada umat Islam.

 bagaimana setiap baris kata wasiat baginda mampu sampai kepada kehidupan kita hari ini? Sedangkan..
Tiada perakam suara di zaman baginda…
Tiada kemudahan menyimpan maklumat di zaman baginda…
Tiada akses internet di zaman baginda…
Yang ada hanyalah cebisan pesanan daripada khutbah terakhir Nabi s.a.w itu sendiri. Pesanan yang menjadi asbab kita mampu merasai dan menikmati baris kata wasiat baginda.
Pelik tapi benar. Namun, itulah hakikatnya.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku”.

Andainya dia seorang hartawan, pasti diwasiatkan segala hartanya sebagai peninggalan. 
Andainya dia seorang pemimpin, pasti diwasiatkan kerajaannya untuk dipimpin. 
Tapi, baginda lain. Baginda seorang nabi dan rasul, maka wasiat baginda kepada manusia seisinya ialah wasiat agama. Agama yang akan menentukan pengakhiran kisah kehidupan manusia. Apabila kita renungkan kembali, Allah s.w.t telah menjanjikan syurga buat baginda, maka tidak perlu Rasullulah s.a.w bangkit daripada pembaringan baginda ketika sakit semata –mata menyampaikan amanat terakhir kepada umatnya.

Namun, ada sesuatu yang lain yang baginda rasai.
“Ummati.. ummati”, itulah rasa kasih dan sayang Nabi s.a.w yang menggunung tinggi kepada umatnya yang dicintai. Baginda tidak mahu meninggalkan umatnya dalam keadaan terumbang – ambing selepas pemergiannya. Maka diserahkan kepada kita panduan yang jelas dan terang untuk diikuti.
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.”

Telah lebih 10 kurun khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w disampaikan baginda dengan penuh rasa cinta. Selama itulah sejarah menjadi saksi Islam pernah menguasai dua pertiga dunia. Di waktu itu, wasiat terakhir baginda ini dihayati dan dibumikan dengan amal oleh umat di zaman tersebut. Inilah sebenarnya kunci merungkai permasalahan kita di zaman ini.
Tidak perlu untuk kita berhempas – pulas memikirkan langkah terbaik untuk membaik pulih, mencipta solusi yang baru yang dikatakan sesuai dengan peredaran semasa,  tetapi kembalilah kita kepada pesanan kasih daripada junjungan besar dan mulia, Muhammad s.a.w. Ingatlah wahai jiwa, kita  akan kembali menemui Al-Khaliq, maka biarkan jiwa ini kembali bersama bukti kita telah melaksanakan wasiat terakhir baginda kepada umatnya.
“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu , awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku”, demikianlah sebahagian pesanan Nabi kepada umat manusia.

Justeru itu , wahai sahabat-sahabaku sekalian , bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul hari ini , jangan lupa untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad ..:) hmm bukan hari ney saja kena selawat dan ingat pada Rasulullah , HARI-HARI !!! sebab sehingga nafas terakhir pon Nabi ingat pada kita . NAMPAK TAK ?? betapa kasihnya Nabi pada kita :') 

Pesan Harajuku,
sahabat,  ayuh berubah :)




No comments: