Pages - Menu

15 January 2016

Mahasiswa Manja

Salam Alayk.

Ya, aku mungkin tergolong dalam kalangan yang disebut di atas. Aku mahasiswa manja, kerana aku menangis bila lapar, aku menangis bila takdak duit nak beli tiket kapal terbang untuk balik kampung, aku nangis masa naik basikal sengsorang memalam buta balik kerja part time kat summer, aku nangis waktu aku kena kerja walaupun demam. Aku nangis bila teringatkan keluarga di kampung yang kais pagi makan pagi. Aku nangis bila aku tak mampu tolong adik adik yang perlu keperluan sekolah. Aku nangis bila terkenangkan bonda seorang membanting tulang untuk keluarga. Aku nangis bila terkenangkan ayahanda yang tiada lagi upaya.

Dan setiap kali aku nangis, aku bangun lagi, usaha lagi, doa lagi dan tawakal lagi.


Bila aku baca orang orang kata buat kerja part time sambil belajar, ya sudah, aku dah buat itu,

Bila aku baca orang orang kata makan megi, yang sudah beratus bungkus megi aku telan sepanjang pengajian ku,

Bila orang orang kata jangan beli gadget terbaru, ya tak pernah terlintas dihatiku yang terlintas cuma apa makananku hari hari mendatang,

...dan banyak lagi orang orang kata

....dan aku tak sanggup lagi baca

Dan orang orang tanya PTPTN aku mana bila aku tak cukop makan???? Setelah apa kau baca, apa perlu lagi aku ceritakan?

Kau tak pernah ada dalam  kasut buruk aku, jadi kau tak rasa. Baik kau diam saja.  Aku mahasiswa yang kau kata manja.

No comments: