Pages - Menu

2 June 2016

Ramadhan Action Plan

Salam alayk.

Ramadhan is coming guys! Moga moga aku kau mereka disampaikan kepada ramadhan, dan moga moga ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya untuk kita semua, Amin.

Jom sambut ramadhan. Jom kita kemas kemas rumah, bersihkan rumah, barulah semangat nak ibadah. 



Ramadhan ni sangat best, sebab waktu ini, para pengumpat akan lebih banyak berzikir, para pencuri akan berhenti mencuri, orang yang solat di hujung waktu akan solat di awal waktu, orang yang jarang baca quran akan baca quran selalu. 

Kadang orang kata orang macam ni adalah "people of ramadhan". Yang mana hanya beribadah pada bulan ramadhan. Bagi aku, its okay, its good, at least they tried to change and do changes. They used the opportunities of ramadhan to change, to hijrah, to be better. Kerana orang orang ini tahu, Allah akan permudahkan kita di bulan Ramadhan, mereka tahu perubahan mereka akan dipermudahkan Allah di bulan ini. 

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat inggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (QS.  Al Baqarah: 185)
Nampak tak, Allah akan mudahkan kita buat amal ibadah di bulan ramadhan ni. So jangan pernah rasa tak mampu nak terawih walaupun esok tu exam, jangan pernah rasa tak mampu tilawah alquran dan khatam dalam masa sebulan. Wekenduit, InsyaAllah! Dan manatahu, kalau kita sungguh sungguh ibadah ramdhan ini, Allah beri kekuatan utk istiqomah after ramadhan. Best kan?
Sesaja nak share pasal aku punya ramadhan action plan. Moga moga diberi kekuatan untuk laksanakannya, moga moga juga kau yang sedang baca juga mendapat manfaatnya.


1) know the rules of ramadhan, understand ramadhan, taaruf with ramadhan

Kita kena faham ramadhan, barulah boleh hayati ramadhan. Sebelum ramadhan cuba belajar ilmu tentang puasa macam perkara membatalkan puasa, syarat sah puasa, maksud puasa, tujuan puasa dan banyak lagi. Selalunya nak dekat ramadhan ada banyak ceramah, pergilah rebut peluang. Dekat facebook, youtube pon banyak orang duk share video ceramah tentang ramadhan. Tinggal kita ja nak ambil kesempatan atau nak biarkan saja video tu berlalu atas timeline kita. 

Nouman Ali Khan YOUtube < suggested to watch

2) Dekatkan diri dengan Al Quran

Ramadhan memang bulan turunnya Al Quran, mari kita sama sama baca Al Quran, Faham Al Quran dan hafal Al Quran. Bila lagi kan? Untuk baca, boleh letak target, sebagai contoh one day one juzuk ke, one day half juzuk ke, its sokay kalau tak mampu khatam dalam waktu ramadhan, tapi bacalah setiap hari, jangan tinggal. Tapi cubalah usahakan untuk khatam dalam waktu ramadhan. Hehe. Tips dia sehari baca 5 kali, setiap kali baca 4 muka surat. InsyaAllah kita boleh! *semangat*. Kalau ajak kawan untuk tilawah reramai lagi best, baru lah ada semangat. Buatlah geng ODOJ korang, ngeh ngeh. Untuk hafalan, aku target untuk hafal juz amma ramadhan ni, ni adalah azam aku since ramadhan lepas lepas tapi still tak lepas, tolonglah mudahkan fatin ini kali ya Allah. Boleh check hafalan dengan kengkawan sekeliling. Boleh jugak hafal surah kegemaran korang yang korang selalu baca, al kahfi ke, al mulk ke, al sajdah ke. 

3) Banyakkan amalan sunat

Contohnya seperti terawih, solat suna rawatib, solat dhuha dan zikir. Seems impossible kan nak laksanakan semua? Sebabtu lah kena praktis awal awal, sebelum ramadhan lagi dah kena start. Cuba je dulu, mintak Allah bagi kekuatan.

4) Sedekah

Amalan sedekah orang selalu rasa susah nak buat sebab tak tahu nak sedekah pada siapa. Sbenarnya sedekah ni boleh je dekat kawan, roomate, housemate, pensyarah, cikgu, jiran, kucing mahupon anjing. Tak semestinya duit, boleh jadi dalam bentuk makanan. Masa berbuka puasa tu bolehlah sedekahkan kuih, atau nasi ayam penyet, atau nasi kerabu, atau cekodok pada sesiapa yg kita nak. Senang kan sedekah, even senyum pon dikira sedekah. Boleh jugak letak target untuk sedekah, contohnya seminngu nak sumbang rm10 untuk sedekah.Barulah ada matlamat. Jom sedekah. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan" .(Tirmizi)
Kalau nak sedekah untuk palestin pon boleh ! 


5) Tukarkan tabiat kurang baik dengan amalan yg Allah senangi

Jika sebelum ramadhan kita lagha dan lalai dengan menonton cerita korea, drama melayu ataupon sibuk scroll facebook sampai 4 jam, Ramadhan kali ini tingalkan lah semua tu. Kan kita nak fokus ibadah, nak capai taqwa dan redha Allah? Cadangan saya, delete semua unnecessary folder dari laptop seprti koleksi drama melayu, koleksi drama korea dan koleksi hindustan. Delete je dengan niat nak fokus ibadah. Gantikan dengan playlist ceramah ceramah. Seriously banyak talk dekat youtube yang best best. Contohnya boleh download kat sini.

Kalau sebelum ni asyik dengar lagu jiwang, lagu rock lagu korea lagu hindustan, tukarkan kepada alunan alunan zikir. Boleh! Anda boleh for the sake of Allah! Kita doa. 

6) Berbakti kepada kedua ibu bapa

Dalam bulan ramadhan ni, jom kita tolong mak sediakan juadah berbuka dan sahur. Tolong ayah belikan  barang dapur. Tolong adik adik mengaji Al Quran. Tolong basuhkan kereta ayah. Tolong mak kemas rumah. Dan sentiasa berusaha bahagiakan mak ayah walau dengan sekecil perkara. 

Sedih, ramadhan kali ni, sempat 3 hari je kat rumah. T.T

7) Banyakkan berdoa

Tahu kan? Dalam bulan ramdhan doa kita senang dimakbukan, maka marilah kita doa. Doakan mak ayah, keluarga, kawan, akhwat, cikgu, kucing dan jangan lupa doakan saudara kita di syriia dan paleatin. Doakan juga Allah selamatkan umat yang sedang tenat ni. 

Untuk list doa boleh rujuk mylittlepencil. Oh ya jangan lupa letak nama saya dalam doa awak. :P

8) Azam Ramadhanku

Kita boleh letak azam untuk ramadhan ni. Sebagai contoh:

  • mula menutup aurat dengan sempurna, which means, tudung menutupi dada, pakai handocks, pakai stocking, baju loggar etc. Dan sebaik baik pakaian muslimah adalah pakaian yang boleh dibawa solat.
  • kurangkan bercakap perkara tak berfaedah seperti bergossip.
  • masak untuk keluarga sepanjang ramadhan, kalau tak pandai masak, takpe, masa nilah nak belajar. Abey google kan ada. Kat fb pun berlambak orang duk share resepi.
  • terawih setiap hari, sampai penghujung ramadhan, wah, ni mantop. Boleh punyer! Percayalah!
  • Hafazan AlQuran.
Aieee, banyak lagilah! Atas ni cuma cadangan je. Supaya Ramadhan ni lebih bermakna dari ramadhan yang lepas lepas.


Setakat itu sahaja ramadhan action plan aku. Secara detail biarlah rahsia. kekekeke~ Moga istiqomah sampai penghujung ramadhan dan selepas ramadhan. Ramadhan ini mungkin ramadhan terakhir aku di bumi kenyalang, sedihnyaaa! Moga-moga dapat harungi ramadhan kali menjadi memori indah buat aku dan kawan-kawan sebelum back for good. Ok dah, nanti qeyau. Bye.

Amin~





No comments: