Pages - Menu

8 September 2016

KimiaSumber: Tips FYP

Salam alayk,

Harini rasa rajin nak share pasal FYP. Nak share bukan sebab aku pakar, tapi sebab aku tak nak korang buat kesilapan yang aku pernah buat sepanjang menyelesaikan FYP. Banyak jugak kesalahan yang aku buat, aku belajar dari kesilapan dan nak share dengan korang. Harap membantu dan bermanfaat.

1. Pilih tajuk baik baik.

Masa tajuk FYP keluar, korang pastikan korang pilih bebetul. Jangan main redah je. Buat research dulu. Tanya student master yang ada buat similar research with the title that you have interest with. Tanya lecturer, tanya senior. Tanya pakcik google. Read journal. Kalau main hentam pilih tajuk je, tanpa ragu lagi, kemungkinan awak akan merana sepanjang menyelesaikan FYP. Yer, orang lain yang buat FYP pon merana gak, tapi merana awak will be worst.

2. Persedian yang rapi.

Selepas dah istikharah, dah pilih tajuk, maka mulalah melangkah. Persedian yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

i. Baca journal berkaitan sebanyak mungkin

ii.Lain journal, lain method. Jadi pepandai lah pilih method yang paling berkenan dihati. Pastikan method yang dipilih tu menggunakan apparatus, materials and chemicals yang available di FSTS atau mudah diperolehi. Kalau ada chemicals yang pepelik, kau dah cuba cari kat FSTS tapi takde, pi jumpa supervisor dan tanya dia adakah dia mampu carikan chemicals tu untuk kau. Akan tetapi, tak semestinya kau kena guna bahan yang sejibik macam dalam journal yang kau guna tu, boleh je guna chemicals yang lain tapi ada fungsi yang sama. Sebagai contoh, untuk esterification, dalam journal tulis kena guna oxalic acid, disebabkan takde, boleh je gantikan dengan stearic acid. Budak kimia kan, pepandailah :')

.....to be continue 😅


No comments: