solat tapi tak solat? gena tu?
“sekiranya solat seseorang itu tidak
menghalangnya dari melakukan kemungkaran, maka dia tidak solat”..
Kadang kita perasan, ramai yang solat tapi
masih melakukan kemungkaran. Takyah jenguk jauh-jauh.
Pandang yang dekat-dekat ja. Pandang diri
sendiri.
Kita solat, tapi kita masih mengumpat.
Sedangkan kita tahu mengumpat itu dilarang Allah.
Sedang
kita tahu mengumpat tu umpama memakan daging saudara sendiri.
Kita solat tapi kita masih mendedahkan
aurat. Sepatutnya sebagai muslim kita kena wajib melaksanakan yang wajib.
Melaksanakan apa yang Allah suruh. Allah dah suruh awak tutup aurat,
Tutupla sayang.
Ada suara sumbang yang kata, “aku tak pakai
tudung tapi aku solat. ok la tu”.
Astaghfirullah. Mengucap sisters. Tak malu ke
berhadapan dengan Allah bila awak masih menayangkan aurat di luar solat?
:’(
Tak
malu ke dengan Allah.
Wahai sisters se-Tuhan dengan saya, kakak
hidayah tu awak kena cari. Awak kena usaha untuk cari dia. Bukannya awak kena
tunggu dia datang kat awak ,jemput awak.
Bila awak asyik nak tunggu, saya risau
kalau tak sempat. Takut malaikat maut yang datang jemput dulu.
*maaf
Kita solat, tapi kita masih membuang masa.
Boleh habiskan masa berjam jam di laman
sosial. Memula facebook. Lepastu wechat.
Lepastu whatsapp. Twitter.Lepastu entah apa lagi.
Berjam jam duduk mengadap laptop semata nak
habiskan drama korea yang ada 20 episode tu.
Study tak sempat pulak. Assignment pon buat
last minit. Baca Al-quran pon tak sempat. Solat pon kadang last minute.
Atas alasan tak sempat. Konon-nyalah.
Hairan kan?
Ada keberkatan ke hidup kita macam ni? Ada
makna ke hidup macam ni? Dah tahu kenapa kita solat tapi kita masih melakukan
kemungkaran? Rasa-rasa Allah terima ke solat kita? Allah :’(
Recheck ehh. Kita recheck sesama.
Sesungguhnya solat itu merupakan satu
medium penghubung antara kita dengan Allah. Masa kita solat adalah masa di mana
kita paling dekat dengan Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Allah itu paling rapat dengan hamba-Nya
ketika hambanya sedang sujud”.
Betapa mulianya
solat, ia boleh mensucikan jiwa dan hati yang ampuh.
“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu
mencegah perbuatan keji dan mungkar”.(Al Ankabut:45)
Terbuktikan? Dah
dibuktikan dalam Al Quran sendiri yang solat tu sebenarnya boleh mencegah kita
dari kemungkaran. Tapi.. kenapa eh? Kenapa kita masih buat kemungkaran eh?
Maybe there is something wrong in our
solah. Jomlah kita sesama usaha cari kesalahan dalam solat kita. Jomlah sesama
kita baiki solat kita. Supaya Allah lebih sayang. Supaya Allah redha. Supaya
Allah bantu kita mencegah kemungkaran.
Spent the
precious moment for awhile with Allah with love. Full of tawadhuk. Sebagai
hamba yang mengadap Pencipta.
Manfaatkanlah lima persinggahan ini dengan sebaik mungkin.
Baiki solat. Here
is some tips for those who are willing to improve their solah. Kepada yang
belum “rasa”.. takpalah, hati awak Allah yang pegang. Saya akan selalu doakan
awak. Supaya Allah sentuh hati awak :’)
Ok jom. Ana dapat
tips ni dekat whatsapp. Dan ana rasa macam ia bantu ana baiki solat. Jadi ana
rasa ana kena share dengan antunna semua.
*dah kenapa tetiba masuk mode ana antunna ni?* tah pape. sebab macam best jek. ihiks
Sebelum masuk waktu solat, ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.
1- Yang perlu hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tapi sekadar bercerita. Tentang kerja, tentang hidup,tentang keluarga, anak-anak, tentang pelajaran. Mengadulah dengan dia. Semoga dengan cara ini kita akan lebih dekat dengan Dia.
2- Apabila telah masuk waktu solat, bangun untuk ambil wudhuk dalam kesedaran bahawa kita dalam perjalanan bertemu dengan-Nya secara formal. Kita akan memuji-Nya, berterima kasih pada-Nya.
3-Sepanjang wudhuk kita perlulah dalam kesedaran yang kita ingin bertemu adalah Allah. Pastikan wudhuk kita sempurna. Minta supaya segala anggota wuduk dilindungi dari melakukan kejahatan dan maksiat.
4- Semasa sejadah dibentangkan, tetapkan kesedaran anda adalah hamba yang akan bertemu dengan Pencipta.
5- Ketika berdiri untuk takbir, dahulukan dengan istighfar. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian kita datang dari hati yang benar-benar bersih.
6-Kemudian semasa mengangkat takbir, sedarlah bahawa kita sedang memanggil Allah yang Maha Besar, yang kita rindui.
7-*diringkaskan* lebih baik jika kita memahami apa yang kita ucapkan didalam solat. Memudahkan kita untuk menemukan khusyuk.
Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allah
sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan
langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari
golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya .
Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku
adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
Al-Fatihah: sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang kita sedang berkomunikasi dengan Allah,
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang”.
“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”
“Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
“Yang menguasai hari pembalasan”
“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan
hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”
“Tunjukilah kami jalan yang lurus”
“(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau
anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan
(pula jalan) mereka yang sesat”.
8-Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.
9-Diamlah sejenak sebelum kita rukuk . Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Diam namun sedar dan berterima kasih kepada Allah.
"Ya Allah Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah."
10- Iktidal dan tuqmaninah lalu nyatakan kepada Allah " Ya Allah, untukMu segala pujian Ya Allah"
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita? Siapa kita yang sering ingin dipuji? Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita? Siapa kita? Astaghfirullah
11- Sujud. Diam sebentar. Sedarlah ketika sujud ini jasad kembali kepada asalnyayakni tanah. Kita tidak punya apa-apa lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tidak punya apa-apa. Kita hanya mengharapkan redha Allah semata-mata.
Lalu pujilah,
"Ya Allah, MahasuciMu Tuhan yang Maha tinggi Ya Allah"
12- Duduk antara dua sujud. Pohonlah dengan satu persatu:
"Ya Allah, ampunilah aku "
"Ya Allah, rahmatilah aku"
"Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku"
"Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah "(darjat di sisi Allah)
"Ya Allah, murahkanlah rezekiku"
"Ya Allah, buaknkanlah pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu Ya Allah"
"Ya Allah, sihatkanlah aku"
"Ya Allah, maafkanlah aku"
Dr Fuad Latip.
Banyak yang aku ringkaskan sebenarnya dari artikel ni. Tapi harap-harap maksud yang nak disampaikan tetap sama.Allahurabbi betapa nikmatnya solat. Ayuh praktikkan. Kalau kau rasa macam lima waktu tu macam banyak sangat, baik kau fikir semula, macam mana orang lain boleh menambahkan solat solat sunat dalam kehidupan seharian mereka. Golongan ini sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.
rasa macam tu jekot untuk kali ni punya post.
aku banyak rujuk buka Hilal Asyraf jugak.
Moga bermanfaat. InsyaAllah.
Sekian
* aku yang tulis aku yang sentap*
* aku yang tulis aku yang sentap*