Salam Alayk
Masa study
week pernah tak kau rasa macam tak tahu apa nak buat? Rasa macam banyak lagi
tak study? rasa macam dah tak sempat? Rasa macam tak tahu nak start yang mana
satu dulu? ahaha. padan muka kau! eh takdelah.. gurau saje^^Aku tahu sebab aku
pernah rasa.
Tapi kalau di
kalangan kawan kawan terdekat aku mungkin tadak yang rasa cenggitu. Semua
pandai pandai belaka. Aku ni je haa. Gelabah bewak setiap kali exam. Tapi lepas
tu ada orang bagi tips. Orang tersayang. Ihiks. So aku rasa macam nak share dengan
orang orang yang aku sayang kerana Allah.
First thing
korang kena buat adalah tarik nafas dalam dalam ambil istighfar bebanyak.
Jangan gelabah bhai. Walaupon satu apa pon kau tak sentuh lagi! ahaha. Risau tu
memang patut ada sebab kalau kau tak risau aku rasa kau manusia paling pelik.
Final exam kot. Tapi jangan risau kau tu melampau sangat sampai kau gelabah tak
tentu fasal. Sampai orang sekeliling pon stess dengan kau. Kang exam ke mana,
study ke mana! Kalau rasa tak tenang cuba amek wudhuk lepas buat solat sunat
apa yang patut. Solat hajat ke, solat tahajjud ke, solat taubat ke. Tapi make
sure lah solat lima waktu kau pon cukop. Percayalah dengan mengingati Allah
hati akan menjadi tenang.
Lepastu cuba
kau listkan apa yang kau nak study dulu. Ikut priority. Kalau kau rasa macam cliché
sangat je nak list list bagai, kau buat je ikut suka hati kau. Cadangan aku
kalau kau rasa macam tangah serabut, tengah stress better kau study subjek yang
ringan ringan dulu. Subjek tak beratkan kepala sangat. Subjek yang kau sukalah
senang cerita! Lepas rasa dah macam ok. Enjin pon dah lancar. Takda semput
semput lagi, kau redah jelah. Study, study, study.
Manfaat kan
masa seminggu tu sebaik mungkin. Jangan pernah memilih time buat revision.
Maksud aku, anggap semua yang kau dah belajar tu penting. Takda yang tak
penting. Jangan tinggal satu pon. Study sampai kau rasa macam dah betul betul
sedia nak masuk dewan exam. Tapi kan, tapi kan, janganlah kau pulon study
sampai kau lupa nak jaga hubungan kau dengan Allah. Jaga solat sayang. Doa
banyak banyak sayang. Masa masa macam ni penting untuk kau bergantung pada
Allah seratus peratus. Lepastu jangan lupa mak abah jugak. Kol selalu. Biar
berkat. Ada orang pesan, biar kita yang kol mak abah dulu, jangan sampai mak
abah yang kol kita dulu. ^^ arasso?
Hm, satu
lagi, jaga pemakanan taw. study study jugak, makan jangan lupa. Eh kejap, ada
ke manusia lupa nak makan? macam sik da jak?? Lupa nak solat, lupa nak baca
alquran adalah.. *jatuhkatil*. ahaha. jangan asik makan maggi je. Aku dok pulon
suruh orang jangan makan megi, aku pon sama:P Nak buat gena kan.. penghujung sem
dah, kad atm dah kering :p Last, minum air bebanyak. keh..
Jangan pernah
rasa macam dah terlambat untuk berjuang selagi kaki kau belom masuk dewan exam.
Study je setakat mana mampu. Kbye.
Bittaufiq wan
najjah ^^
p/s aku tulis entry ni dah berkurun. masa final sem 1 rasanya. saja simpan lama lama dalam draft. nak buat perkasam. ahaks:P
harini baru rasa macam nak post
hm
p/s aku tulis entry ni dah berkurun. masa final sem 1 rasanya. saja simpan lama lama dalam draft. nak buat perkasam. ahaks:P
harini baru rasa macam nak post
hm
No comments:
Post a Comment