Pages - Menu

30 October 2014

Solat tapi tak solat !

Salam Alayk!
solat tapi tak solat? gena tu?



“sekiranya solat seseorang itu tidak menghalangnya dari melakukan kemungkaran, maka dia tidak solat”..

Kadang kita perasan, ramai yang solat tapi masih melakukan kemungkaran. Takyah jenguk jauh-jauh.
Pandang yang dekat-dekat ja. Pandang diri sendiri.

Kita solat, tapi kita masih mengumpat. Sedangkan kita tahu mengumpat itu dilarang Allah.
Sedang  kita tahu mengumpat tu umpama memakan daging saudara sendiri.

Kita solat tapi kita masih mendedahkan aurat. Sepatutnya sebagai muslim kita kena wajib melaksanakan yang wajib. Melaksanakan apa yang Allah suruh. Allah dah suruh awak tutup aurat,
Tutupla sayang.
Ada suara sumbang yang kata, “aku tak pakai tudung tapi aku solat. ok la tu”.
 Astaghfirullah. Mengucap sisters. Tak malu ke berhadapan dengan Allah bila awak masih menayangkan aurat di luar solat?
:’(

Tak malu ke dengan Allah.
Wahai sisters se-Tuhan dengan saya, kakak hidayah tu awak kena cari. Awak kena usaha untuk cari dia. Bukannya awak kena tunggu dia datang kat awak ,jemput awak.
Bila awak asyik nak tunggu, saya risau kalau tak sempat. Takut malaikat maut yang datang jemput dulu.
*maaf

Kita solat, tapi kita masih membuang masa.
Boleh habiskan masa berjam jam di laman sosial. Memula facebook.  Lepastu wechat. Lepastu whatsapp. Twitter.Lepastu entah apa lagi.
Berjam jam duduk mengadap laptop semata nak habiskan drama korea yang ada 20 episode tu.
Study tak sempat pulak. Assignment pon buat last minit. Baca Al-quran pon tak sempat. Solat pon kadang last minute. Atas  alasan tak sempat. Konon-nyalah.
Hairan kan?
Ada keberkatan ke hidup kita macam ni? Ada makna ke hidup macam ni? Dah tahu kenapa kita solat tapi kita masih melakukan kemungkaran? Rasa-rasa Allah terima ke solat kita? Allah :’(
Recheck ehh. Kita recheck sesama.

Sesungguhnya solat itu merupakan satu medium penghubung antara kita dengan Allah. Masa kita solat adalah masa di mana kita paling dekat dengan Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Allah itu paling rapat dengan hamba-Nya ketika hambanya sedang sujud”.
Betapa mulianya solat, ia boleh mensucikan jiwa dan hati yang ampuh.
 “Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar”.(Al Ankabut:45)
Terbuktikan? Dah dibuktikan dalam Al Quran sendiri yang solat tu sebenarnya boleh mencegah kita dari kemungkaran. Tapi.. kenapa eh? Kenapa kita masih buat kemungkaran eh? Maybe there is something wrong  in our solah. Jomlah kita sesama usaha cari kesalahan dalam solat kita. Jomlah sesama kita baiki solat kita. Supaya Allah lebih sayang. Supaya Allah redha. Supaya Allah bantu kita mencegah kemungkaran.
Spent the precious moment for awhile with Allah with love. Full of tawadhuk. Sebagai hamba yang mengadap Pencipta.  Manfaatkanlah lima persinggahan ini dengan sebaik mungkin.
Baiki solat. Here is some tips for those who are willing to improve their solah. Kepada yang belum “rasa”.. takpalah, hati awak Allah yang pegang. Saya akan selalu doakan awak. Supaya Allah sentuh hati awak :’)
Ok jom. Ana dapat tips ni dekat whatsapp. Dan ana rasa macam ia bantu ana baiki solat. Jadi ana rasa ana kena share dengan antunna semua.
*dah kenapa tetiba masuk mode ana antunna ni?* tah pape. sebab macam best jek. ihiks

Sebelum masuk waktu solat, ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.
1- Yang perlu hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tapi sekadar bercerita. Tentang kerja, tentang hidup,tentang keluarga, anak-anak, tentang pelajaran. Mengadulah dengan dia. Semoga dengan cara ini kita akan lebih dekat dengan Dia.
2- Apabila telah masuk waktu solat, bangun untuk ambil wudhuk dalam kesedaran bahawa kita dalam perjalanan bertemu dengan-Nya secara formal. Kita akan memuji-Nya, berterima kasih pada-Nya.
3-Sepanjang wudhuk kita perlulah dalam kesedaran yang kita ingin bertemu adalah Allah. Pastikan wudhuk kita sempurna. Minta supaya segala anggota wuduk dilindungi dari melakukan kejahatan dan maksiat.
4- Semasa sejadah dibentangkan, tetapkan kesedaran anda adalah hamba yang akan bertemu dengan Pencipta.
5- Ketika berdiri untuk takbir, dahulukan dengan istighfar. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian kita datang dari hati yang benar-benar bersih.
6-Kemudian semasa mengangkat takbir, sedarlah bahawa kita sedang memanggil Allah yang Maha Besar, yang kita rindui.
7-*diringkaskan* lebih baik jika kita memahami apa yang kita ucapkan didalam solat. Memudahkan kita untuk menemukan khusyuk.

Iftitah:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya.

Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.

Dan maha suci Allah siang dan malam.

Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.

Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya .

Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Al-Fatihah: sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang kita sedang berkomunikasi dengan Allah,

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.

 “Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”

 “Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

 “Yang menguasai hari pembalasan”

 “Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”

 “Tunjukilah kami jalan yang lurus”

 “(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat”.

8-Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

9-Diamlah sejenak sebelum kita rukuk . Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Diam namun sedar dan berterima kasih kepada  Allah.

"Ya Allah Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah."

10- Iktidal dan tuqmaninah lalu nyatakan kepada Allah " Ya Allah, untukMu segala pujian Ya Allah"

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita? Siapa kita yang sering ingin dipuji? Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita? Siapa kita? Astaghfirullah

11- Sujud. Diam sebentar. Sedarlah ketika sujud ini jasad kembali kepada asalnyayakni tanah. Kita tidak punya apa-apa lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tidak punya apa-apa. Kita hanya mengharapkan redha Allah semata-mata.
Lalu pujilah,
"Ya Allah, MahasuciMu Tuhan yang Maha tinggi Ya Allah"

12- Duduk antara dua sujud. Pohonlah dengan satu persatu:

"Ya Allah, ampunilah aku "
"Ya Allah, rahmatilah aku"
"Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku"
"Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah "(darjat di sisi Allah)
"Ya Allah, murahkanlah rezekiku"
"Ya Allah, buaknkanlah pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu Ya Allah"
"Ya Allah, sihatkanlah aku"
"Ya Allah, maafkanlah aku"

Dr Fuad Latip.

Banyak yang aku ringkaskan sebenarnya dari artikel ni. Tapi harap-harap maksud yang nak disampaikan tetap sama.Allahurabbi betapa nikmatnya solat. Ayuh praktikkan. Kalau kau rasa macam lima waktu tu macam banyak sangat, baik kau fikir semula, macam mana orang lain boleh menambahkan solat solat sunat dalam kehidupan seharian mereka. Golongan ini sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

rasa macam tu jekot untuk kali ni punya post.
aku banyak rujuk buka Hilal Asyraf jugak. 


Moga bermanfaat. InsyaAllah.
Sekian
* aku yang tulis aku yang sentap*






No comments: