29 August 2016
Daie idaman
26 August 2016
Kawan
Salam alayk.
Sepanjang perjalan hidup aku,
Allah sentiasa anugerahkan aku dengan kehadiran insan insan yang bergelar kawan
Aku ingat.
Satu persatu wajah wajah yang pernah menjadi kawan aku.
Sepupu sepupu aku adalah kawan pertama yg hadir dalam hidup aku
Lepastu jiran jiran sekampung aku
Kemudian di tadika, igt lagi,aku ada seorang seorang kawan yang rambutnya pendek macam budak laki, boycut! Masa memula kenal, aku nekad nak sayang dia macam kawan baik aku. Sebab tgk dalam tv, cerita kanak kanak yang memasing ada kawan baik. Aku pon nak jugak rasa ada bff. Kitorang makan apollo sesama, pakai sepit rambut rama rama sesama, layan lagu jesnita sesama. haha. tak ley blah. 6 tahun dah layan lagu jiwang. Masa habis tadika kemain aku nangis nangis, bagi hadiah kat dia, dengan harapan dia ingat aku. Pencil case magnet balut dengan pembalut hadiah bunga ros berlatar belakangkan not not muzik. Aku pon tak sangka aku ingat benda ni sedetail itu. Mungkin pada masa itu dia terlalu penting bagi aku. Lepastu, dia pergi sekolah lain, aku sekolah lain.
Bermulalah episod kawan yang datang dan pergi dari hidup aku.
Dan setiap yang datang dan pergi, sampai sekarang aku masih ingat dan sayang.
Ada yang tinggalkan parut.
Ada yang tinggalkan memori indah.
Ada yang tinggalkan ilmu.
Ada yang tinggalkan inspirasi.
Ada yang tinggalkan pengajaran.
Ada yang tinggalkan jejak.
Ada yang tinggalkan aku bersama hati yang rabak. Dan ini yang paling mengajar aku tentang kawan dan kehidupan.
Untuk anda anda yang datang dan pergi dari hidup saya, moga anda dibawah lindungan Allah selalu. Terima kasih kerana beri aku kesempatan menjadi kawan.
25 August 2016
Adab Menumpang Rumah Orang
Mungkin bukan yang layak untuk menulis keratan ini, sekadar cuba berkongsi. Sebab sekarang aku sedang tumpang rumah orang yang diizinkan Allah dan buat hari hari aku fikir apa aku boleh buat untuk meringankan tuan rumah dan adab adab yang perlu dijaga supaya tidak mengundang ketidakselesaan tuan rumah. Lebih kepada "common sense", barang kali. Because its too common it often forgotten. These are a few point that I mange to sort out:
1. Menjaga aurat
19 August 2016
Expectation
Siapalah kita untuk menentukan apa pekerjaan kita, cuma hamba marhaen.
yang mampu dilakukan , adalah berusaha sehabis mungkin , dan berserah diri.
Ramai saja yang berjaya dalam bidang yang bukan mereka ceburi semasa di universiti dulu.
Inilah dia, Mahasiswa yang berfikir "out of the box".
Mungkin mereka tahu jalan yang mereka pilih lebih bermanfaat kepada ummah.
siapa tahu."
Dan rupanya aku cuma monolog sendiri.
hm.