Pages - Menu

23 October 2020

Salahku

Sepanjang aku menjadi guru, terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan, kesilapan akan berlaku bila kita ambil sesuatu isu sebagai sesuatu yang peribadi. Dalam soal kerja, antara pantang larang bekerja adalah jangan campurkan urusan kerja dengan peribadi.

Meningkat dewasa, aku sangka aku semakin pandai urus perasaan. Tapi sebaliknya aku menjadi lebih sensitif, cepat terasa, emosional, mahu dihargai, macam kurang kasih sayang pon ada. 

Minggu ini, aku belajar sebagai guru aku harus belajar mengurus perasaan dengan baik, sekiranya ia tidak diurus dengan baik, akan beri kesan negatif pada anak murid aku sendiri. Ya Allah, aku tak nak benda tu berlaku.

I responded something on my student tweet, something I disagree. The way i responded make me feel so worthless till now. As a teacher, i should be more professional, if I cant be professional, I shouldnt respond to anything. I must make sure my mind crystal clear before I take any action. Allahu, May Allah forgive me. 

Bila diuji dengan hati, lalai, dan melakukan sesuatu yang menyakiti hati orang lain, I feel like I ve became a toxic person. The only thing I can do to fix my mistakes is by turning back to Allah.Cerita dan luah segalanya pada Allah. I want to pause and reflect, turn off mysocial media which cause me became toxic.

I should sacrifice anything that can make me be a better muslim,

Semoga Allah bimbing aku, kurniakan ilham untuk jadi guru yang lebih baik.


11 September 2020

Sayangi Diri

 Bismillah


#oneweekonepostchallenge

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya ; manusia dan batu (berhala); neraka itu dojaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan" At Tahrim:6

Setiap muslim perlu memelihara diri daripada melakukan perkara yang menjerumuskan kita ke neraka. Peliharalah diri dengan melakukan amal kebaikan, dan ajaklah keluarga kita, jagalah mereka.

Dalam ayat ini, Allah sebut peliharalah diri kamu dahulu disusuli dengan keluargamu. Penting untuk kita menjaga diri, menyayangi diri kita sebelum orang lain. Do you love yourself? What do you love the most about yourself? I love that I am a teacher. Alhamdulillah.

 Hiduplah dengan mencintai dirimu dan lakukanlah apa sahaja yang baik menurut pandangan Allah, bukan pandangan manusia. Kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah, maka berbanggalah dengan dirimu. Allah memilih kita untuk menjadi manusia yang merupakan hamba dan khalifah, maka berbanggalah. 

Setiap pagi, Allah memberikan kita nafas baru. Itu adalah tanda Allah sayangkan kita, despite of all our flaws, Allah masih beri peluang kita bernafas. Waking up every morning, believe that you are needed, your are loved, you are important and you are necessary, thats why Allah give you life.

Live this life by loving yourself. Take a good care of yourslef. Eat well. Sleep well. Learn well. Read well. Every day, do good things to yourself that will add values for you. Even if someone break your heart, dont hurt your body. Ada orang, broken sampai tak nak makan, taknak mandi, tak nak solat, taknak jaga diri. 

Ada orang dia terlalu sibuk dengan kerja dengan orang sekeliling mebuatkan mereka lupa untuk jaga diri. Solatlah malam, tapi tidurlah. Puasa dan berbukalah. Ada sebab mengapa Allah menciptakan malam. Untuk kita berehat. Rest and repent. Pause sekejap dari kesibukan dunia, rehat dan bangunlah solat malam, jumpa Allah, mengadulah pada Dia. Ambil masa untuk berduaan dengan Allah, it is an act of loving yourself. Take a step back, turn back to Allah. Sayangi dirimu.

Ada orang, rasa tidak disayangi, rasa tak guna, rasa tak sayang pada diri. Maka mereka pilih untuk tidak memelihara diri dan membiarkan diri melakukan perbuatan mungkar. Dear, please know that, no matter what are your flaws, how much you sin, Allah will always accept you when you repent. Dan sesungguhnya syurga itu dipenuhi dengan pendosa yang bertaubat. Jom kita berusaha jadi penduduk syurga, tapi sebelum tu kenalah sayangi diri.

Setiap pagi, untuk setiap nafas yang Allah beri, ucaplah Alhamdulillah. Sedekahkanlah al fatihah untuk diri sendiri, sebagai makanan untuk roh sendiri. Saya sayang diri saya.

So what is you action plan to love yourself?

Anime Lamp GIF - Anime Lamp Night GIFs

16 July 2019

MEMUNTAHKAN RASA

Disaat rasa tidak mampu menjadi nada
maka luahkan lah menjadi aksara

waktu itu akan tiba
dan jangan risau
kau pasti akan melepasinya


disaat hamba tidak mampu memahami nada
mengadulah pada pencipta rasa, nada, dan aksara

moga moga
segala rasa
bisa terubat
oleh Dia

24 April 2019

Perkatan yang baik-baik

CATATAN SATU
Jumaat haritu ada kuliyah yang diuruskan oleh pelajar. Dari A sampai Z, semua mereka yang usahakan. Mualllimah cuma tolong sikit-sikit. Dah lama diorang rancang, sampai terlupa bila, sejak awal tahun barangkali.
Habis program, diorang tanya, Muallimah out of 5, berapa muallimah nak bagi markah kat kitorang?
Muallimah diam 5 saat. Bimbang kalau kalau memberikan jawapan yang menjatuhkan.
"untuk effort, muallimah bagi 5 bintang"
Maka terukir senyuman dengan mata blink blink sebab dapat 5 bintang.
"untuk keseluruhan program mllmh bagi 4 bintang, mungkin bintang hilang sebab drag masa yang agak lama"
"Ha tulah muallimah, kami dah postmortem pasal tu". Muka agak sedih.
Takpelah, overall, you have done your best. Good job! Imma proud teacher.

Malam seterusnya, team Ihya' Ramadhan nak buat Qiam Jamaie sempena nisfu syaaban.
Dah plan cantik dah, banin hirosah di musolla, banat hirosah di bilik sakit. Dah lantik imam.
Tiba waktunya, bila muallimah dan banat naik musolla, banin ramai yang tak bangun lagi.
Sorang je dok berkejaran kejut semua banin di asrama.
Tapi alhamdulillah, sepat jugak qiam, sempat jugak solat sunat witir.
Habis program, PIC program tanya, muallimah, macam mana program qiam tadi, ok tak?
Muallimah tarik nafas panjang. Kalau boleh nak susun ayat cantik-cantik, nak bagi komen membina, bukan menjatuhkan.
" Kita plan pon last minit kan, alhamdulillah Allah izinkan jugak qiam ni jadi. Enta tahu kan kurang kat mana? Lagi 15 minit nak subuh baru nak start qiam.
Diam, muka sedih.
"Minggu depan ada lagi kan? So takpe, minggu depan kita improve lagi ok? Kita plan awal, susun cantik-cantik. Untuk harini tahniah!"


Menjadi guru, aku belajar untuk berhati-hati dalam memberikan teguran. Moga moga Allah sentiasa lembutkan lidah untuk beri semangat pada mereka, bukan menjatuhkan.
Guru yang sedang belajar.


8 September 2016

KimiaSumber: Tips FYP

Salam alayk,

Harini rasa rajin nak share pasal FYP. Nak share bukan sebab aku pakar, tapi sebab aku tak nak korang buat kesilapan yang aku pernah buat sepanjang menyelesaikan FYP. Banyak jugak kesalahan yang aku buat, aku belajar dari kesilapan dan nak share dengan korang. Harap membantu dan bermanfaat.

1. Pilih tajuk baik baik.

Masa tajuk FYP keluar, korang pastikan korang pilih bebetul. Jangan main redah je. Buat research dulu. Tanya student master yang ada buat similar research with the title that you have interest with. Tanya lecturer, tanya senior. Tanya pakcik google. Read journal. Kalau main hentam pilih tajuk je, tanpa ragu lagi, kemungkinan awak akan merana sepanjang menyelesaikan FYP. Yer, orang lain yang buat FYP pon merana gak, tapi merana awak will be worst.

2. Persedian yang rapi.

Selepas dah istikharah, dah pilih tajuk, maka mulalah melangkah. Persedian yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

i. Baca journal berkaitan sebanyak mungkin

ii.Lain journal, lain method. Jadi pepandai lah pilih method yang paling berkenan dihati. Pastikan method yang dipilih tu menggunakan apparatus, materials and chemicals yang available di FSTS atau mudah diperolehi. Kalau ada chemicals yang pepelik, kau dah cuba cari kat FSTS tapi takde, pi jumpa supervisor dan tanya dia adakah dia mampu carikan chemicals tu untuk kau. Akan tetapi, tak semestinya kau kena guna bahan yang sejibik macam dalam journal yang kau guna tu, boleh je guna chemicals yang lain tapi ada fungsi yang sama. Sebagai contoh, untuk esterification, dalam journal tulis kena guna oxalic acid, disebabkan takde, boleh je gantikan dengan stearic acid. Budak kimia kan, pepandailah :')

.....to be continue 😅


2 September 2016

September wishlist.

Salam Alayk.

This is just a random post. Might not give any benefits to you. This post is just for me. Hope that I can fight to make it happen. Biiznillah.

1. Attend a Walimah
She is the one do not give up on me, that make be a better version of Fatin. I really hope that I can attend her wedding. I want to be part of her beautiful day. InsyaAllah. By the way, the ticket flight is quite cheap. RM 100 for return flight, KUL-PEN. Told ya, murah gila. Better naik flight lah, naik bas is so tiring. Heharap direzkikan untuk pergi.

2. Imanshoppe
Dah lama pendam perasaan ni. Teringin nak pi sini sebab kedai ni ada banyak buku dalam wishlist aku. I hope that I can visit this place after the walimah. But still, kalau dapat pi pon, tiada fulus mau beli all those wishlist books of  mine. Ambil bau pon jadilah.

3. Happy ending of my internship life
oh yeah, internship is coming to an end this september. I wish I gained something here. I wish I will be a better person after this. Nak pulon cari kerja pula lepas ni, semoga Allah permudahkan,

4. Buy mak and abah ticket to Sarawak for my convocation day,
I wish to work harder so that I can have my mak and abah besides me on my graduation day. I really want them to come. So, I wish Allah ease me to buy tickets for them. Kerja part time cuci tandas pon ok. I will be so Alhamdulillah if I can buy it for them on my own efforts.

That all for now. Kalau sudi, tolonglah doakan impian saya jadi kenyataan. Jazakilllah awak awak. :')



29 August 2016

Daie idaman

Daripada Imam Hassan Al Basri, ciri- ciri daie yang konsisten dalam dakwah di kalangan para sahabat:
1. Tampak tanda-tanda kebaikan di wajah mereka, ketenangan, petunjuk kebenaran.
2. Pakaian mereka sederhana.
3. Cara jalannya tawadhuk.
4. Setiap kata disertai perlakuan.
5. Makan dan minum mereka dari sumber yang halal.
6. Patuh kepada perintah Allah.
7. Tunduk kepada kebenaran sama ada suka ataupon tidak.
8. Memberi hak hak mereka.
9. Tekak tekak mereka dahaga.
10. Tubuh badan mereka kurus.
11. Kebencian manusia terhadap mereka dianggap biasa demi meraih keredhaan Allah.
12. Lidah yang basah dengan zikir.
14. Sanggup menggadaikan nyawa dan darah demi agama Allah.
15. Menggadaikan harta sekiranya diperlukan.
16. Akhlak mereka baik serta suka membantu.
For my own read. Retrive from "asas asas berdakwah".

26 August 2016

Kawan

Salam alayk.

Sepanjang perjalan hidup aku,

Allah sentiasa anugerahkan aku dengan kehadiran insan insan yang bergelar kawan

Aku ingat.

Satu persatu wajah wajah yang pernah menjadi kawan aku.

Sepupu sepupu aku adalah kawan pertama yg hadir dalam hidup aku

Lepastu jiran jiran sekampung aku

Kemudian di tadika, igt lagi,aku ada seorang seorang kawan yang rambutnya pendek macam budak laki, boycut! Masa memula kenal, aku nekad nak sayang dia macam kawan baik aku. Sebab tgk dalam tv, cerita kanak kanak yang memasing ada kawan baik. Aku pon nak jugak rasa ada bff. Kitorang makan apollo sesama, pakai sepit rambut rama rama sesama, layan lagu jesnita sesama. haha. tak ley blah. 6 tahun dah layan lagu jiwang. Masa habis tadika kemain aku nangis nangis, bagi hadiah kat dia, dengan harapan dia ingat aku. Pencil case magnet balut dengan pembalut hadiah bunga ros berlatar belakangkan not not muzik. Aku pon tak sangka aku ingat benda ni sedetail itu. Mungkin pada masa itu dia terlalu penting bagi aku. Lepastu, dia pergi sekolah lain, aku sekolah lain.

Bermulalah episod kawan yang datang dan pergi dari hidup aku.

Dan setiap yang datang dan pergi, sampai sekarang aku masih ingat dan sayang.

Ada yang tinggalkan parut.

Ada yang tinggalkan memori indah.

Ada yang tinggalkan ilmu.

Ada yang tinggalkan inspirasi.

Ada yang tinggalkan pengajaran.

Ada yang tinggalkan jejak.

Ada yang tinggalkan aku bersama hati yang rabak. Dan ini yang paling mengajar aku tentang kawan dan kehidupan.

Untuk anda anda yang datang dan pergi dari hidup saya, moga anda dibawah lindungan Allah selalu. Terima kasih kerana beri aku kesempatan menjadi kawan.

25 August 2016

Adab Menumpang Rumah Orang

Salam Alayk,

Mungkin bukan yang layak untuk menulis keratan ini, sekadar cuba berkongsi. Sebab sekarang aku sedang tumpang rumah orang yang diizinkan Allah dan buat hari hari aku fikir apa aku boleh buat untuk meringankan tuan rumah dan adab adab yang perlu dijaga supaya tidak mengundang ketidakselesaan tuan rumah. Lebih kepada "common sense", barang kali. Because its too common it often forgotten. These are a few point that I mange to sort out:

1.  Menjaga aurat


Terutama sebagai perempuan, wajib untuk menjaga aurat sekiranya rumah yang kita tumpangi ada ajnabi. Tetap perlu untuk memakai tudung menutupi dada, memakai stokin, baju lengan panjang, pakaian yang longgar dan lain  lain lagi. Memula rasa payah jugak, tapi lama kelamaan dan terbiasa. Ala, jangan nak berkira sangat untuk buat Allah sayang. :')

2. Bergaul sambil menjaga batas pergaulan

Sebenarnya aku ni malas sangat nak keluar dari bilik, sebab bila dah keluar nak kena pakai tudung, pakai stokin, tukar baju. Qenyah! Buruk bebenor perangai macam ni, janganlah asyik terperuk ja dalam bilik, keluarlah bebual dengan tuan rumah. Jangan sampai tuan rumah masuk hospital pon kau tak tahu sebab asyik memerap dalam bilik. Dalam dok berbual tu pulak, cubalah untuk tidak masuk campur urusan peribadi tuan rumah. Melainkan dia sendiri yang mahu berkongsi cerita. Biasalah, setiap keluarga pasti ada masalah, kalau nampak diorang mcam tengah bincang masalah keluarga, tak payah la duduk dalam perbincangan jugak. Pepuralah pergi basuh pinggan ke sapu sampah luar rumah ke...

3. Ringankan tulang
Rajinkan diri untuk basuh pinggan sendiri lepas makan, kalau lagi baik, basuhkan pinggan semua orang, sekali dengan periuk belanga. Tolonglah, komon sens kot. Dah la org bg makan, pinggan pon tak nak basuh, kau hidup untuk apa?  Basuh sendiri baju kau, sidai, lipat. Lepas bangun tidur, kemas katil. Mak nya tengah masak kat dapur pi lah tolong tolong apa yang patut. Walaupon hakikatnya kau dekat rumah kemain berat tulang, tak salah hipokrit kat rumah orang demi menjaga maruah mak ayah kau. Nanti orang kata mak ayah kau tak reti ajar anak. 

4. Membalas budi
Kalau duduk lama, bagilah sikit nafkah, duit beras. Ataupon tolong belikan barang dapur ke, belikan sabun basuh baju ke, belikan makanan pasar malam ke, mc delivery ke. Walaupon diorang tak harapkan balasan dari kau, kau kena ada jiwa besar untuk balas kebaikan orang. Tak kan nak terima je, kena lah memberi jugak kan. Heh.


19 August 2016

Expectation


Salam Alayk.


Minggu lepas ada seisi diziarahi oleh beberapa tetamu. Biasalah, kalau berjumpa mesti betanyakan perihal kehidupan memasing. 

Salah satu:

Nanti graduate kerja apa?

Disertai dengan kenyataan terbakar," alah, belajar tinggi-tinggi pon nanti keluar kerja kilang jugak. Ada yang berniaga tepi jalan. Sia-sia saja belajar tinggi-tinggi"

Aku macam biasa, ternganga lalu tarik nafas dedalam. 

"Makcik, knowledge is never wasted! Tak akan pernah sia-sia yang namanya menuntut ilmu. Manakan tidak, ilmu itu buat kita lebih kenal pada Yang Maha Esa sekalipon ilmu itu tidak di apply pada tempat yang sepatutnya. Jadi, selama mana ilmu itu mendekatkan kita dengan Allah, ia tak akan pernah disia-siakan."

Dengan senyuman masih di bibir, aku sambung lagi,


"Makcik kena faham, rezki tu pada tangan Allah.
Siapalah kita untuk menentukan apa pekerjaan kita, cuma hamba marhaen.
yang mampu dilakukan , adalah berusaha sehabis mungkin , dan berserah diri.

Ramai saja yang berjaya dalam bidang yang bukan mereka ceburi semasa di universiti dulu.

Inilah dia, Mahasiswa yang berfikir "out of the box".

Mungkin mereka tahu jalan yang mereka pilih lebih bermanfaat kepada ummah.

siapa tahu."

Dan rupanya aku cuma monolog sendiri.

hm.