Pages - Menu

4 August 2016

Internship life @USM

Salam Alayk,

As mentioned above, i am currently doing practical at Centre for Chemical Biology(CCB), USM. Aku budak kimia, tapi kat sini aku kena buat kerja kerja biology. It was ok so far. A lot of things I have learnt. Memandangkan aku tak ada sejarah hitam dengan biology, jadi aku ok je dengan kerja-kerja kat sini. Cuma, kekok nak pipette, kekok nak handle DNA. Kelam kabut jugak masa awal-awal dan sebenarnya sampai sekarang pon masih kelam kabut.


CCB ni kalau korang nak tahu, dia jauh dari main kampus. Lokasi dia dekat persiaran Bukit Jambul. So susah sikitlah nak gerak kalau tak dak transport sendiri. Rapid Penang tak lalu kawasan ni. Point yang paling dekat dia berhenti pon, hang still kena jalan kaki selama 20 minit. Kalau ada bangla belakang hang maybe dalam 10 minit hang boleh sampai. Takut punya pasai, boleh buat adrenaline merembes untuk jalan laju laju. haha.

Selalunya bebudak yang dapat buat internship kat USM akan mintak kolej kediaman dalam Main Campus. Disebabkan aku punya CCB tu jauh dari main campus so aku pilih untuk duduk luar. Area situ ada banyak bilik untuk disewa. Kalau nak, boleh search dekat laman web i-bilik. Paling murah harga RM150/month dan paling mahal RM300+/month. Tapi susahla nak cari, sebab tuan rumah tak nak terima penyewa yang nak duduk dua atau tiga bulan saja. Nak yang duduk lama. Tapi, kalau ada rezki, kalau Allah sayang, kalau usaha, manatahu ada penyewa terbuka hati nak bagi sewa.

Selama 3 bulan internship kat sini, aku diberi satu projek iaitu DNA profiling of insects. Ada la jugak belajar theory sikit pasal DNA extraction masa kelas Natural Product dulu. Tapi seriously, medan teori dan medan praktikal sangat tak sama.

Masuk pukul 8 pagi habis pukul 5 petang. Tak ada elaun. Kalau korang nak elaun, pi mintak swasta. Aku tak kisah sangat walaupon tak ada gaji, kena balik lambat atau kena buat kerja orang sebab memang aku datang sini nak asah skill. Kiranya semua kerja yang depa bagi buat aku gumbira. Target aku, aku nak manfaatkan 3 bulan ni untuk asah skill dalam dunia genetic ni.

Tiap-tiap hari Jumaat akan ada meeting. Setakat ni peranan aku dalam meeting tu hanyalah mendengar dan memerhati. Kadang-kadang aku lelap. Hehe. Mungkin nanti akan tiba giliran aku pulak untuk presentation pasal projek aku ni. Supervisor aku cuma waktu meeting ja aku dapat jumpa dia, sebab memang dia serahkan kat bebudak master dia untuk ajar aku. To those master's students, thank you sebab banyak ajar dan banyak sabar. 



Tu jelah kot setakat ni. Nanti kalau aku rasa nak tambah apa-apa, aku edit.

Sekian.

AtenShaf



3 comments:

PENUNTUT ILMU said...

Macam mana nak apply internship di usm erk?

atenshaf said...

Apply melalui universiti awaklah. Mula-mula kol pihak USM , maklumkan yang awak nak buat intern dengan diorang. Diorang akan mintak kita hantar resume dan surat rasmi dari fakulti. Hantar permohonan borang ke fakulti, kalau fakulti luluskan, diorang akan keluarkan surat rasmi, surat rasmi tu awak hantar je ke mana mana human resources deparment usm yang awak nak tu. USM ada banyak department. Kalau awak terus mintak dekat admin, diorang akan campak awak kat mana mana department yang kosong dan sesuai dengan kos awak.

zaqqim said...

Salam, ada tak emel untuk hantr permohonan ke CCB